Showing posts with label Jalan2 Sambil Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 Sambil Makan. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Asam Pedas Muar!



Memang antara yang terbaik! Restoran Rosli di Parit Jawa. Berhampiran dengan selekoh untuk ke Pantai Leka. Memang pedas dan menganga kalau makan tapi terbaik! Malam selepas bergendang, ke situlah kami bersembang dan berborak. :) Malam tersebut pekena ikan Mayong dan Cencaru. :) Terima kasih kepada tuan rumah yang membelanja kami.

Read more...

Friday, June 22, 2012

Putu Perak

Kuih ini kami nikmati ketika majlis perkahwinan Amir Lela Rentaka. Rasanya sedap, tapi tak tahulah, mungkin kerana kelaparan pun ya juga masa itu. Jadi, habis kami sental. :) Apa-apa pun kuih tradisional orang Melayu memang istimewa dan sedap. Alhamdulillah.

Maklumat : Aminatul Azrida
Sumber gambar : Kelab Anak Jati Perak Darul Ridzuan

Read more...

Tuesday, May 29, 2012

Di Umbai, Melaka



Semasa bengkel gendang silat yang pertama diadakan di Melaka pada 6-7 Nov 2012. Tempat ikan bakar di Umbai ini memang istimewa. :) Terima kasih kepada sdr Huzaifah yang membawa kami ke sini.

Read more...

Sunday, May 6, 2012

Singgah Sebentar - Pekan Semerah


Di Pekan Semerah, Batu Pahat - terbaik! Ketika dalam perjalanan pulang dari Bengkel Gendang Silat di Kota Tinggi. Memang best atau pun mungkin sudah lapar, itu sahaja. :) Apa-apa pun ini sebagai promosi makanan Malaysia. Yeah!

Read more...

Sunday, April 8, 2012

Sate Pengkalan

Sate Pengkalan yang enak!

Sudah lama saya tidak merasa sate seenak di Pengkalan Pegoh. Bukan memuji, tetapi memang kenyataan. Kalau dibandingkan dengan di KL, memang jauh berbeza dari segi rasa, kuah yang enak, pendek kata terlajak 20 batang juga malam itu. Gerai sate ini terletak bersebelahan dengan kedai makan Tom Yam, milik Akasha (ahli Lela Rentaka). Memang akan mengulang ke kedainya lagi jawabnya apabila ke sana nanti. Sesiapa yang nak merasa sate ni, boleh ke blog Lela Rentaka dan bertanya arah di mana. (ada no telefon di situ, boleh bertanya mereka).

Read more...

Sunday, March 11, 2012

Paprik Belut!

Ini dia Belut Paprik - Restoran Nasi Kandar Karisma, Simpang Pulai,
Ipoh, Perak

Read more...

Tuesday, May 17, 2011

Murtabak Singapore



Orang Muar semua tahu tentang murtabak ni. Malah di sekitar Muar sewaktu bulan puasa, kedapatan juga peniaga yang menjualnya. Kelazatannya, tak boleh nak cakap, nanti kata saya promo lebih-lebih pula. Ada juga kedai di Parit Naib Kadir yang menjual murtabak yang sama, tapi harga lebih murah, mutu dan rasanya tetap sama - ada kelas!

Lokasi : Tanjung Agas, Muar

Read more...

Sate Madura

Saya sudah lama teringin untuk mewujudkan label - makanan ni. Tujuannya hanyalah untuk mempromosikan makanan tradisi orang Melayu kita. Seringkali dalam kembara atau latihan bergendang di satu2 tempat, kadangkala kami dibawa oleh rakan-rakan untuk menikmati juadah tempatan di situ. Rugi pula rasanya kalau saya tidak mengabadikan di blog ini, sambil2 mecatatkan laporan bergendang, sambil2 promo makanan di tanah air. Sekian.

Untuk entri ketiga ini, saya ingin memperkenalkan sate madura ... sodap banget! Sekali cuba terasa nak cuba lagi! Meskipun namanya 'madura' tapi kita kan serumpun, apa kisah ... janji sedap.

Sate Madura

kuah kacang, katanya tidak dimasak tetapi diasah - memang sedap!

Lokasi : Sekitar Taman Melawati, KL

Read more...

Thursday, May 27, 2010

Laksa Kedah & Chi Kang



Ini adalah makanan yang saya dan rakan-rakan suka sangat makan kalau berkunjung ke rumah Pak Teh Mat Khir di Jitra, Kedah. Tempat di Kepala Batas, sebelah betul dengan lebuhraya, masuk sikit je. Laksanya memang kena dengan selera saya. Kalau ke sana, saya memang tak lupa pekena laksa dan chi kang sejuk. Fuh, berdiri bulu roma kalau teringat laksa ni! hehehe.

Kedai terletak betul-betul tepi jalan, kadang-kadang memang tak perasan. Sempoi je kedai dia. Tapi laksa dia memang mengancam! Cubalah.

Read more...

Wednesday, May 5, 2010

Makanan Di Singapura

sup tulang (warna merah ooo...)


Nasi goreng kampung mamak

Mi goreng ayam - di Arab Street

Kari ayam (kedai mamak berhampiran tempat kami menginap) - memang power. Tak sama dengan kari mamak di sini. Jauh lebih sedap!

Ini adalah antara gambar makanan yang sempat saya ambil semasa di sana. Banyak lagi sebenarnya, tapi mana larat nak tutoh semua sekali kan? Mungkin kalau lain kali ke sana, saya akan rakamkan lagi gambar-gambar makan di sana. Eh... laparlah pulak tengok makanan ni! Hehehe...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP