Monday, December 5, 2011

Jemputan Bermain Serunai

Gambar kenangan bersama pelajar ko-ku Gendang Silat sesi 2011

Tarikh : 4 Dis 2011
Masa : 9.00 malam

Lokasi : DECTAR, UKM
Majlis : Festival Seni UKM 2011

Anjuran : Unit Kebudayaan UKM


Sdr Johan dan Azam bersama salah seorang pelajar ko-ku gendang silat

Atas jemputan rakan lama (Sdr Johan) dan juga rakan sekumpulan (Sdr Azam), saya gagahkan juga demi untuk melihat semaraknya permainan ini di UKM. Al-Kisahnya, Pasukan Gendang Silat UKM ini sudah lama ada; sejak tahun 1997, tak silap saya. Juga itulah merupakan tempat saya mula belajar bermain serunai dengan Cikgu Ramli dan mengaji akademik. Maka tidak hairanlah, saya bersetuju apabila dipelawa untuk bermain serunai.

Suasana DECTAR, UKM sebelum majlis bermula

Disebabkan saya yang digeluti oleh tugas dan pekerjaan sendiri, maka tidaklah dapat saya hadir untuk sesi latihan pada hari Selasa atau Khamis. Jadi, selepas mengajar gendang di PLKU, saya terus ke sana, memandangkan kedudukan PLKU yang agak hampir dengan UKM. Walaupun hujan agak lebat ketika ke sana, namun semangat dan nostalgia UKM yang berlegar-legar di dalam minda membuatkan saya tempuhi walaupun jalan sedikit teruk di kawasan Sungai Tangkas.

Gambar kenangan bersama En Rafie (baju biru), Sdr Johan (paling kiri)

Pameran di lobi Dectar

Setibanya di sana, saya terjumpa dengan En Rafie, tokey Unit Kebudayaan. Lama benar tidak berjumpa dengan beliau. Dalam masa yang sama, saya tercari-cari juga kelibat Khairul, Cikgu Roslan Salam, Abang Burn dan beberapa sahabat lama yang bertugas di unit tersebut. Namun disebabkan latihan awal bersama tidak dijalankan, maka terpaksalah kami berlatih untuk seketika sebelum persembahan bermula. Saya tahu air lagu Inang Cina yang dilatih dan akan ditiup oleh saya agak berbeza, saya tawakkal.

Sesi latihan dengan para pelajar di belakang Dectar

Kurang lebih jam 9.00 majlis bermula, dengan tarian, muzik wayang kulit dan giliran ketiga adalah gendang silat. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit cara meniup lagu yang berbeza, namun para pelajar ko-ku dapat bermain dengan baik. Alhamdulillah, tahniah untuk mereka. Disebabkan saya ada temujanji dengan rakan, terpaksalah saya beransur pulang dulu, tak dapat sertai sesi 'ngeteh' mereka.

Pesanan dari Cikgu Ramli

Sdr Ejam dan Sdr Bulat

Terima kasih kepada Sdr Johan dan Azam yang menjemput saya. Juga Cikgu Ramli dan Sdr Bulat, Ejam Lela Rentaka yang turut hadir ke majlis tersebut. Juga untuk UKM - terbaik!

1 comments:

Anonymous,  August 22, 2021 at 11:04 AM  

YIP KUM FOOK (LAWYER DESA JAYA, KEPONG)
You don't want to stay, you're angry and you don't want your emotions getting in the way. You just want to walk out of their lives entirely and feel confident and happy about it.
It takes some empowering moments to really show you how happy you can be without them, and you'll never date a cheater again.
But you can't. Because deep down you know it would never be the same. You'll always be glancing at their phone or checking their location, and they'll always be trying to hide what they're doing from you.
We've found the best cheating quotes that will help you remember why you should never take back a cheater, even when you're tempted!

Ah Hock…kepong

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP