Monday, July 9, 2012

Bergendang Di Majlis Perjumpaan DSSM Ke-3

Gambar kenang-kenangan



Hampir lama juga menanti untuk menyertai majlis ini sesudah terlepas yang kedua kerana ada hal yang mendatang. Tapi kali ini, saya turun dengan sukarela dan memang memperuntukan masa untuk perjumpaan kali ini. Dan alhamdulillah, terima kasih benar kepada rakan-rakan pergendangan dari Persilatan Tari Harimau, Klang, Selangor serta sdr Nazir dan rakan-rakannya.


Majlis yang bermula seawal 12.30 tengahari, dimulakan oleh permainan tari dan silat pulut dari rakan-rakan DSSM. Namun apa yang menarik perhatian saya, adalah pelbagai aliran dapat disatukan di bawah payung DSSM. Meskipun ada yang bersikap tunggu dan lihat, namun inilah realiti yang terpapar. Bahawasanya DSSM alhamdulillah dapat menyatukan orang silat dan menjadi tali penghubung pada persaudaraan yang terputus mahupun menjejak semula kasih.


Persembahan demi persembahan dihidangkan, orang gendang dan serunai silih berganti, namun kami tak mahu mengalah pada keadaan. Keadaan cuaca yang sedikit terik tetap tidak mencuri perhatian dan fokus untuk menjalankan tugas sebagai pengiring persembahan silat. Satu demi satu bersayembara, alhamdulillah para penggendang dapat menyudahkan tugas dan misi yang diberikan. Seusai majlis, kami berehat seketika sebelum masing-masing beransur atas kesingkatan waktu dan masa yang sangat mencemburui keakraban kami.

Terima kasih kepada DSSM atas undangan mereka. moga diharapkan rakan-rakan, tidak kira dari aliran pergendangan mana sekalipun dapat hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini pada masa akan datang, Insya-Allah.

Juga terima kasih khas buat teman-teman sepergendangan dari Persatuan Silat Tari Harimau, abah Sulaiman dan krew, juga buat sdr Nazir dan krew.

Gambar : Ehsan Pentadbir grup fb DSSM. - 1 Julai 2012

1 comments:

Anonymous,  August 21, 2021 at 3:55 AM  

Most cheaters or YIP KUM FOOK (LAWYER) who like to cheat again and again have something in common. They fear commitment and can’t build back trust when it's lost. They sometimes feel moving on with whom they cheat with will make things easier. It is okay to forgive your partner for infidelity

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP