Perasmian Pembukaan Mc Donald Semenyih - 18.9.11
Majlis : Perasmian Pembukaan Mc Donald Semenyih
Lokasi : Semenyih
Penganjur : La Obe Entertaintment (Sdr Jamari)
Pesilat : Sdr Hasan & Azhar (PSGFM)
Lokasi : Semenyih
Penganjur : La Obe Entertaintment (Sdr Jamari)
Pesilat : Sdr Hasan & Azhar (PSGFM)
Keletihan malam sebelumnya tidak membenarkan kami untuk menjadikan alasan bangun pagi untuk majlis ini. Masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jam 2 pagi, kami masih di rumah Sdr Bulat, beraya. ;)
Jam 8.05 pagi, kami sudah terpacak di situ. Perjalanan melalui Lebuh Raya ke Kajang, tidaklah begitu jauh untuk kami yang duduk di Cheras. Malam sebelumnya, saya sudah menggesa Azam untuk mengambil Cikgu Ramli agar tidur di rumah saya sahaja; bagi mengelakkan sebarang keterlewatan. Majlis yang begini, seharusnya menjaga masa, apatah lagi menurut Sdr Nik (Jamari) dari La Obe Ent (yang menjemput KGGK), ia merupakan julung-julung kali sambutan pembukaan Mc Donald yang menggunakan seni budaya Melayu yang melibatkan gendang dan silat. Mudah-mudahan ia menjadi 'pembuka mata' kepada pihak lain agar memberi sokongan pada budaya sendiri.
Panik
Dan dalam sibuk bersarapan pagi di Mc Donald (terpaksa ...perut dah mendidih), sdr Hasan dan Azhar, wakil pesilat dari PSGFM tiba, saya lega. Kami berbual terlebih dahulu sementara menanti majlis yang akan bermula pada jam 10.30 pagi. Meskipun tiada nasi lemak, tapi kami hentam juga kerana lapar. Tak lama kemudian baharulah Sdr Jamari meminta kami untuk membuat demo sedikit kerana orang McD nak dengar bagaimana bunyi dan permainanannya. Sementara bersiap ini, baharulah kami menyedari bahawa kayu pengetuk gong tidak dibawa bersama!
Saya panik seketika, namun dengan kecekapan Mat Arip, seorang anggota tentera yang biasa dengan ilmu kemahiran hidup, ia dapat diatasi. Alhamdulillah, kalau terus bermain persembahan agaknya lagi menggelabah jadinya. Lebih kurang jam 10 kami bersiap-siap kerana majlis dijangkakan akan bermula jam 10.30, pesilat2 juga bersiap. Tugas kami pada hari ini adalah mengiringi Ronald McDonald dari parkir ke premis McD. Tepat jam 10.30, van yang membawa maskot McD tiba dan terus diiringi dengan lagu Joget Pahang yang bertempo rancak seperti kehendak penganjur. Setibanya di premis, lagu silat dimainkan menyambut maskot.
Kemudian selepas bacaan doa, kami berehat seketika sementara menanti acara yang seterusnya pada jam lebih kurang 12 tgh. Sebelum dari itu beberapa permainan dijalankan khusus untuk adik-adik yang hadir pada hari tersebut dan juga anak-anak yatim yang dijemput khas. Sesudah itu barulah selesai tugas kami semua. Alhamdulillah, syukurlah semuanya berjalan lancar meskipun terdapat sedikit kekurangan dari segi peralatan.
Terima kasih diucapkan kepada Sdr Jamari yang memberikan kepercayaan kepada KGGK, anggota KGGK yang hadir, para pesilat dari PSGFM (Sdr Azhar dan Hasan), serta pihak pengurusan Mc Donald yang memberikan layanan terbaik buat kami. Terima kasih semua.
0 comments:
Post a Comment