Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu.
Cendol yang dikatakan terkenal di Shah Alam, menjadi sebutan dan igauan ..
Cikgu dengan video camnya - gambar aku dia ambil sikit je! heheh
Gaya terbang!
Alang-alang menyeluk pekasam - sdr Alang
Sekitar gambar bermain di Seksyen 19, Shah Alam. Terima kasih kepada Tuan Haji Kamarudin yang memanggil kami untuk menyerikan majlis perkahwinan anaknya. Tapi sayang saya terlupa membawa kamera, harap pada kamera selfon ni aje lah. Lebih menarik apabila majlis tersebut diserikan dengan pameran kereta volkswagen (mari mana pun saya tak tahu - sehinggakan jenuh kami nak berarak pengantin - hehehe).
Suasana berjalan agak santai, diselang-seli dengan abg DJ Nik yang macho lagi sporting. Sempat juga sdr Shahrul bertukar-tukar kad dan mendapat pereka pelan. Huh, inilah namanya networking kan? Alhamdulillah semuanya atas izin Allah, majlis selamat berjalan dan berakhir dengan tenang, tapi perut kami saja yang tak tenang kerana belasah cendol banyak sangat. Juara cendol kali ini adalah Mat Arip - huh, 6 mangkuk! Memang berhantu cendol Pak Akob ni, saya saja tibai 3 mangkuk ... hahaha
Dua minggu lepas, majlis berbuka puasa KGGK telah diadakan di rumah sdr Khairul. Sederhana tapi meriah. Dapat jugalah mengumpulkan beberapa orang ahli dan famili KGGK yang lapang untuk merapatkan silaturrahim. Sayangnya majlis dibuat last minute menyebabkan tidak semua yang dapat hadir. Moga-moga ramadhan tahun hadapan dapat dirancang dengan lebih rapi untuk membolehkan semua turun, Insya-Allah.
Selamat hari raya aidil fitri kepada rakan-rakan sepergendangan dan juga pengunjung blog kami. Moga-moga di kita semua selamat pergi dan balik, amin... Kepada rakan gemala kasturi yang ada dan balik ke Kedah, Pahang, Johor atau Melaka, pandu baik-baik, moga sejahtera perjalanan dari segala mara bahaya hendaknya, amin...
Gambar-gambar ini adalah semasa kenduri rakan pergendangan kami di Jitra, Kedah pada 8.8.09 baru-baru ini. Tapi sayang hanya sdr Shahrul sahaja yang mewakili geng gendang dari KL. Yang lain-lain ada komitmen pada hari tersebut. Terima kasih kepada Un yang menjemput kami semua ke majlis perkahwinannya. Moga-moga kami berkelapangan di lain hari kiranya ada teman-teman sepergendangan yang berkahwin, insya-Allah.
I have 500 units of black coloured Silat Uniform available for sale during this month of August. For bulk orders of 20 and above, I will reduce the price further. For other quantities and non-Malaysian buyers, contact me silatmelayu@gmail.com or call me at +6016 3085 789
=========== SPECIFICATIONS =========== * Material: 100% cotton * Inclusive: Shirt, pants & belt. * Sizes available: Size 0 (6- years old) to Size 7 (XXL) * Brand: Tass Sportex * Price: RM65 + RM8 (courier within Malaysia) * For a picture and more specs, see: http://silat-melayu.ning.com/page/baju-silat
While we set up the VirtuaShop for your convenience, all purchase inquiries should go to silatmelayu@gmail.com
Price: AGS-01 RM69.00, AGS-02 RM65.00 Postage: RM10 per unit (example: For 1 unit purchase, include RM65 + RM10) For more than 1 unit purchase, please email silatmelayu@gmail.com or contact 016-3085 789 for cheaper postage)
Payment method (Bank Transfer) 1. Deposit total payment under the name Mohd Nadzrin bin Abdul Wahab to either bank account: (CIMB 1438 000 638 6528) or (Maybank 1142 7117 825 1)
2. Email the following details to silatmelayu@gmail.com: (or sms them to 016-3085 789)
Gambar kump gendang Sekawan Bintang (SMK Wangsa Maju, Sek.2) beraksi di Dataran Merdeka. Aduh, merah sangatlah mak ngah! (Sdr Shahrul, ni sempena majlis apa ya?)
Minggu lepas, balik dari UUM, Sintok menghantar adik ipar mendaftar, sempat juga saya menyinggah di rumah tok guru gendang kami di Jitra, Kedah. Memang kebetulan melalui saya mahu singgah minum kerana belum lagi mengisi perut di UUM sebelumnya. Alhamdulillah dapatlah juga berjumpa setelah agak lama saya tidak ke sana dek hambatan masa dan kerja.
Antara gambar yang sempat saya tangkap untuk kenang-kenangan. Habis segala barang antik, gendang dan gong menjadi mangsa terjahan kamera yang dipinjam dari rakan sekerja. Hehehe ...
Inilah kali pertama saya bermain serunai untuk kejohanan Tomoi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada hari sabtu malam yang lepas. Seawalnya Un mengatakan bahawa guru kami, Pakcik Din Guai akan turun dari Pahang. Jadi, mula-mula saya hanya ingin berjumpa dengan beliau, tapi serunai saya standby juga. Manalah tahu pakcik menyuruh saya meniup. Kebetulan sdr Azhar Tekpi agak lapang pada malam itu. Petang itu saya menghantar sms bertanyakan samada dia ada kelapangan atau tidak. Terima kasih saya kepada sdr Azhar yang bersusah payah mengambil saya kerana kereta sudah tamat road tax nya.
Alhamdulillah, malam itu sdr Azhar tiba dalam jam 9.30, lebih kurang. Saya menyangkakan bahawa sudah terlambat. Dengan keadaan kesesakan luar biasa di kawasan tasik titiwangsa, saya malas nak fikir samada sudah lewat atau tidak, yang penting dapat berjumpa dengan pakcik Din. Setibanya di stadium, saya tidak terdengar apa-apa kecuali kebisingan lagu-lagu yang mengiringi peserta Tomoi yang masuk ke gelanggang. Tidak bertangguh, saya membeli tiket dan menuju ke tempat gendang.
Wah! Memang bingit sekali dengan suara penyokong-penyokong yang hadir. Sorak-sorai memenuhi suasana. Saya duduk di sebelah pakcik yang berehat sebentar. Tak lama kemudian saya teringat sdr Azhar yang terpaksa memarkir kereta agak jauh. Sms diterima, saya bergegas mencari sdr Azhar, rupa-rupanya dia sudah masuk menggunakan tiket gendang, chis, percuma!
Ketika itu perlawanan ketiga. Saya hanya duduk dan bersembang dengan pakcik apabila perlawanan dihentikan untuk seketika. Dada saya mula berdebar dan badan naik seram sejuk. Dalam hati teringin sekali bermain serunai mengiringi aksi petinju Tomoi pada malam itu. Tapi perasaan gemuruh menguasai memandangkan suasana yang bergegar, juga kerana permainan gendang Tomoi pada malam itu adalah dari aliran gendang Kelantan. Sudahnya saya diam, tapi perlahan-lahan saya membasahkan lidah serunai. Pakcik Din yang faham debaran hati saya, cepat-cepat menggesa saya untuk menggantikan tempatnya dengan alasan beliau ingin ke tandas.
Dada saya duk, dak, duk, dak… Tapi saya bertawakal, alang-alang serunai sudah menghala ke mikrofon, saya tiup sahaja apabila pengaracara mengumumkan ‘langkah sembah’ oleh petinju Tomoi – perlawanan keempat. Jari-jari saya menari di atas batang serunai, melayangkan lagu Tomoi aliran Kedah, meskipun saya menyedari bahawa lagu gendang Tomoi itu adalah dari aliran Tomoi Kelantan. Saya berserah.
Masuk pusingan kedua dan ketiga, hati saya sudah tenang dan mula memahami rentak dan corak permainan gendang Tomoi Kelantan, telinga saya mencari bunyi gong untuk menyelaraskan dan menyesuaikan serunai Tomoi Kedah dan gendang Tomoi Kelantan. Makin lama, makin laju rentak gendang. Tidak sempat saya mengalunkan bunga lagu Tomoi, hanya ambil yang asas dan sesekali sahaja saya sulamkan bunga lagu Tomoi Kedah. Masuk pusingan kelima dan keenam, gendang semakin rancak, sejajar dengan aksi dan langkah peninju yang semakin agresif.
Apabila perlawanan tamat, dapatlah saya berehat seketika. Pusingan keenam alunan serunai berpindah semula kepada pakcik Din. Saya hanya memerhati dan menikmati perlawanan Tomoi. Sesekali lagak gadis yang naik ke pentas sambil memegang kadbod yang bersaiz sederhana mencuri perhatian penonton. Saya senyum sahaja. Semasa berakhirnya perlawanan ketiga, hadiah dan cenderamata diberikan kepada para peserta sebelum perlawanan seterusnya.
Semasa memerhatikan peninju Tomoi menarikan langkah sembah yang menarik, saya terkenang sambil berfikir kenapakah perlawanan silat olahraga tiada mempamerkan seni yang sebegini sedangkan kita mempunyai pelbagai aliran dan tentunya tari silat yang bermacam ragam dan bentuk itu menarik hati. Di Kelantan, pertandingan Silat Jatuh sudah mempamerkan mutu dan persembahan yang jauh lebih menarik dari silat olahraga yang cuma memaparkan aksi silat yang sudah tidak mencerminkan ketinggian mutu dan nilai seni dan estetika persilatan yang cantik dan murni.
Jam sudah menunjukkan angka 12, tapi perlawanan masih diteruskan. Dalam pemerhatian saya, perlawanan kedua terakhir adalah yang paling menarik kerana aksi dan agresif dipamerkan. Tumbukan dan sepakan saling bertukar dan menyulam pula dengan buah-buah Tomoi yang selalu saya perhatikan dalam filem-filem aksi dan purba Thailand. Selain dari itu, aksi berhati-hati banyak dipaparkan, menyebabkan saya kehilangan tumpuan untuk seketika. Meskipun gendang sudah rancak bertabuh tapi peninju sangat berhati-hati dalam melangkah dan menyerang. Mata dicari, kemenangan dinanti, hinggalah jam 1 lebih, barulah perlawanan tamat dan sesi bergambar diadakan.
Serunai - Cikgu Ramli, Khairul, Azhar, Alang Gendang Ibu & Anak - Sharul, Mat Arip, Hizzal, Alif, Amin, Azizul, Un, Abg Jiji Gong - Semua Ahli Marakas & Tamborin - Semua Ahli
1. Apakah KGGK kumpulan ghazal, maulud, cak lempong, gamelan, latin, gambus, rodat atau kompang? Bukan, KGGK kumpulan gendang silat aliran utara yang memainkan irama lagu silat, lagu rakyat dan selingan berasaskan gendang dan serunai.
2. Adakah KGGK mempunyai penyanyi? Tiada, KGGK adalah kumpulan instrumental, serunai bertindak sebagai melodi utama yang memainkan lagu-lagu.
3. Apakah irama yang dimainkan oleh KGGK? KGGK memainkan lagu silat, tradisional, lagu-lagu rakyat, lagu klasik, kontemporari dan lain-lain.
4. Adakah KGGK menerima jemputan di hotel? Ya, KGGK menerima jemputan bermain di hotel dan telah banyak kali bermain di hotel.
5. Adakah KGGK menyediakan pasukan silat? Tidak, kami tidak menyediakan pasukan / orang silat / silat pengantin / silat sembah.
6. Adakah KGGK boleh main berarak seperti kompang? Ya, boleh.