Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

DI Hotel Concorde, Shah Alam




Terima kasih atas jemputan Dr Radzuan. 24.11.12

Read more...

Wednesday, March 28, 2012

Pecah Peluh Sejuk Di Hotel Sunway Putra!

Gemala Kasturi dan Sidang Kencana


Kump Sidang Kencana - juga merupakan ahli silat Gayung Fatani


27.3.12
Hotel Sunway Putra

Itulah nama terbaru bagi sebuah hotel yang dulunya dikenali sebagai Hotel Legend, bersebelah betul dengan The Mall. Apabila menerima sms dari Sdr Mawlid, mengatakan bahawa persembahan bermula jam 6 petang, kami sedikit kelam-kabut. Tapi alhamdulillah, dapatlah juga hadir ke hotel pada jam lebih kurang 4.30 petang. Lega, yang penting kami sudah sempurnakan janji kami dengan izin Allah, yakni hadir sebelum jam 5 petang, dimaklumkan ada rehersel.


2nd Asia Tobacco Forum 27-20 Mac 2012

Tidak lama kemudian Sdr Mawlid (Kump Gendang Sidang Kencana) dan rakan-rakan lain hadir, dari Senawang. Mereka akan membuat pesembahan silat, dan diiringi oleh kami. Sepetang itu, kami menjalani rehersel yang agak ringkas. Namun kami merasakan maklumat yang disampaikan oleh pihak penganjur tidak berapa lengkap. Seharusnya persembahan begini terlebih dahulu diberikan penerangan ringkas oleh peganjur kepada KGGK dan KGSK agar dapat menyampaikan tugas kami dengan baik.

Ahli KGGK yang terlibat dalam persembahan

Tapi tidak mengapalah, alhamdulillah persembahan kami berjalan dengan lancar, silat dan gendang dapat memberikan persembahan - kami cuba yang terbaik dengan izin Allah. Moga-moga pihak penganjur berpuashati dengan persembahan kami, sama ada silat, mahupun gendangnya.

p/s - Terima kasih atas undangan Sdr Mawlid (Sidang Kencana), pihak penganjur, rakan-rakan KGGK dan lain-lain yang terlibat untuk menjayakan majlis perasmian forum ini. Alhamdulillah.

Read more...

Wednesday, November 2, 2011

Semalam Di Hotel Royale Chulan



Tarikh : 31 Okt 2010
Masa : 9 malam

Majlis : Malam Anugerah Hadiah Sastera Kump Utusan (HSKU) - Exxon Mobil Ke-10
Lokasi : Hotel Royale Chulan

Tuan Rumah: Utusan Malaysia


Panggilan dari seorang teman editor di Utusan agak mengejutkan, mujurlah sempat menyusun siapa yang dapat bergendang di majlis terebut. Pada sebelah paginya, saya hadir seorang diri kerana menjalani sesi rehersel. Namun begitu sesi tersebut agak lewat dari yang dirancangkan, kerana saya tidak dimaklumkan jadual terkini. Cepat-cepat saya beransur dari hotel, kerana akan berpatah balik ke sana semula.

Sesi sound test

Menanti giliran ...

Sampai sahaja di sana, kami terus buat sound check dan alhamdulillah kami disediakan bilik persalinan. Sesudah menunaikan solat Maghrib, kami bersiap-siap dan menanti saat kami dipanggil untuk membuat persembahan. Pengacara majlis, Linda Onn terus membuat pengumuman satu demi satu persembahan, sehinggalah KGGK dipanggil naik sewaktu para tetamu menikmati dessert.

Kami diberikan masa lebih kurang 8-10 minit sahaja. Saya berfikir sejenak diberi penerangan oleh Floor Manager. Akhirnya, kami mempersembahkan Ayam Didik, Lagu Siam, Ikan Di Laut dan Bol Radha Bol. Cukup-cukup 8 minit, menurut floor manager yang memberikan isyarat agar berhenti. Selepas menikmati hidangan malam, kami beransur pulang dengan satu pengalaman baru, iaitu bermain di majlis penyampaian hadiah sastera yang cukup terkenal di tanah air ini.


Gambar kenangan bersama Linda Onn

Terima kasih kepada Sdr Rozlan dan pihak pengurusan majlis HSKU dan Utusan yang menjemput kami.

Read more...

Thursday, September 15, 2011

Majlis Makan Malam Jabatan Ukur Diraja Malaysia : 14 Sept 2011

Barisan penggendang

Agak lama juga KGGK tidak menerima jemputan bergendang. Namun kali ini, melalui Sdr Saiful, KGGK mendapat undangan untuk bermain di Hotel Istana bagi majlis makan malam Jabatan Ukur Diraja Malaysia. Menurut agenda majlis tersebut adalah kerana penganugerahan dan penggunaan perkataan 'Diraja' bagi jabatan tersebut. Lokasi hotel pula terletak di tengah-tengah alam. Sesak kalau datang lambat, maka dengan itu, jam 4 saya dan sdr Bulat sudah berdesup ke sana. Dalam perjalanan hujan renyai-renyai. Saya dan Bulat singgah dulu ke kedai mamak sementara menantikan rakan yang lain. Tidak lama kemudia, Cikgu Ramli, Mat Arip dan Soufikh sampai.

Kami berbual-bual sementara menantikan maghrib. Selepas solat, kami terus bersiap-siap, kerana dijangkakan Tuanku Sultan Selangor akan sampai lebih kurang jam 8.30 malam. Namun hanya jam kurang lebih 9.00 baharulah majlis bermula. Kali ini kami hanya bermain irama Gendang Besar (gendang keling) bagi mengiringi Tuanku masuk ke kamar utama hotel. Sesudah itu, kami berehat untuk jangka masa yang agak panjang sementara menantikan persembahan yang kedua.

Bro Saiful yang best!

Sesi menyantap

Memandangkan pihak penganjur tidak menyediakan tempat kami untuk duduk seperti yang dijanjikan, kami hanya berdiri di belakang dan akhirnya berehat di dalam bilik yang disediakan. Hampir sejam lebih juga, baharulah acara penyampaian watikah dilangsungkan. Lebih kurang jam 11 malam baharulah acara kami selesai. Perlahan-lahan kami beransur pulang. Keletihan dalam menanti menyebabkan kami tidak mengeteh seperti biasa.

Apa-apa pun ia adalah acara yang memberikan kami pengalaman baru. Terima kasih diucapkan kepada Sdr Saiful yang menjadi pengurus kami pada malam itu, pihak Jabatan Ukur Diraja Malaysia dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Read more...

Monday, May 2, 2011

Bagai Delima Merekah ...

Mengiringi anak-anak yatim pulang ...

Inilah pengalaman pertama KGGK dijemput oleh wedding planner, D'Jari Artz, dan juga atas permintaan peribadi pihak pengantin perempuan yang mahukan majlis diserikan dengan tiupan serunai dan paluan gendang. Seawalnya Cik Ain (kini Pn Ain) menghubungi secara emel dan mahu menempah, diikuti dengan Cik Syida yang menelefon untuk tempahan dan perbincangan seterusnya.

Tiba hari yang dijanjikan, saya, sdr Sharul & Arif serta Cikgu Ramli terus ke sana. Mujurlah Arif tahu jalan ke situ, jadi mudalah sedikit kerja. Taklah melilau sangat. Terus sahaja disambut oleh Cik Syida. Katanya ada majlis dengan anak yatim, tapi saya tersilap dengar - 'ada majlis dengan Rais Yatim.' Akhirnya saya menjadi gelak kerana perkara yang melucukan itu. Dey, macam mana boleh silap dengar daaa ....

Emcee (uncle Khairi) dan DJ yang super cool

Bersama Uncle Khairi ... (sumber gambar : Blog Mister Emcee)

Pagi2, majlis meraikan anak-anak yatim diadakan. Kami dimaklumkan oleh Uncle Sofi (tak ingat nama) majlis akan bermula jam 1 petang. Mendengarkan itu, kami menyantap terlebih dahulu dan duduk bersembang sesama kami. Tiba waktu yang dijanjikan, majlis berarak dijalankan, itupun pada jam 1.30 petang, dengan paluan gendang keling. Majlis seterusnya diteruskan dengan bacaan doa, kata-kata aluan oleh MC dan iringan lagu dari DJ yang super cool. Majlis bertambah menarik apabila MC yang gerek membacakan teksnya yang disulami dengan pantun-pantun malar segar yang mengujakan. Saya senyum beberapa kali mendengarkan pantun yang adakalanya mencuit hati.

selesai majlis : Mat Arif, Cikgu Ramli & Sharul

Tepat jam 3 persembahan kami selesai dan terus pulang. Petang itu juga menerima panggilan dari rakan kami sdr Akib, Kumpulan Gendang Warisan Pusaka (agaknyalah nama ni...) yang berasal dari Manjoi, Perak. Katanya mereka akan bergendang di Hotel Dorsett dan megundang kami untuk bergendang sama.

Malam

Suasana dalam dewan majlis

Terus sahaja balik dari Kepong, saya dan sdr Sharul bergegas ke Subang Jaya pula, untuk memenuhi hajat rakan-rakan. Setibanya di sana saya berkenalan pula dengan Bang Not Kuehteow (bapa Akib) dan keluarganya. Tapi kami takdan sembang lama, majlis akan bermula pada jam 8. Kami terus bersiap dan menanti saat yang ditunggu.

Sdr Akib dan Shahrul

8.30 malam, pengantin sampai dan kami mengiringinya masuk ke dalam dewan yang serba indah dan bermain lagu silat untuk adik-adik dari perguruan Cimande. Meskipun indah, namun sayang kami dibiarkan duduk tanpa sebarang alas. Katanya, sudah dimaklumkan paling tidak pun duduk di atas karpet, tapi akhirnya dilayan begitu sekali. Hati saya sedikit panas mengenangkan jenis mereka yang melayan pemuzik tradisi semacam ini. Kami pun berlalu tanpa sebarang ucapan terima kasih dari mana-mana pihak sekalipun. Hati panas, perut lapar, cepat-cepat kami beredar.

Gambar kenang-kenangan

p/s : Terima kasih kepada Puan Ain yang menjemput KGGK memeriahkan majlis di rumahnya. Terima kasih juga kepada Akib dan Bang Not yang menjemput kami untuk bergendang di Hotel Dorsett. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Cerita dari blog Uncle Khairi - super cool MC.

Read more...

Friday, December 10, 2010

Hotel Istana

Hotel Istana - 14.7.2004

Lama sangat dah gambar ini, sengaja saya masukkan sebagai rekod KGGK. Dulu tak ada blog, sekarang baru teringat nak masukkan. Al-kisah saya dihubungi oleh Tengku Ali, beliau dapat no hf saya daripada adik iparnya, yang dapat nombor saya pula daripada abg Azlan Ghanie (tokey SB). Kata Tengku, "Nak iring Tuanku Mizan..."

Berderau darah saya! Pertama kali jemputan yang melibatkan VVIP dari kalangan istana. Dan itulah zamannya ketika KGGK kebetulan sedang membuat baju layang, songket dan sebagainya untuk tujuan majlis2 besar.

Saya masih ingat, di rumah abg Khir (pot kami berlatih dulu di Batu 7, Gombak), Tengku dan rombongannya datang untuk melihat kami bermain. Macam audisyen lah kira-kiranya. Bedebar hati kami, tapi apabila mendapat restu dan mandat, gembira benar kami rasanya. Semuanya masih segar dalam ingatan ...

Read more...

Thursday, July 22, 2010

Persidangan FBI NAA Asia Pasifik ke-13 (18 Julai 2010)

Saya kira ini adalah merupakan persembahan julung kalinya yang melibatkan KGGK di peringkat antarabangsa. Meskipun terdapat banyak sanggahan terhadap persidangan ini, namun KGGK sebagai pemuzik jemputan menganggap ini adalah tugas kami seperti jemputan yang lainnya.

Majlis yang seawalnya kami sudah jangka penuh dengan protokol dan ciri-ciri keselamatan yang ketat. Sebelum dari itu, kami menjalani rehersel di IPK KL. Menurut sumber yang kuat, Dato' Seri Hishamudin sendiri yang meminta dimainkan muzik live bagi mengiringi pesilat dari aliran Lincah. KGGK amat berbesar hati menerima jemputan ini dan mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Selain itu, KGGK juga ingin mengucapkan terima kasih kepada IPK KL, kerana menjemput kami untuk menjadi pemuzik pengiring. Tambahan pula layanan yang diberikan oleh pihak IPK KL amat memuaskan hati kami.

Dan akhirnya kami bersykur kerana majlis mengiringi Dato' Seri dan pesilat Lincah berjalan lancar tanpa sebarang masalah, alhamdulillah.

Read more...

Friday, November 6, 2009

Gambar Sekitar Majlis Anugerah Selendang Sandang Gayong Malaysia









Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu.

Sumber gambar : Zaidee Photography

Read more...

Wednesday, November 14, 2007

Laporan Persembahan MSSKL

13.11.07 - Hampir 5 jam kami di Hotel Flamingo demi menyudahkan perjalanan majlis penyampaian hadiah dan anugerah MSSKL. Bermula dengan perarakan dengan iringan gendang peribumi seperti biasa. Kemudian kami didera pula dengan permainan gendang tanpa serunai selama hampir 1 jam berterusan, saya fikir lebih kurang 50 orang mereka yang naik menerima hadiah dan anugerah. Wajah2 pelajar yang ceria satu demi satu melepasi pandangan saya. Zaman yang paling indah, bukan? Bagaimana pun saya berterima kasih kepada Cikgu Khadijah (Sek. Menengah Setiawangsa) yang telah sudi menjemput kami utk menyerikan lagi majlis yang berlangsung di Grand Ballroom yang indah itu. Baik dari segi makan, minum semuanya terjaga dan diambil berat oleh beliau. Menurut beliau sambutan dari PPD amatlah baik dan ramai guru yang agak teruja melihat persembahan tersebut. Terima kasih cikgu. Moga Gemala Kasturi terus maju dan berjaya di masa akan datang.

Read more...

Wednesday, September 5, 2007

Laporan Persembahan Di Hotel Federal








Persembahan ini sempena persidangan guru-guru kaunseling yang diadakan oleh KPM peringkat Malaysia. Sehari sebelum itu, kami telah menghadiri sesi rehersel sehingga tengahari. Tapi pagi tadi, kami telah bertolak ke hotel jam 6.30 pagi untuk mengelakkan trafik jam di kawasan Bukit Bintang tersebut. Jam 7.30 kami sudah sampai di sana dan bersarapan dahulu. Sempat juga saya melayari internet di situ yang mahal harganya (1 jam -RM3.50 - hahaha kapitalis sungguh!) Persembahan tersebut berlumla jam 10.30 pagi, dirasmikan oleh Ketua Pengarah KPM yang memberi ucaptama begitu lama. Atas permintaan Cikgu Rizal, sekali lagi, saya terpaksa membantu Arif dalam permainan serunai. Suasana agak sejuk, anak-anak buah mula berbisik mahu ke tandas, tapi saya menegah dengan mengatakan ucapan tersebut akan berakhir tak lama lagi. Malah saya sendiri juga mahu 'terkucil' kerana kesejukan. Hampir jam 12.15 barulah majlis tamat dan masing2 berebut untuk ke tandas termasuklah saya. Hehehe ... Berita selanjutnya di majalah Seni Beladiri.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP