Pindah Ke Blog Baru
10 years ago
Di bawah terik sinaran matahari yang menikam ubun-ubun, alhamdulillah, KGGK diberikan khemah khas dan payung extra untuk kami berteduh dan bergendang. Mulanya Pak Teh Mid yang kena turun, tapi oleh kerana beliau juga mempunyai jadual bergendang yang penuh di Kedah, maka kami dipertanggungjawab untuk mengendalikan tugas tersebut. Saya, Alang, Alif, Amin, Veron dan Sopik - satu mpv ke sana. Pagi-pagi lagi kami sudah sampai ke rumah Tok Ayah Hj. Mat (Tok Ayah) di Sungai Buloh.
Lama juga tidak berjumpa dengan Tok Ayah. Kalau Pak Teh Mid tak ke sana, kami pun malu alah juga nak ke sana. Sambil-sambil duduk, Tok Ayah keluarkan beberapa pasang gendang silat dan gendang keling. Sempat jugalah Alif dan Veron bergendang selagu. Namun tidak bertangguh, kami terus sahaja dibawa oleh Tok Ayah ke rumah kenduri. Layanan yang diberikan oleh tuan rumah memang kelas A. Makan, tempat bergendang, mikrofon, kipas angin nala reke punya, sampai Alang boleh terlelaplah dek angin kipas tu ... (jangan marah Alang ... hehehe).
Selepas sahaja makan, tidak bertangguh lagi. Saya membuka 'panggung' permainan, Alif di posisi gendang ibu, Veron - gendang anak, Amin - gong, Alang-serunai dan Sopik - serunai. Dengan bismillah, kami memulakan permainan tanpa henti sehinggalah, hampir jam 1. Kemudian, abang Mail, DJ bertugas memasang lagu-lagu CD. Saya kira, selepas itu giliran Alang dan kemudiannya Sopik meniup serunai. Posisi gendang ibu dan anak tidak berubah, hanya Amin sahaja mengekalkan kejuaraannya mengetuk gong tanpa henti, kecuali sekali sahaja bermain gendang keling.
Syukurlah majlis berjalan lancar, hinggalah kurang lebih jam 3.30 petang, kami berhenti kerana corong karaoke mula berkumandang. Selesai makan, kami bersalam-salaman dengan Tok Ayah dan pulang ke destinasi masing-masing. Terima kasih kepada Tok Ayah yang memastikan KGGK mendapat layanan kelas A, begitu juga tuan rumah yang baik hati. Syukran jazilan.
Giliran pertama dimulakan dengan Shahrul, Veron, Alif dan Azam. Cikgu Ramli sudah siap sedia dengan video camnya untuk 'menembak' permainan; agar dapat dibawa dan tengok semula mana-mana kelemahan dan juga sebagai kenangan kami bermain gendang di mana-mana. Sementara saya, Un dan Mat Arip menyembang lagi di khemah. Selang beberapa lagu, kami turut menyertai mereka. Namun saya membiarkan Bulat meniup lagu-lagunya.
Tak lama kemudian barulah, bertukar kepada saya, Un dan akhirnya selepas berarak pengantin, barulah Cikgu Ramli meniup pula. Kemudian sambung lagi hingga jam 3, barulah permainan ditutup oleh Shahrul. Namun kelaparan mendabik perut, Shahrul, Veron dan Alif menyantap sekali lagi. Saya, Azam, Cikgu dan Mat Arip lepak di khemah sahaja. Tapi itu tidak menghalang kami untuk menikmati bubur pulut kacang, yang pehhh ... sedap betul. Tambah dengan air sarsi. Huh, saya makan bertambah. Hampir jam 4, kami beredar dan balik semula ke KL.
Terima kasih kepada sdr Zaini yang menjemput kami bermain di majlis tersebut. Juga terima kasih kepada tuan rumah yang menyediakan ruang untuk bergendang yang amat selesa. Mood untuk bermain pun bagus, saya meniup serunai merasa seronok amat.
SEPERTI biasa pasukan kami dijemput untuk mengiringi dan meraikan majlis menamat Seni Gayong Tok Ayah yang telah selamat berlatih dan menghabiskan pelajaran asasnya. Seawal pagi lagi kami telah tiba di sana dan membantu mana2 yang patut. Khemah-khemah didirikan dengan segera serta air diisi ke dalam buyong (cara-cara menamat tradisi). Sambil2 bekerja perut mula berkeroncong namun sebagai pemain serunai, petua tersemat dalam hati. Ah, aku makan setelah selesai majlis. (Mau tak terliur tengok makanan tu ...hehehe)




Hampir jam 4 barulah majlis selesai. Tanpa bertangguh semua mengerumuni meja makan! Lapar tu ...
<©>Gemala Kasturi
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 6 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Gemala Kasturi. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.
gemalakasturi@yahoo.com
© Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP