Kursus Gendang Silat Sekolah KL : 14-18 Nov 2011
Tarikh : 14-18 Nov 2011
Majlis : Kursus Gendang Silat Sekolah2 KL Ke-I
Lokasi : Dorani Bayu Resort
Anjuran : Jabatan Pendidikan WP KL (JPWPKL)
Ini adalah momen yang ditunggu-tunggu oleh kami. Sejak dari zaman Cikgu Ramli, hinggalah kami. Kerana ini merupakan peluang yang terbaik sebagai wadah untuk memperkenalkan semula dan mengembangkan permainan yang agak jarang kedapatan di kota metropolitan ini. Memandangkan prestasi pasukan gendang silat sekolah yang mengiringi kontijen silat sekolah KL di peringkat kebangsaan di Sarawak, Jabatan Pendidikan WP KL mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus seminggu ini atas pencapaian yang boleh dikatakan agak membanggakan. Sesudah sekian lama, KL tidak punya tergolong dalam 5 pasukan terbaik, tahun ini menyaksikan perubahan yang mendadak, alhamdulillah.
Dan sekali lagi alhamdulillah, wakil KGGK dipilih untuk mengendalikan kursus ini. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, kami menerima sahaja sewaktu ditanyakan kesanggupan untuk membimbing anak-anak remaja yang masih bersekolah. Meskipun agak terkejut dengan jumlah 18 buah sekolah, namun kami menganggap itu sebagai satu cabaran. Bayangkan 46 peserta mahu dikerah agar dapat memahami permainan gendang silat dalam masa 5 hari! Sedari awal lagi, peralatan dan persiapan untuk kursus ini kami siapkan awal-awal. Segala peralatan gendang, serunai, nota dan sebagainya menjadi senjata utama dalam mengendalikan kursus ini.
14-18 Nov
Seawalnya, Cikgu Hazli dan Hamzaisyam menjadi guru pengiring dan kami mula berkumpulan di Asrama Sekolah 1Malaysia, berhampiran dengan Taman Tasik Titiwangsa. Memandangkan kami juga tiada pengalaman ke lokasi kursus, maka kami berkonvoi dengan dua buah bas yang membawa para pelajar. Keseronokan mula terasa apabila melihat pelajar yang mula diarahkan berkumpul untuk diambil segala maklumat dan keterangan. Dalam masa yang sama saya mula tertanya-tanya siapakah di antara mereka yang akan belajar bermain serunai dan gendang.
Apabila tiba di Dorani Bayu Resort, hati saya mula berbunga, terusik dengan suasana pantai yang menghunjam perasaan. Saya kira ini adalah suatu tempat yang elok untuk lari dari segala macam keserabutan di KL. Perasaan menjadi damai dan tenang, bagaikan ingin berpindah dan duduk di situ. Namun di sebalik ketenanagan itu, ada tugas besar yang menanti kami.
Kelas dimulakan dengan sesi taklimat perjalanan kursus dari Cikgu Hazli dan pada sebelah malamnya, sesi penerangan ringkas dijalankan oleh sdr Sharul. Kemudian kumpulan pelajar yang besar itu dibahagikan kepada dua kumpulan, serunai dan gendang.
Keesokan harinya, sesi pun bermula. Saya mengambil kelas serunai seramai 16 orang pelajar. Sementara 30 orang untuk bergendang. Kelas pun dipecahkan. Sedikit demi sedikit kaedah asas bergendang dan berserunai diperturunkan. Selama 2 hari asas lagu rakyat (lagu berjalan) diajarkan, alhamdulillah dapatlah pelajar-pelajar memahami dan mempraktikakannya. Kemudian pada malam kedua, pertandingan diadakan bagi menyuntik semnagat pelajar agar dapat bersaing secara sihat.
Sesudah itu, asas lagu silat diajarkan pula. Alhamdulillah, pelajar-pelajar dapat mengikutinya. Memang sedikit sukar tetapi dengan motto I AM POSSIBLE, dapatlah serba-sedikit pelajar memahaminya.
Pada hari terakhir, suasana pilu menyelubungi. Selama 5 hari bersama, saya sendiri merasakan keakraban bersama para pelajar. Tangis dan sendu mengiringi kelas, apabila Cikgu Hazli mengumumkan bahawa kursus sudah tamat dan akan kembali semula ke KL. Saya dan Sdr Sharul turut merasakan kesedihan tersebut, tapi dalam hati berdoa agar dapat bertemu kembali dalam kursus yang akan datang.
Semoga para pelajar dapat mempraktikannya apabila kembali bersekolah nanti dan memberikan satu harapan kepada sekolah masing-masing bahawa permainan gendang silat ini amat penting dan war dihidupkan dan akan diperturunkan pada generasi akan datang. Saya dan rakan2 KGGK mendoakan agar permainan ini akan tumbuh segar bagaikan cendawan selepas hujan. Biar pada suatu masa nanti, pertandingan gendang silat peringkat sekolah akan ada banyak lagi penyertaan. Amin.
Akhirnya, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JPWPKL kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan kursus ini. Juga kepada Cikgu Hazli dan Cikgu Hamzaisyam serta pihak-pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini. Juga kepada rakan-rakan yang meminjamkan peralatan gendang silat. Dan tidak dilupakan ucapan tahniah kepada para pelajar yang mengikuti kursus ini. TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA!

0 comments:
Post a Comment