Adab Pemuzik
10.10.07, saya merayap di KLCC. Kebetulan terpandang ada sebuah kumpulan trio instrumental yang menghiburkan hati para pengunjung premis itu. Naluri saya segera mengarahkan tubuh untuk menghampiri mereka. Kaki saya melangkah, tapi alangkah terkejutnya apabila melihat salah seorang pemainnya yang memijakkan kaki pada tamborin segabai bunyi tambahan. Saya merenung mereka dan berlalu dari situ. Hilang 'selera' saya untuk mendengarnya. Disiplin. Disiplin bermain alatan muzik tidak dijaga. Bagi saya, bukanlah kita perlu muliakan alat tersebut berlebih-lebihan tapi sebagai salah kaedah 'menghormatinya' - barang yang selalu kita bawa bermain untuk mencari rezeki, adakah itu selayaknya. Walaupun kecil tapi sangat menyentuh hati saya. Cuba bayangkan, letakkan alat muzik yang dimainkan di tapak kaki, bagaimanakah perasaannya? Saya hanya mengambil gambar kaki sahaja (demi untuk menajga maruah pemainnya). Tidak berapa jelas dan perlu diamati alat tamborin (berwarna kuning) di kakinya.
5 comments:
Salam SF dan Gemala Kasturi,
Saya sependapat dgn saudara.
Salam lebaran daripada kami di Kesultanan Gombak
Rasanya, mungkin ada pendapat yang berbeda mengenai memainkan instrumen dan disiplin. Bagi sesetengah merasakan ia adalah displin, namun mungkin ada yang leihat sebagai kreativiti - memaksimumkan penggunaan anggota anugerah Allah. Mungkinkah melukis menggunakan kaki kurang berdisplin?
itulah........... bukan setakat disiplin tapi adab sebagai Melayu tidak memungkinkan kita berbuat demikian........... fikir-fikirkanlah...!!!
kalau kick drum cam new plak ? peace =) . memang guna kaki pon . haha
Post a Comment