Pasukan Gendang Silat Wanita
Pasukan gendang silat wanita di Kedah. Di bawah pimpinan Pak Teh Mat Khir.Artikel lalu tentang pasukan gendang silat wanita, Kump Srikandi.
Pasukan gendang silat wanita di Kedah. Di bawah pimpinan Pak Teh Mat Khir.
Foto ini agak sudah lama juga. Saya pun sudah hampir hampir terlupa tarikhnya, tapi kalau tidak silap saya ianya diambil pada tahun 2005. Ketika itu kami mengunjungi Pak Teh Mat di Jitra, Kedah. Kebetulan mereka sedang bersiap-siap untuk ke majlis walimatulurus. Jadi, saya tanyakan Pak Teh bolehkah saya mengambil gambar mereka buat kenang-kenangan. Apa lagi, Pak Teh pun mnggesa mereka untuk bergaya dan melakukan aksi sedang bergendang. Sdr Hizzal yang menjadi jurukameranya. Saya senyum teringatkan masa itu.
Dan terlebih istimewa ada pengalaman mereka yang saya abadikan di dalam novel saya yang berjudul 'Lagukan Senandung Itu' selain dari pengalaman sendiri dan rakan-rakan. Pahit manis dalam perjuangan untuk memartabatkan seni budaya ini punya seribu satu macam cerita. Ada yang pahit, ada yang manis - semuanya tersimpan kemas dalam cakera ingatan saya. Namun masa mencemburui sangat, kini kumpulan ini sudah tiada, namun patah tumbuh hilang berganti. Dalam pertengahan tahun ini saya telah ke Kedah dan dapat melihat tunas baru bercambah semula dan masih ada lagi pengganti mereka ini.
Kini, adik-adik saya ini telah dewasa dan sedang dalam menengah 5 dan menanti keputusan SPM. Doa kita buat mereka agar berjaya dalam peperiksaan dan dunia pergendangan yang dimonopoli oleh kaum Adam. Agak lama juga saya tidak berjumpa dengan mereka apabila ke Kedah. Masing-masing sudah dewasa dan punya arah tuju berbeza.
<©>Gemala Kasturi
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 6 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Gemala Kasturi. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.
gemalakasturi@yahoo.com
© Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP