Ke TUDM

Kami minum sebentar di kedai mamak yang berhampiran. Selepas imsak, 5.41pg, kami bergerak ke rumah saya. Jangkakan rakan mereka akan datang mengambil mereka, tapi akhirnya mereka menetapkan waktu audisyen adalah 12 tgh. Maka, berlabuhlah dulu mereka di rumah saya. Ingatkan mereka ingin tidur, rupaya, masing-masing bagaikan tidak mengantuk. Agaknya sebab sudah penat tidur di dalam bas. Saya dan Shahrul sudah tidak tahan,

Setelah selesai urusan, a
udisyen dijalankan. Kami terpaksa duduk di luar, sayup-sayup dari luar kami terdengar lagu Layang Mas dimainkan beberapa kali. Tidak lama kemudian, kami dibenarkan untuk duduk semula di dalam pusat muzik mereka. Saya dan Shahrul berbual dengan PTeh semasa di luar. Pelbagai isu yang disentuh, termasuklah perihal pergendangan, perkembangan semasa dsb. Jam 1.30 kami beransur, Shahrul membawa PTeh ke Puduraya untuk membeli tiket kerana mereka akan balik pada malam itu juga. Sementara saya terpaksa beransur ke rumah kerana ada hal keluarga. Malam itu, PTeh ke rumah Hizal untuk berbuka puasa. Terkilan juga tidak dapat menyertai majlis berbuka puasa di rumahnya.


1 comments:
Aiyooo ape aiyoo...mmmm? mcm nk perlecehkan aku je...umur baru 28 nak komen aku yg dh nk masuk 50 tahun. salam sikit komen elok2 aku boleh terima. Aper kau tahu pasal gendang keling di kedah nie?
Baca blog sejarah aku dulu, lepas tu baru kau komen.
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Post a Comment