Wednesday, December 29, 2010

Tutup Tirai Di Taman Bolton - 25.12.10

Pelamin yang indah

Pagi-pagi lagi saya sudah sampai di rumah abg Zizi, sementara menantikan kedatangan kami bersembang panjang. Sesudah semuanya ada kami meluncur terus ke destinasi yang ditetapkan. Kompleks Muhibbah, jaraknya tidaklah jauh, hanya kurang lebih 15 minit kami sampai di sana. Setibanya di sana, saya dan abg zizi berbual-bual kosong dengan DJ yang bertugas. Dua orang abang yang lagi hensem dan baik hati. Sambil-sambil itu, saya terbuai dengan lagu-lagu yang dipasang. al-maklumlah orang lamo ...

Majlis untuk kali ini kami diberikan tugas yang tidaklah begitu berat. Hanya untuk bermain beberapa lagu, mengiring silat sembah dan berarak pengantin. Tepat jam 12, saya meniup terlebih dahulu. Selesai beberapa lagu, kami menyerahkan tugas kepada DJ yang bertugas untuk memutarkan lagu-lagu pilihan mereka. Begitulah suasana sekiranya mendapat rakan DJ yang bertugas yang baik. Kalau sebaliknya pula, diam-diam sahaja, seperti yang kami alami di Shah Alam dahulu. Tapi alhamdulillah, DJ yang bertugas kali ini faham dan memberi laluan kepada KGGK untuk bermain beberapa lagu sebelum mereka menyambung tugasan selanjutnya.

Apabila sampai sahaja pengantin, kami bergegas untuk menyambutnya. Kelihatan rombongan dari sebelah pengantin lelaki agak ramai. Mereka menyusun, ada seorang pakcik mengarahkan agar pasukan KGGK di belakang pengantin. Saya berasa tidak sedap hati. Saya bermenung sektika kerana melihatkan beliau adalah 'pakcik'. Tapi apabila teringat pesan guru, saya terus memaklumkannya dengan lemah-lembut dan mengatakan bahawa pasukan gendang sewajarnya berada di hadapan pengantin. Mujurlah dia setuju.

Seterusnya diikuti dengan silat sembah dan selesai tugas kami. Kami berhenti rehat dan makan. Jam lebih kurang 2.30 petang, kami beransur.

p/s : Terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput KGGK serta DJ yang baik hati. Juga kepada KGGK yang memberikan kerjasama sepenuhnya dengan majlis tuan rumah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP