Friday, December 10, 2010

Semalam Kubermimpi ...

Semalam kelopak mata begitu degil untuk terpejam. Terfikir. Terfikir betapanya irama gendang silat sejak dari dahulu hingga sekian kini, masih lagi tidak begitu diketengahkan. Berbanding dengan seni lain seperti tarian, silat, seni melukis, fotografi dan sebagainya. Ia masih lagi tidak dikenali dengan baik oleh masyarakat Malaysia. Masih ada lagi yang tidak membezakan serunai dan seruling, masih tidak tahu bagaimana bunyi muzik gendang silat.

Lalu timbul ilham untuk mengadakan blog yang mengumpulkan semua aliran permainan gendang silat sebagai suatu pendedahan kepada umum. Selain ini ia sebagai satu wadah untuk menarik minat anak-anak muda untuk mempelajarinya. Dengan adanya blog tersebut, dapatlah mereka yang berminat untuk memanggil kumpulan yang disenaraikan kelak membuat persembahan; atau mana yang minat untuk mempelajarinya, bolehlah menghubungi kumpulan tersebut.

Selain itu, ia juga sebagai usaha untuk mengenegahkan bakat-bakat lama, muda sebagai satu inspirasi kepada umum. Tidak cukup dengan itu, blog tersebut juga diharapkan dapat mempromosikan irama permainan gendang silat ini ke sekolah-sekolah, IPT, jabatan kerajaan, swasta dan sebagainya. Sekarang ini, tidak banyak IPT yang mengambil gendang silat sebagai salah satu aktiviti ko-ku. Jadi, dengan wujudnya blog ini dapatlah sekiranya mereka berminat, menghubungi kumpulan yang terdekat dengan tempat mereka.

Dan paling penting, ia adalah sebagai satu wadah terkuat untuk menyokong perkembangan dan kesinambungan kesenian ini agar sentiasa mendapat tempat di hati generasi akan datang dan peminat irama ini. Harapnya tujuan pengumpulan kumpulan ini tidak disalah ertikan. Saya tidak punya apa-apa agenda selain dari memakmurkan seni budaya pergendangan silat Melayu. Itu sahaja. Wuallahua'lam.

Blog yang dibangunkan - sila klik sini

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP