Showing posts with label Gendang Bersama Kump Lain. Show all posts
Showing posts with label Gendang Bersama Kump Lain. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Bergendang di Kejohanan Silat Kebangsaan 23 - 30 April - Cheras


Agak lama juga tidak berjumpa dengan rakan-rakan sepergendangan ini yang berasal dari Kedah. Takdirnya mereka menjadi pasukan rasmi untuk mengiringi persembahan dan pertandingan di Stadium Bandminton, Cheras; peluang itu kami tidak lepaskan.

Sempatlah juga menyumbangkan sedikit tenaga membantu dan meraikan rakan-rakan kami bergendang dalam mengiringi peserta yang bertanding. Alhamdulillah, tautan ukhuwah terjalin semula. Sesekali usik mengusik terjadi; mesra terjalin. Moga akan berkekalan hingga sepanjang hayat hendaknya, amin.

Read more...

Sunday, November 13, 2011

Mengaum Bersama Tari Harimau!

Alhamdulillah, perancangan yang dilakukan sebelum bulan puasa lagi, akhirnya diizinkan Allah. Sebelum ini, terpaksa ditangguhkan beberapa kali kerana komitmen kerja dan masa yang ketat. Tapi sebagai menyambung usaha dan pesan guru-guru, kami ke Klang untuk menyambung silaturahim. Kata guru, 'Bergendang nak cari kawan, jangan himpun lawan.'

Saya dan Sharul, berdua dulu kami ke sana, disebabkan hari Jumaat malam, lebuhraya persekutuan sesak, kami hanya mampu sampai jam 10.15 lebih kurang, sedangkan dari sini jam 8.30 malam. Tapi tak mengapa, alhamdulillah, walaupun dapat berjumpa seketika, kemesraan yang terjalin bagaikan sudah bertahun, syukurlah.

Selang beberapa ketika berbual, kami bergendang bersama-sama. Kemudian berhenti rehat seketika dan berbual-bual, sambil berkongsi pengalaman pahit manis, peristiswa dan pelbagai yang nyatakanya dapat mengukuhkan lagi kemesraan kami. Alhamdulillah. Kalau ada lapang, mungkin kami akan ke sana lagi, dan jemputlah kepada Kumpulan Gendang Tari Harimau ke Cheras kiranya ada kelapangan, Insya-Allah.

Terima kasih kepada Abah Man, Pak Ndak, Bul dan rakan-rakan dari Kump Gendang Tari Harimau. Moga ikatan yang terjalin terus kukuh dan segar sampai bila-bila hendaknya, amin.

Read more...

Saturday, June 19, 2010

Kembara Alang & Un - Kg Kerbau, Naka, Kedah

Ini adalah gambar kiriman Alang, salah seorang 'Tok Kalau' dalam KGGK. Kebetulan Un juga balik ke Kedah, jadi depa pi rumah Pak Teh Mid. Agaknya malam tu, Pak Teh ajak depa ke sana untuk bergendang. Menyambung silaturrahim dengan geng gendang di sana. Bertarikh 18 Jun 2010.

Read more...

Thursday, May 13, 2010

Bergendang Dengan Kump Gendang Silat Bera

Sdr Sharul (gendang ibu) dan Tok Awang (gendang anak)

Beberapa hari sebelum kedatangan mereka, Tok Awang sudah menelefon Sharul untuk datang bergendang di kawasan Cheras, dekat dengan LRT Tun Razak. Saya, Sharul dan Sopik sahaja yang lapang pada malam tersebut dan datang agak awal. Dari jauh sudah kendengaran bunyi paluan irama gendang silat. Tapi kali ini, hati saya tidak berdebar seperti selalu apabila mendengar paluan gendang silat. Kami berbual terlebih dahulu dan untuk beberapa ketika, barulah kami ke tempat mereka bergendang. Disebabkan khemah bergendang, berada di tengah-tengah majlis, kami jadi malu alah dan menanti saat terbaik untuk mencelah. Apabila paluan kompang mengambil alih suasana, cepat-cepat kami ke khemah dan bersalaman dengan mereka. Kali terakhir kami berjumpa dengan mereka kalau tidak silap saya, pertengahan tahun lepas, apabila mereka bergendang di Tmn Desa Baiduri.

Lama tidak bersua, banyak perkara juga yang disembangkan tapi tentunya berkisar perihal bergendang. Menjadi kelaziman apabila datang, kami pula bergendang, sebagai tanda persahabatan dan meraikan kami di sini. Meskipun malu alah, kami tetap juga bergendang, kata Pak Teh Mat, sekurang-kurangnya kena main tiga lagu, baru kra aci. :)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP