Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Bergendang Di Hari Raya


Latihan bersama

Hari raya sudah menjelang, moga-moga semuanya berbahagia di hari lebaran ini. Ya, sesudah hampir sebulan latihan gendang ditangguhkan, maka menjelmalah pula hari latihannya, tambahan pula saya mendapat jemputan dari abang Bro dari JB. Kalau tak berlatih langsung, mahu terkucil juga jari nak meniup.

Kebetulan memang saya beraya di Muar setiap tahun, dan Lawi Merah juga di Muar; maka janji dipadu untuk berlatih sama-sama sebelum ke Johor. Ingatkan Warisan Tebrau cukup ahli, tapi disebabkan hal-hal tertentu mereka kekurangan ahli untuk bergendang pada 25 Ogos. Maka, saya meminta bantuan Lawi Merah untuk itu.

Sdr Amir

Amir Lela Rentaka pula beraya di rumah mentuanya, saya pun pergi mengambilnya di Jalan Bakariah dan membawa sekali berlatih di rumah ahli Lawi Merah, Mohd Zahir. Alhamdulillah, dapatlah juga kami berlatih lebih kurang 2 jam sebelum menutup. Selesai latihan kami mengeteh di Restoran Asam Pedas di Parit Jawa.

Macam sahur! Jam 2 pagi makan nasi berlaukkan asam pedas

21 Ogos

Laporan : Khairul

Read more...

Wednesday, September 7, 2011

Hari Raya 2011

Selamat hari raya kepada semua muslimin-muslimat dan pengunjung blog KGGK. Maaf zahir batin dari kami, khusus kepada semua pencinta, peminat dan pengamal permainan gendang silat, tidak kira dari aliran mana.

Read more...

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

KGGK mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung blog KGGK dan juga kepada mereka yang pernah menjemput KGGK untuk menyerikan mana-mana majlis. Terima kasih dan semoga Syawal yang bakal menjelang membawa sejuta rahmat kepada kita, amin.

Read more...

Saturday, September 12, 2009

Selamat Menyambut Syawal

Selamat hari raya aidil fitri kepada rakan-rakan sepergendangan dan juga pengunjung blog kami. Moga-moga di kita semua selamat pergi dan balik, amin... Kepada rakan gemala kasturi yang  ada dan balik ke Kedah, Pahang, Johor atau Melaka, pandu baik-baik, moga sejahtera perjalanan dari segala mara bahaya hendaknya, amin...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP