Pindah Ke Blog Baru
10 years ago
Artikel ini disalin dari laman blog Meratip.
ng-masing mempunyai suara dan lunaknya yang tersendiri. Encik Romli yang lebih mesra aku panggil Pak Li sebenarnya adalah seorang penglipur lara yang di gelar Awang Batil. Pak Li juga amat handal bermain alatan musik yang lain seperti biola, gendang dan akordian. Saban malam aku berulang-alik ke rumah beliau berteman seorang saudara aku yang juga punyai minat yang sama. Kami belajar secara santai. Sekali sekala berhenti dan membalut rokok daun yang tersedia di hadapan Pak Li. Isterinya juga ramah melayan kami berdua. Hidangan teh o suam tidak pernah tidak terhidang. Dalam adab berguru ada peraturannya. Pak Li tidak mengajar kami bermain gendang walaupun beliau agak hebat dalam permainan gendang terinai. Katanya, perlu fokus pada satu-satu alatan pada satu masa. Jangan sekejap hendak bermain gendang, sekejap hendak bermain serunai.
latihan. Andai kata dia tiba lewat, dapatlah aku mencuba alatan-alatan yang lain di tempat latihan. Aku hanya sempat beberapa ketika sahaja berguru dengan Pak Li. kerana kemudiannya aku kembali ke kota metropolis ini. Hajat di hati mahu menyambung kembali pembelajaran yang terbantut dahulu. Serunai terinai aku pun sepi tersimpan dalam gobok. Mungkin juga mengulang semula dari asas kembali. Kerana aku sudah lupa akan taghaknya dan juga lagu-lagu yang sempat aku pelajari dulu. Sayang juga kalau tidak dipegang seni ini.
<©>Gemala Kasturi
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 6 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Gemala Kasturi. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.
gemalakasturi@yahoo.com
© Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP