Showing posts with label Kemensah. Show all posts
Showing posts with label Kemensah. Show all posts

Thursday, September 18, 2008

Shooting Di Air Terjun Kemensah - 6/12/2006

Ketika itu, atas panggilan Cikgu Dahlan atau lebih mesra kepada kami dengan panggilan Pakcik Dahlan, saya akur demi membantu rakan-rakan persilatan. Tanggal 6/12/2006, bertempat di kawasan rekreasi air terjun Kemensah atau lebih tepat di teratak/chalet Jin Bara (kumpulan Jin Bara tu lah) kami menjalani penggambaran sebagai pengiring kepada rakan-rakan dari aliran perguruan Seni Silat Setia Bakti. Setibanya di sana, mereka mencari kawasan yang sedikit lapang untuk dijadikan medan penggambaran. Seingat saya, itulah kali pertama saya dan rakan-rakan menjalani penggambaran. Dengar khabarnya untuk filem dokumentri itu akan dijual kepada National Geographic, tapi sampai ke saat ini kami tidak menerima sebarang maklumat. Malas nak sebut nama syarikat penggambaran itu yang berjanji hendak memberikan kami sekeping vcd barang satu untuk kenang-kenangan. Senyap begitu sahaja.


Lebih menyedihkan apabila rakan-rakan silat sudah 2/3 hari menjalani penggambaran tersebut. Ada yang sakit-sakit, demam dan sebagainya. Emmm... begitulah pengalaman yang semakin mematangkan kami dalam arena memperjuangkan seni budaya sendiri. Bayarannya tidaklah banyak mana, tapi mengenangkan rakan-rakan, kami turun juga. Walhal penggambaran itu mengambil masa sehari suntuk hingga ke petang. Dan kami balik dalam keadaan agak basah kerana hujan lebat yang mencurah setelah selesai penggambaran tersebut.

Banyak peristiwa lucu yang terjadi, maklumlah kali pertama menjalani shooting. Kadang-kadang terpaksa memainkan lagu silat yang berulangkali kerana babak bersilat terpaksa diulang beberapa kali. Baru saya tahu bagaimana yang dikatakan menjalani penggambaran ini. Cuma saya sedikit kesal dengan sikap penerbit tersebut yang senyap begitu sahaja, apatah lagi mereka melakukan penggambaran 2 lagu silat. Dengar cerita, digunakan dan dimasukkan untuk mengiringi rakan-rakan silat dari aliran lain setelah mereka mengedit filem dokumentari tersebut. Namun saya bersyukur, sekurang-kurangnya kami mendapat pengalaman baru dalam bergendang. Betullah apa yang diperkatakan oleh guru kami, Pakcik Din Guai.

"Kalau hang dok lama bergendang ni, hangpa akan berjumpa dengan pengalaman dan orang yang pelek2 macam pakcik pernah jumpa ni dulu." Nah, kata-kaatersebut menjadi kenyataan. Wuallahua'lam. Sesekali saya terfikir apakah permainan gendang tradisi ini tidak punya nilai di mata mereka itu semua? Bergendang di KL ini memang mencabar, berbanding di tempat lain. Ini belum diceritakan ada individu-individu tertentu yang mahu mengambil kesempatan ke atas kami. Alhamdulliah, selepas dari penggambaran tersebut, kami mendapat pengalaman dan pengajaran baru dalam kamus hidup kami.

Itulah secebis pengalaman kami yang tak seberapa untuk entri kali ini. Sebenarnya sejak dahulu, alhamdullah KGGK banyak mendapat jemputan untuk bergendang, tapi baru-baru ini sahajalah saya beroleh kamera dan dapat merakamkan detik-detik bergendang di kota metropolitan ini untuk dikongsikan bersama mereka yang berminat untuk membacanya.

Read more...

Thursday, December 27, 2007

Laporan Majlis 23.12.07 - Kemensah

Majlis di hujung minggu lepas bertempat di Kg Kemensah, KL. Jam 11 kami sudah berada di rumah bakal pengantin yang menjemput kami ke majlisnya melalui adiknya. Sempat juga kami berbual dengan seorang pakcik yang tidak puashati dengan pelbagai perkara, sistem, parti politik dap pelbagai lagi termasuklah mereka yang membuang sampah di dalam sungai. Kebetulan saya menerima panggilan telefon dan terus saja keluar dari tajuk perbualan yang saya kurang gemar. Hehehe ...
Hampir jam 12 tgh, barulah kami memulakan majlis dengan lagu 'buka'. Saya dan Cikgu Ramli silih berganti meniup serunai, sementara Oon dan Bulat juga bertukar ganti menepuk gendang. Sehinggalah pasukan kami diberi isyarat oleh tuan rumah bahawa pengantin akan tiba. Kami terus mengambil tempat di muka jalan untuk mengiringi mereka masuk setelah diiringi oleh pasukan Hadrah (sedap bunyi kompang hadrah mereka).

Seterusnya adik2 dari pertubuhan Silat Lincah mempersembahkan aksi2 yang mendebarkan dengan tangan kosong hinggalah ke permainan parang panjang. Sempat juga saya melihat wajah penonton yang berkerut menyaksikan persembahan mereka itu. Walau bagaimanapun kita ucapkan tahniah kepada adik2 kecil itu dan jurulatihnya. Semoga warisan Melayu akan terus hidup sampai bila2. Amin.


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP