Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

Di Putrajaya - 18 Mei 2013







Lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Lagipun inilah jemputan pertama buat grup kami untuk tahun ini. Alhamdulillah, terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput kami. Selama tiada apa-apa aktiviti, saya menyertai pasukan Komuniti Keriwarisan - mempelajari serba-sedikit perihal tanjak/destar/tengkolok dan pemakaian cara Melayu. Meskipun masih di peringkat awal, saya cuba menerapkan terlebih dahulu pada kumpulan. 

Tahun ini dan seterusnya, kalau bergendang ke mana-mana, Insya-Allah akan memakai / berbusana Melayu, yakni bertanjak, samping, baju sikap (masih belajar tentang baju ini) dan seterusnya. Tujuannya sekaligus untuk menghidupkan semula pemakaian cara lama. Selain dari memakai pakaian rasmi, warna hitam, saya rasa sudah sampai masanya untuk mengenegahkan pula dengan pemakaian yang lebih segar dan beraneka warna.

Jadi, majlis di Putrajaya buat pertama kalinya, kami memakai sedikit lain dari kebiasaan, tiada lagi songkok, kini ditukar kepada tanjak. Alhamdulillah, penerimaan amat baik dari pengunjung yang hadir. Sesekali membawa perubahan demi meneruskan kesinambungan warisan seni ini agar lebih dipandang tinggi dan dapatlah dimartabatkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi, mungkin, amin.

Read more...

Monday, May 16, 2011

Putrajaya Oh Putrajaya

Bertempat di Dewan Kejiranan, Presint 9, kami menunaikan hajat tuan rumah yang menjemput kami untuk memeriahkan majlis perkahwinan anaknya. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar semuanya. Syukurlah sudah dua, tiga kali bermain di situ, jadi tidaklah menggelabah nak cari tempatnya. DJ pun best, cuma satu sahaja yang kurang menarik apabila kami dipanggil kumpulan gamelan. Sedangkan kad nama sudah diberi, siap dengan nama kumpulan. Aduhai ... orang kita.

Bagaimanapun terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami untuk menambahserikan lagi majlis walimatulurus anaknya.

Malam

Dek kerana teringat Azam (pemain gendang anak) yang khabarnya gering akibat terjatuh basikal, saya mengajak Cikgu Ramli untuk menziarahinya. Maklumlah, hari untuk ke Singapura sudah tidak lama lagi, risau juga tentang keadaan kesihatannya. Mujurlah hanya tanganya terseliuh dan tidak mengalami sebarang retak atau patah. Kalau tidak kacau juga kerana tempahan tiket kapal terbang ke sana sudah tetap. Alhamdulillah, malam itu hanya tinggal bengkak sedikit dan dijangkakan akan pulih sebelum ke bumi Temasik pada 3-5 Jun kelak.

Hampir jam 11 malam, barulah kami beransur kerana keesokan harinya ada jemputan di Merak Kayangan, Jalan Semarak pula. Kami, ahli KGGK mendoakan agar sdr Azam cepat pulih dan dapat memberikan persembahan yang terbaik di sana nanti, amin.

Read more...

Monday, May 17, 2010

Dewan Kompleks Kejiranan Putrajaya, Presint 9

Pelatih dari SMK Wangsa Maju, Seksyen 2

Ini adalah kali kedua KGGK bermain di Presint. Kali pertama, dua tahun lepas kami bermain di dewan yang sama. Ketika itu saya membawa pelatih baru dari SMK Cheras dan pelatih daripada SMK Tmn Melawati. Dan kali ini, dua pelatih baru juga dibawa untuk bersama kami. Tujuannya adalah memberikan pendedahan sebenar apabila bermain di khalayak ramai. Alhamdulillah, walaupun masih banyak lagi perlu diperbetulkan, namun ujian pertama sudah lepas. Dari situ nanti, KGGK merasakan bahawa pelatih-pelatih baru kelak akan timbul perasaan yakin dan terus bermain gendang selagi punya masa.


Kali ini pelatih baru terdiri daripada dua orang pemain serunai dari SMK Wangsa Maju, Seksyen 2, KL. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua, meskipun seorang daripadanya baru sahaja mendapat keputusan SPM. Terima kasih juga KGGK ucapkan kepada En. Shamsudin yang menjemput kami.

Read more...

Saturday, September 27, 2008

Bermain di Putrajaya - 17/12/06

Salam ramadhan, gambar ini diambil oleh sahabat saya, Kamrol yang selalu muncul di rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9. Kami dijemput sendiri oleh Kamrol untuk memeriahkan majlis tersebut bersama dengannya. Sayang, saya tidak dapat mengambil gambar sdr Kamrol sedang bergendang kerana saya meniup serunai. Saya pun sudah lupa bergendang ini sempena majlis apa, tapi memang menarik. Ramai orang yang datang ketika itu, meskipun cuaca hangat berdenting, kumpulan kami tetap meneruskan persembahan kerana telah diamanahkan oleh sdr Kamrol untuk bermain lagu-lagu 'berjalan' (istilah yang digunakan untuk lagu-lagu hiburan).

Bersama Pak Mail dari ASWARA,
otai geng wayang kulit Kelantan panjak Pak Nasir

Majlis berakhir pada sebelah petang. Penatnya sudah tidak tergambarkan lagi, tapi kami puas bermain tanpa sebarang halangan dan kekangan masa. Terima kasih pada sdr Kamrol Bahri yang menjemput kami.

Read more...

Monday, July 2, 2007

1.7.07 - Dewan Seri Endon - Menyambut Sultan Pahang


  1. Aksi klise - bergambar secara 'belia' dan eksyen lebih ... hehehe
Jam 10.45 pg - Kami tiba di sana. Janji harus ditepati. Tanpa banyak cerita kami bersiap-siap untuk majlis yang akan bermula jam 11.15. Acara pertama dimulakan dengan bergendang di foter Dewan Seri Endon bagi menyambut para tetamu yang hadir. Seronok benar rakan-rakan kerana malam sebelumnya 'mata lebam' kerana kepenatan dan rehersel yang lama itu. Bermula dengan irama Mak Inang Jawa, Kasut-Kasut, Aladom dan beberapa rangkaian lagu kami dendangkan untuk para tetamu. Paling manis apabila dapat menyambut keberangkatan masuk DYMM Sultan Pahang dengan irama Gendang Peribumi yang kami tunggu-tunggukan untuk majlis menyambut raja-raja. Hari ini ia terlaksana. Dengan Wandi (kami panggil 'Bandi Amuk'-kerana nama hampir serupa) yang begitu cekap mengambil gambar serta video, kami bersungguh-sunggh bermain disampingkan menghiburkan para tetamu. (bersambung)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP