Monday, May 28, 2012

25 & 27 Mei 2012 - Festival Kesenian UKM


Pameran di Foyer DECTAR, UKM



Persembahan di Foyer

Post-mortem selepas persembahan

Ia sudah menjadi tradisi pada Artisukma, UKM untuk mengadakan persembahan yang dahulunya untuk pelajar Ko-Ku atau kelab. Meskipun format pembelajaran berubah, namun tahun ini persembahan tetap dijalankan. Dengan tarian, gendang silat, silat, cak lempong, gamelan dan pelbagai juadah seni budaya yang dihidangkan untuk penonton.

Dengan jemputan tenaga pengajar mereka, Sdr Johan dan Azam, saya ke sana untuk kali ke-3 kalau tidak silap saya untuk bermain serunai. Dapatlah juga selain itu, bertemu dengan rakan-rakan lain di sana. Pada hari Jumaat (siang) persembahan sudah diadakan, dan saya juga bertugas untuk meniup serunai.

Persembahan Kelab Gamelan UKM



Gambar-gambar di malam persembahan

Tahniah kepada Artisukma dan Kelab Gendang Silat yang masih bertahan di UKM untuk tahun yang ke-14. Sejak dari saya mula belajar serunai di sana, hinggalah kini masih wujud walaupun terdapat pelbagai halangan dan rintangan. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam persembahan tersebut, terutama tenaga pengajar dan ahli Kelab Gendang Silat.


Makan-makan

Cenderamata dari pelajar Kelab Gendang Silat UKM

Moga-moga dapat diteruskan lagi wacana seni bergendang di sana, amin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP