Shooting Di Air Terjun Kemensah - 6/12/2006


Lebih menyedihkan apabila rakan-rakan silat sudah 2/3 hari menjalani penggambaran tersebut. Ada yang sakit-sakit, demam dan sebagainya. Emmm... begitulah pengalaman yang semakin mematangkan kami dalam arena memperjuangkan seni budaya sendiri. Bayarannya tidaklah banyak mana, tapi mengenangkan rakan-rakan, kami turun juga. Walhal penggambaran itu mengambil masa sehari suntuk hingga ke petang. Dan kami balik dalam keadaan agak basah kerana hujan lebat yang mencurah setelah selesai penggambaran tersebut.
Banyak peristiwa lucu yang terjadi, maklumlah kali pertama menjalani shooting. Kadang-kadang terpaksa memainkan lagu silat yang berulangkali kerana babak bersilat terpaksa diulang beberapa kali. Baru saya tahu bagaimana yang dikatakan menjalani penggambaran ini. Cuma saya sedikit kesal dengan sikap penerbit tersebut yang senyap begitu sahaja, apatah lagi mereka melakukan penggambaran 2 lagu silat. Dengar cerita, digunakan dan dimasukkan untuk mengiringi rakan-rakan silat dari aliran lain setelah mereka mengedit filem dokumentari tersebut. Namun saya bersyukur, sekurang-kurangnya kami mendapat pengalaman baru dalam bergendang. Betullah apa yang diperkatakan oleh guru kami, Pakcik Din Guai.
"Kalau hang dok lama bergendang ni, hangpa akan berjumpa dengan pengalaman dan orang yang pelek2 macam pakcik pernah jumpa ni dulu." Nah, kata-kaatersebut menjadi kenyataan. Wuallahua'lam

Itulah secebis pengalaman kami yang tak seberapa untuk entri kali ini. Sebenarnya sejak dahulu, alhamdullah KGGK banyak mendapat jemputan untuk bergendang, tapi baru-baru ini sahajalah saya beroleh kamera dan dapat merakamkan detik-detik bergendang di kota metropolitan ini untuk dikongsikan bersama mereka yang berminat untuk membacanya.
0 comments:
Post a Comment