Showing posts with label Laporan Bergendang - Perasmian. Show all posts
Showing posts with label Laporan Bergendang - Perasmian. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Perasmian Pembukaan Mc Donald Semenyih - 18.9.11

Tarikh : 18 September 2011
Majlis : Perasmian Pembukaan Mc Donald Semenyih
Lokasi : Semenyih
Penganjur : La Obe Entertaintment (Sdr Jamari)
Pesilat : Sdr Hasan & Azhar (PSGFM)


KGGK, pesilat dan Sdr Jamari (Abang Nik)

Keletihan malam sebelumnya tidak membenarkan kami untuk menjadikan alasan bangun pagi untuk majlis ini. Masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jam 2 pagi, kami masih di rumah Sdr Bulat, beraya. ;)

Jam 8.05 pagi, kami sudah terpacak di situ. Perjalanan melalui Lebuh Raya ke Kajang, tidaklah begitu jauh untuk kami yang duduk di Cheras. Malam sebelumnya, saya sudah menggesa Azam untuk mengambil Cikgu Ramli agar tidur di rumah saya sahaja; bagi mengelakkan sebarang keterlewatan. Majlis yang begini, seharusnya menjaga masa, apatah lagi menurut Sdr Nik (Jamari) dari La Obe Ent (yang menjemput KGGK), ia merupakan julung-julung kali sambutan pembukaan Mc Donald yang menggunakan seni budaya Melayu yang melibatkan gendang dan silat. Mudah-mudahan ia menjadi 'pembuka mata' kepada pihak lain agar memberi sokongan pada budaya sendiri.

Panik

Sarapan pagi

Dan dalam sibuk bersarapan pagi di Mc Donald (terpaksa ...perut dah mendidih), sdr Hasan dan Azhar, wakil pesilat dari PSGFM tiba, saya lega. Kami berbual terlebih dahulu sementara menanti majlis yang akan bermula pada jam 10.30 pagi. Meskipun tiada nasi lemak, tapi kami hentam juga kerana lapar. Tak lama kemudian baharulah Sdr Jamari meminta kami untuk membuat demo sedikit kerana orang McD nak dengar bagaimana bunyi dan permainanannya. Sementara bersiap ini, baharulah kami menyedari bahawa kayu pengetuk gong tidak dibawa bersama!

Saya panik seketika, namun dengan kecekapan Mat Arip, seorang anggota tentera yang biasa dengan ilmu kemahiran hidup, ia dapat diatasi. Alhamdulillah, kalau terus bermain persembahan agaknya lagi menggelabah jadinya. Lebih kurang jam 10 kami bersiap-siap kerana majlis dijangkakan akan bermula jam 10.30, pesilat2 juga bersiap. Tugas kami pada hari ini adalah mengiringi Ronald McDonald dari parkir ke premis McD. Tepat jam 10.30, van yang membawa maskot McD tiba dan terus diiringi dengan lagu Joget Pahang yang bertempo rancak seperti kehendak penganjur. Setibanya di premis, lagu silat dimainkan menyambut maskot.

Permainan untuk kanak-kanak

Kemudian selepas bacaan doa, kami berehat seketika sementara menanti acara yang seterusnya pada jam lebih kurang 12 tgh. Sebelum dari itu beberapa permainan dijalankan khusus untuk adik-adik yang hadir pada hari tersebut dan juga anak-anak yatim yang dijemput khas. Sesudah itu barulah selesai tugas kami semua. Alhamdulillah, syukurlah semuanya berjalan lancar meskipun terdapat sedikit kekurangan dari segi peralatan.

Terima kasih diucapkan kepada Sdr Jamari yang memberikan kepercayaan kepada KGGK, anggota KGGK yang hadir, para pesilat dari PSGFM (Sdr Azhar dan Hasan), serta pihak pengurusan Mc Donald yang memberikan layanan terbaik buat kami. Terima kasih semua.

Read more...

Friday, August 15, 2008

Laporan 10/8/08 - Di Selayang

Jam 11 pagi, kami sudah terpacak di sana, tak mahu Abli tertunggu-tunggu kami, dengan Cikgu Ramli, kami berbual-bual. Sementara Un pula datang dengan Alif. Hampir setengah kamu berbual, barulah saya menggesa ke tempat bergendang yang telah siap disediakan. Sykur alhamdulillah, tempat kami bergendang agak luas dan selesa, ditambah pula dengan Abli yang bersusah payah mengatur agar kami lebih selesa. Hanya beberapa minit kami berehat, DJ telah menjemput kami untuk bergendang. Setelah beberapa lagu dimainkan, kami pun berhenti kerana memberi laluan kepada DJ untuk mengumumkan pelbagai perkara. Majlis itu sebenarnya adalah bersempana dengan pembukaan pusat komuniti orang ramai di kawasan Selayang. Pelbagia acara dan pameran diadakan sempena dengan majlis tersebut.

Adik-adik cilik dari perguruan Silat Harimau Sri Rama

Siap dengan marhaban, selawat, bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an serta peyampaian pelbagai hadiah serta cenderamata kepada mereka yang kurang bernasib baik serta ibu tunggal. Ditambah pula dengan acara persembahan yang menjadi kemuncak acara. Apa lagi, bertukar-tukar orang yang meniup serunai dek persembahan silat mereka yang ramai. Antara sialt yang ada pada hari tersebut adalah - Silat Harimau Sri Rama, Lian Padukan, Kuntau Tekpi dan Silat Lintar (kalau tidak silap saya). Hampir jam 4 petang barulah selesai majlis yang penuh bermakna itu.

Terima kasih kita kepada Abli yang sudi menjemput kami untuk memeriahkan majlis yang gilang-gemilang tersebut.



  • Peminat setia apabila bergendang di mana-mana pun.


  • Pameran dan demo mencanting batik dari Kraftangan

  • Keletihan setelah bergendang dan menunggu hampir 5 jam

Read more...

Sunday, July 27, 2008

Laporan 26/7/08 - Bergendang di SM Setiawanga


Jemputan untuk bergendang pada 26/7 ini sudah lama dirancangkan oleh pihak sekolah. Akhirnya barulah mereka menghubungi saya untuk tujuan tersebut. Pagi-pagi kami sudah terpacak di SMK Setiawangsa, KL untuk tujuan tersebut. Tambahan pula, pasukan gendang diminta untuk mengiringi masuk tetamu yang akan hadir pada hari tersebut. Gelihati juga melihat telatah adik-adik di sekolah, sesekali kenangan menyelinap masuk ke dalam gerubuk kenangan. Saya senyum sendiri. Tepat jam 9, tetamu pun sampai. Selesai memeriksa perbarisan pasukan seragam sekolah tersebut, kami mengambil tugas mengiringi masuk ke dewan. Terus sahaja kami bermain beberapa rangkaian lagi, memandangkan kami dikira sebagai welcoming guest. Saya tak banyak bicara, habis satu lagu, terus meniup satu dengan mengakhiri majlis dengan membawa lagu cover 'Kuch Kuch Hota Hey'. Terima kasih kepada pihak sekolah, terutama Cikgu Khadijah yang sudi menjemput kami untuk bermain di sana.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP