Showing posts with label Kaset Gendang Silat. Show all posts
Showing posts with label Kaset Gendang Silat. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Gendang Peribumi (Muzik Tradisional Silat)

Yang ini juga lama saya perolehi. Ketika mengunjungi Pulau Langkawi, salah sebuah kedai yang berhampiran di Makam Mahsuri menjualnya. Tidak bertangguh saya sambar terus, dalam tahun 2000 saya membelinya. Ketika melawat di situ, saya memang sudah dengar maklumat ada kumpulan gendang yang bermain, tapi sayang ketika itu jatuh pada hari Jumaat, jadi, tiada persembahan. Dapat kaset ini pun jadilah.

Tajuk album : Gendang Peribumi (Muzik Tradisional Silat)
'Kenangan Makam Mahsuri'
Pancang Perak Ent. Langkawi


Senarai lagu

Maklumat tentang kumpulan yang bermain ini langsung tiada. Apa nama kumpulan, bila dirakam tidak ada. Cuma ada senarai lagi dan kaset yang dijual dengan serba sederhana buatannya. Tak mengapalah, janji dapat dengar. :)

Read more...

Kumpulan Gendang Silat Kedah - En Khamis Dan Rakan2 nya




Ini adalah salah satu lagi rakaman album gendang silat yang agak lama. Dahulunya saya terjumpa di sebuah kedai kaset (tak ingat di mana), terus sambar. Info yang tertera pada kulit kaset ini juga tiada. Hanyalah nama kumpulan. Bila rakamanya tiada, nama ahli juga tiada. Kalau ada sesiapa yang mengetahui info tentang kumpulan, silalah emel atau letakkan komen di entri ini, terima kasih.

Read more...

Kump Gendang Pak Din Lambung @ Pak Din Johan


Kulit Luar album 
Penerbit : Yusuf Che Din
Terbitan dan Edaran : Pusat Muzikal Mutiara
Taman Rahang, Negeri Sembilan

 Gambar Kumpulan

Senarai Lagu

muat turun mp3 di sini : klik sini
(mp3 ini dipautkan dari laman lain, bukan milik kami)

Siapa yang tak kenal nama kumpulan ini? Sebut sahaja namanya, sama ada pengamal gendang atau bukan, akan mengenali namanya. Dari dahulu hingga kini, lagu-lagu dari alunan kasetnya (kini yang ada yang sudah ditukar formatnya ke mp3) seringkali dalam kebanyakan majlis memainkan irama dari kumpulan ini. Tapi maklumatnya tidak banyak diketahui, hingga entri ini ditulis, masih lagi kekurangan bahan rujukan tentang kumpulan ini.

Kebetulan, sudah lama mahu memuatnaikkan kulit luar album lama ini, tetapi scanner rosak, jadi baru-baru ini sahajalah dapat saya mengimbas kulit kaset kumpulan ini. Tapi sayangnya kaset dalam simpanan saya ini juga sudah rosak. :(

Ia merupakan satu salah dokumentasi penting dalam sejarah pergendangan silat Melayu. Ada juga maklumat yang saya perolehi bahawa Kementerian Komunikasi, Kebudayaan (dulu KeKKWa) ada menyimpan bahan atau rakaman kumpulan ini, namun tentunya ia tersimpan dalam arkib mereka dan sukar untuk diakses oleh orang luar. Sayang, tapi nak buat bagaimana, hak orang. Maka dengan sebab itulah, kiranya ada lapang dan izin Allah serta minat, belajarlah seni bergendang ini, tak kira dari aliran mana sekalipun agar ia tidak hilang ditelan zaman.

Selain itu, entri ini juga bertujuan sebagai bahan atau rujukan yang sedikit nilai maklumatnya, tapi sekurang-kurangnya adalah juga dari tiada langsung. Tapi paling menyedihkan apabila lagu-lagu mereka dimainkan tanpa sebarang ucapan terima kasih dan penghargaan.`Pernah saya terdengar ia dimainkan dalam sebuah drama bersiri yang kecoh sekejap dahulu digam memainkan salah satu daripada senarai lagu mereka, namun tiada ucapan penghargaan pun diberikan. Memang padan muka pun drama bersiri mereka kena gam dari disiarkan.

p/s :  Terima kasih kepada kumpulan ini dan mereka yang terlibat dalam kerja rakaman kumpulan mereka ini sehingga dapatlan orang luar mendengar alunan irama gendang silat ini, termasuklah saya semasa zaman dulu-dulu. Juga al-fatehah buat allahyarham Pak Din Johan dan Pak In (peniup serunai). Kalau sesiapa yang terjumpa entri blog kami ini, mohon dikongsikan maklumat tentang rakaman album ini atau ada gambar kumpulan ini atau apa sahaja jua maklumat tentang kumpulan ini sekiranya, silalah emel ke gemalakasturi@yahoo.com - untuk dipaparkan di entri ini.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP