Showing posts with label Bukit Baru Dalam. Show all posts
Showing posts with label Bukit Baru Dalam. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Lagi - Bergendang di Melaka


22.4.12 - Ahad (Malam)

sambungan sebelum ini - klik sini

Daripada Muar ke Melaka tidaklah jauh, tapi memandangkan kami tidak mahu tersangkut dalam kesesakan jalan raya - terus sahaja kereta kami meluncur ke sana. Destinasi adalah Bukit Baru Dalam, rumah Sdr Huzaifah. Alhamdulillah, lebih kurang 1 jam kami tiba di sana. Waktu sudah Maghrib, kami pun menunaikan solat.


Tidak lama kemudian, rakan-rakan pergendangan dari Melaka tiba. Penuh sesak di rumah Sdr Huzaifah. Menurut Sdr Huzaifah, mereka menubuhkan Keluarga Angkatan Bergendang Silat Melaka (KABES), dengan tujuan murni agar dapat menyatukan orang silat di bawah panji-panji pergendangan Melayu. Latihan juga mempunyai 3 tempat, hari Ahad malam - di rumah Sdr Huzaifah, Selasa malam - di rumah guru Aziz (Guru Utama Silat Gerak Tepat Melaka), dan hari Khamis - di Dataran Bukit Baru.

Alhamdulillah, perkembangan di sekitar Melaka sangat menggalakan. Moga-moga ia akan terus dan berkekalan sampai bila-bila. Saya dan Sdr Ijam tidak melepaskan peluang dan bermain bersama-sama dengan mereka. Lebih kurang jam 12.45 malam, kami beransur pulang ke KL dengan seribu kenangan yang takkan dilupakan. Jam 3.00 lebih kurang, kami sampai - pewai gila!

p/s : Terima kasih kepada sdr Huzaifah yang menjadi tuan rumah pada malam tersebut.

Read more...

Monday, March 19, 2012

Latihan Di Melaka

Di rumah Sdr Huzaifah

Kebetulan saya teringin ke Melaka, dan Sdr Huzaifah (Kump Gendang Arya Putra) ada urusan di KL. Saya pun tumpang sahaja sdr Huzaifah ke Melaka. Tujuannya adalah untuk melihat sendiri perkembangan seni bergendang di sana. Lebih kurang jam 9.30 malam kami sampai ke sana.

Rakan lama KGGK, Hairol sudah ada di sana. Bersama Arya Putra, kami berlatih pada malam tersebut, walhal belum menjamah makan malam. Tapi bergendang punya fasal, hilang lapar dahaga. Santak jam 12 malam, barulah kami berhenti dan menikmati makan malam.

Riki di kawasan Kem Pengakap Melaka


Sdr Huzaifah - Airport Batu Berendam, Melaka


Aktiviti pengakap Melaka

Disebabkan saya punya urusan lain, maka saya harus balik ke KL. Sebelum itu, menyinggah ke Kem Pengakap Melaka, mengikuti sdr Huzaifah yang punya urusan di situ (Untuk Seminar Beladiri pada akan datang). Kemudian langsung ke Airport Batu Berendam untuk melihat aktiviti rakan pengakapnya di situ.

Jam 9.00 malam, saya menaiki bas untuk pulang ke KL.

Laporan : Khairul

Read more...

Thursday, June 2, 2011

Di Melaka, Kebangkitan Bermula Lagi!

Kolej Komuniti Tangga Batu. Sumber gambar dari - Panji Hitam Pahat Timur

Sementara menantikan kehadiran sdr Abu Huzaifah, saya sempat juga bersembang-sembang dengan sdr Farid. Lama juga kami bersembang, barulah sdr huzaifah muncul. Menyedari beliau amat sibuk, saya tidak kisah sangat walaupun lambat. Hanya jam kurang lebih 1 pagi, baru kami beransur ke Melaka.

Dan temujanji dengan pengarah Kolej Komuniti Tangga Batu, Tuan Mohd Ismail sudah dibuat. Tepat jam 10, lebih kurang kami berjumpa dan berbincang tentang menjadikan gendang silat sebagai kursus singkat di tempatnya. Alhamdulillah hasil dari perbincangan, kami hanya menanti keputusan sama ada gendang silat akan dijadikan sebagai salah satu kursus singkat di sana, Insya-Allah.

di studio Abu Hurairah (Abuya)

Sebelah petang, saya dibawa berjalan pula ke tempat kerja sdr Huzaifah dan adiknya. Jangka sepatutnya akan tiba awal sebelah malam dan kumpulan Arya Putra ada latihan, tapi tak jadi, maka tiadalah latihan pada malam tersebut. Dan menarik pula, dapat bersua wajah adik beliau, Abu Hurairah (Abuya) yang nampak je brutal tapi baik hati. Sempat juga berbincang dengan Abuya tentang dunia muzik dan perkembangan. Namun masa agak singkat, jam 2 petang saya beransur balik semula ke KL.

p/s : Terima kasih kepada Abu Huzaifah yang membawa saya berjumpa dengan Tn. Ismail, juga kerana menumpangkan saya utk bermalam di rumahnya.

Read more...

Saturday, May 28, 2011

Semalam Di Melaka - 27.5.11

Semangat - itulah yang membuatkan kami sampai ke Melaka malam semalam. Bersama Azhar, dari Kump Seri Keramat, kami berdua meredah angin malam bagi menyampaikan hajat dan amanah untuk menghantar gendang yang ditempah oleh rakan di sana. Disebabkan keterlewatan masa, kami hanya sampai di sana jam lebih kurang 9.30 dan terus menyertai Sdr Huzaifah dan Malek, dari Kump Arya Putra - sesi ngeteh! Dan berkenalan pula dengan abg Zul, kami bersembang hinggalah sdr Masrizal muncul (yang menempah gendang).

Gendang anak - Huzaifah, Ibu - Malek :
Kump Gendang Arya Putra


pangkin bergendang di gelanggang gerak tepat

Seronok benar dapat bertemu kawan-kawan dalam minat dan aliran yang sama. Disebabkan itu, apabila cerita orang bergendang, maka bergendang jugalah malam tadi. Memandangkan jam sudah 11 malam, kami tidaklah bermain banyak lagu. Hanya sebagai tanda sama-sama meraikan kawan dan dapat berseronok - itu sahajalah. Tapi yang paling penting dapat memperbaharui semula silaturrahim setelah hanya berhubung di selfon. Dan suasana mesra pun terjalin, ukhuwah bertambah subur dan kukuh.

Bertempat di gelanggang Silat Gerak Tepat di Bukit Baru Dalam, irama warisan ini bergema lagi. Syukurlah rakan-rakan di Melaka sangat prihatin tentang pengembangan silat dan gendang silat. Siap ada gelanggang dan tempat orang bergendang. Bila mengenangkan perkara itu, saya antara perasaan sayu dan gembira. Sayu kerana kami di KL sini pun tiada tempat yang proper untuk bergendang, gembira kerana alhamdulillah, atas izin Allah dapatlah irama gendang utara ini kembang bergerak perlahan-lahan ke selatan tanah air.

Memandangkan kami tidak boleh lama kerana hari ini ada urusan masing-masing, jam 12.30 malam kami beransur semula ke KL. Syukurlah ... jam 2.30 lebih kurang kami sampai.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP