Semalam Di Hotel Royale Chulan
Tarikh : 31 Okt 2010
Masa : 9 malam
Majlis : Malam Anugerah Hadiah Sastera Kump Utusan (HSKU) - Exxon Mobil Ke-10
Lokasi : Hotel Royale Chulan
Tuan Rumah: Utusan Malaysia
Panggilan dari seorang teman editor di Utusan agak mengejutkan, mujurlah sempat menyusun siapa yang dapat bergendang di majlis terebut. Pada sebelah paginya, saya hadir seorang diri kerana menjalani sesi rehersel. Namun begitu sesi tersebut agak lewat dari yang dirancangkan, kerana saya tidak dimaklumkan jadual terkini. Cepat-cepat saya beransur dari hotel, kerana akan berpatah balik ke sana semula.


Sampai sahaja di sana, kami terus buat sound check dan alhamdulillah kami disediakan bilik persalinan. Sesudah menunaikan solat Maghrib, kami bersiap-siap dan menanti saat kami dipanggil untuk membuat persembahan. Pengacara majlis, Linda Onn terus membuat pengumuman satu demi satu persembahan, sehinggalah KGGK dipanggil naik sewaktu para tetamu menikmati dessert.
Kami diberikan masa lebih kurang 8-10 minit sahaja. Saya berfikir sejenak diberi penerangan oleh Floor Manager. Akhirnya, kami mempersembahkan Ayam Didik, Lagu Siam, Ikan Di Laut dan Bol Radha Bol. Cukup-cukup 8 minit, menurut floor manager yang memberikan isyarat agar berhenti. Selepas menikmati hidangan malam, kami beransur pulang dengan satu pengalaman baru, iaitu bermain di majlis penyampaian hadiah sastera yang cukup terkenal di tanah air ini.

Read more...