Showing posts with label Laporan Hak Dulu-Dulu. Show all posts
Showing posts with label Laporan Hak Dulu-Dulu. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

Bergendang di Mantin, N9 - 2005


Gambar ini agak lama. Scan (imbas) pun sudah lama, tapi entah di mana tersimpan. Tup... tup terjumpa dalam emel lama. Ketika KGGK tidak mempunyai blog lagi. Jadi, gambar ini dipaparkan untuk kenangan-kenangan ketika bermain di Mantin, Negeri Sembilan pada 15 Mei 2005. Banyak lagi sebenarnya gambar bermain gendang tapi entah ke mana entah perginya. Hmm ... mungkin kena cek dalam simpanan dulu-dulu agaknya.

p/s : Bulat - mana gambar main di Merak Kayangan baru-baru ini?

Read more...

Sunday, December 21, 2008

Bergendang di Stadium Bukit Jalil - 26.12.02




Persembahan gendang kami ini dahulu bersempena dengan Festival Tarian Singa Antarabangsa yang diadakan di stadium Bukit Jalil. Seingat saya, ketika itu kami bermain secara solo berkumpulan dan gabungan kumpulan yang dijemput. Ada kumpulan muzik tradisional Cina, India dan Punjabi dengan bhangra. Mujur juga gambar yang diambil masih tidak rosak.

Read more...

Friday, November 14, 2008

Bermain Di Subang Parade - 23/2/03


Ini pula semasa bermain di Subang Parade, jemputan dri sdr Kamrol - untuk majlis Malaysian Heritage. Bersama kami yang mempersembahkan muziknya adalah dari kumpulan muzik tradisi Cina yang diketuai oleh Cheng dan pemuzik India (tak kenal depa ni). Majlis tersebut belangsung pada waktu malam, kami pun sudah tak ingat apa nama lagu yang kami mainkan pada malam tersebut, maklumlah main masa tahun 2003. Sudah hampir 5 tahun ia berlalu tapi masih dalam kenangan.

Read more...

Wednesday, November 12, 2008

Bergendang Di KLIA

Ini juga adalah salah satu foto kami bermain di KLIA, kalau tak silap untuk majlis Citrawarna juga. Sambutan ketika itu amat memberangsangkan kerana ramai orang di sana. Saya fikir ini merupakan satu peluang yang bagus untuk mempromosikan permainan gendang silat di khalayak ramai, selain dari memperkenalkan salah satu kesenian orang kita.

Read more...

Friday, November 7, 2008

Bergendang Di Bukit Bintang

Agak lama juga gambar ini tersimpan, baru sahaja selesai scan gambar2 lama (jam tu takdak kamera digital lagi - baru nak ada di pasaran). Majlis ini seingat saya sempena dengan aktiviti Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan (dulu KeKKWa). Bersempena dengan majlis Citrawarna kalau tidak silap saya. Dalam tahun 2003/4.

Read more...

Saturday, September 27, 2008

Bermain di Putrajaya - 17/12/06

Salam ramadhan, gambar ini diambil oleh sahabat saya, Kamrol yang selalu muncul di rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9. Kami dijemput sendiri oleh Kamrol untuk memeriahkan majlis tersebut bersama dengannya. Sayang, saya tidak dapat mengambil gambar sdr Kamrol sedang bergendang kerana saya meniup serunai. Saya pun sudah lupa bergendang ini sempena majlis apa, tapi memang menarik. Ramai orang yang datang ketika itu, meskipun cuaca hangat berdenting, kumpulan kami tetap meneruskan persembahan kerana telah diamanahkan oleh sdr Kamrol untuk bermain lagu-lagu 'berjalan' (istilah yang digunakan untuk lagu-lagu hiburan).

Bersama Pak Mail dari ASWARA,
otai geng wayang kulit Kelantan panjak Pak Nasir

Majlis berakhir pada sebelah petang. Penatnya sudah tidak tergambarkan lagi, tapi kami puas bermain tanpa sebarang halangan dan kekangan masa. Terima kasih pada sdr Kamrol Bahri yang menjemput kami.

Read more...

Thursday, September 18, 2008

Shooting Di Air Terjun Kemensah - 6/12/2006

Ketika itu, atas panggilan Cikgu Dahlan atau lebih mesra kepada kami dengan panggilan Pakcik Dahlan, saya akur demi membantu rakan-rakan persilatan. Tanggal 6/12/2006, bertempat di kawasan rekreasi air terjun Kemensah atau lebih tepat di teratak/chalet Jin Bara (kumpulan Jin Bara tu lah) kami menjalani penggambaran sebagai pengiring kepada rakan-rakan dari aliran perguruan Seni Silat Setia Bakti. Setibanya di sana, mereka mencari kawasan yang sedikit lapang untuk dijadikan medan penggambaran. Seingat saya, itulah kali pertama saya dan rakan-rakan menjalani penggambaran. Dengar khabarnya untuk filem dokumentri itu akan dijual kepada National Geographic, tapi sampai ke saat ini kami tidak menerima sebarang maklumat. Malas nak sebut nama syarikat penggambaran itu yang berjanji hendak memberikan kami sekeping vcd barang satu untuk kenang-kenangan. Senyap begitu sahaja.


Lebih menyedihkan apabila rakan-rakan silat sudah 2/3 hari menjalani penggambaran tersebut. Ada yang sakit-sakit, demam dan sebagainya. Emmm... begitulah pengalaman yang semakin mematangkan kami dalam arena memperjuangkan seni budaya sendiri. Bayarannya tidaklah banyak mana, tapi mengenangkan rakan-rakan, kami turun juga. Walhal penggambaran itu mengambil masa sehari suntuk hingga ke petang. Dan kami balik dalam keadaan agak basah kerana hujan lebat yang mencurah setelah selesai penggambaran tersebut.

Banyak peristiwa lucu yang terjadi, maklumlah kali pertama menjalani shooting. Kadang-kadang terpaksa memainkan lagu silat yang berulangkali kerana babak bersilat terpaksa diulang beberapa kali. Baru saya tahu bagaimana yang dikatakan menjalani penggambaran ini. Cuma saya sedikit kesal dengan sikap penerbit tersebut yang senyap begitu sahaja, apatah lagi mereka melakukan penggambaran 2 lagu silat. Dengar cerita, digunakan dan dimasukkan untuk mengiringi rakan-rakan silat dari aliran lain setelah mereka mengedit filem dokumentari tersebut. Namun saya bersyukur, sekurang-kurangnya kami mendapat pengalaman baru dalam bergendang. Betullah apa yang diperkatakan oleh guru kami, Pakcik Din Guai.

"Kalau hang dok lama bergendang ni, hangpa akan berjumpa dengan pengalaman dan orang yang pelek2 macam pakcik pernah jumpa ni dulu." Nah, kata-kaatersebut menjadi kenyataan. Wuallahua'lam. Sesekali saya terfikir apakah permainan gendang tradisi ini tidak punya nilai di mata mereka itu semua? Bergendang di KL ini memang mencabar, berbanding di tempat lain. Ini belum diceritakan ada individu-individu tertentu yang mahu mengambil kesempatan ke atas kami. Alhamdulliah, selepas dari penggambaran tersebut, kami mendapat pengalaman dan pengajaran baru dalam kamus hidup kami.

Itulah secebis pengalaman kami yang tak seberapa untuk entri kali ini. Sebenarnya sejak dahulu, alhamdullah KGGK banyak mendapat jemputan untuk bergendang, tapi baru-baru ini sahajalah saya beroleh kamera dan dapat merakamkan detik-detik bergendang di kota metropolitan ini untuk dikongsikan bersama mereka yang berminat untuk membacanya.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP