Showing posts with label Taman Melawati. Show all posts
Showing posts with label Taman Melawati. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Taman Melewati - 25.6.11

Menanti saat untuk berarak pengantin sekitar jam 2 petang.

Anggota KGGK yang hadir bermain

Gambar-gambar sekitar majlis

Terima kasih kepada Encik Azli, selaku wakil tuan rumah yang mengundang KGGK bagi memeriahkan majlis walimatul urus. Juga terima kasih kepada anggota KGGK yang meluangkan masa untuk hadir bermain. Alhamdulillah.

Petang

Sdr Zamri (t-shirt hitam) dan Ustaz Zaki (kopiah putih)

Dalam masa yang sama, sehari sebelum, saya menerima panggilan daripada Ustaz Zaki (Silat Lok 9, Cawangan Kota Tinggi) yang kebetulan datang mesyuarat untuk persatuannya di pejabat Seni Beladiri. Lalu beliau bertandang sekali ke majlis perkahwinan. Di rumah saya, kami berbincang dan hasrat beliau untuk menubuhkan pasukan gendang silat di tempatnya amat dialu-alukan. KGGK akan bantu mana yang termampu sekiranya pihak mereka jadi untuk belajar, amin. Semuanya atas izin Allah.

Read more...

Monday, June 7, 2010

Irama Purba Di Kawasan Elit


Hampir-hampir sahaja persembahan di Taman Melawati dibatalkan atas sebab-sebab teknikal, namun takdir menetapkan bahawa KGGK akan bermain juga di sana. Mata saya sempat meneropong; bangsal yang mengelilingi jalan raya di kawasan itu memang banyak. Disamping orang ramai yang mula memenuhi kawasan tersebut. Kelihatan juga beberapa bro dari Jabatan Pertahanan Awam menjaga kawasan parkir yang kian sesak.

Abg ZZ dan Pakcik Alim mula meninjau-ninjau kawasan untuk bergendang dan bersilat. Disamping itu, adik-adik dari persilatan Lincah berlegar-legar di sekitar. Saya dan rakan-rakan pada malam itu, Un, Alif, Amin dan Alang hanya menanti masa ketibaan pasangan mempelai setelah tempat untuk bergendang disediakan.

Tidak lama kemudian, irama kompang hadrah bergema. Kami pun bersiap-siap di separuh jalan, untuk mengiringi pasangan raja sehari. Setibanya di kawasan untuk bergendang, kami duduk dan terus memainkan lagu. Saya sempat berbisik pada teman bergendang, "Lagu patani."

Tari sembah dan bunga dipersembahkan bagi menyambut raja sehari. Beberapa pesilat ke tengah menghidangkan tari silat masing-masing. Kemudian seklai lagi, kompang hadrah mengarak pengantin masuk ke dalam. Selang beberapa ketika, kami bersiap-siap pula untuk mengiringi persembahan silat. Hampir setengah jam, persembahan selesai, dan kami makan pula. Lauk memang sedap!

Persembahan yang dikatakan menggunakan tema 'tradisional' berakhir pula dengan sesi karaoke. Saya senyum dan kami berlalu. Malam sudah hampir jam 11.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP