Showing posts with label Peralatan Gendang dan Berkaitan. Show all posts
Showing posts with label Peralatan Gendang dan Berkaitan. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Taklimat Ringkas Tentang Gendang Silat




Gambar sekitar majlis

Majlis : Perjumpaan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Ke-5
2 September 2012
Taman Tasik Titiwangsa, KL


Alhamdulillah, meskipun di saat-saat akhir pihak penganjur meminta untuk menggantikan aktivitis Busana Tradisi yang tidak dapat hadir, semuanya berjalan lancar. Dapatlah sedikit sebanyak, penerangan tentang dunia gendang silat dapat diberikan, sekaligus sebagai promosi dan pendedahan semula tentang dunia yang jarang mendapat perhatian daripada mana-mana pihak sama ada kerajaan ataupun swasta. Syukurlah.

Read more...

Sunday, July 8, 2012

Gendang Silat Terbesar di Dunia (Agaknya)


Menyinggah di Muzium Negeri Kelantan. Terpukau sebentar melihat gendang silat sebesar itu. :) Terbaik!

Read more...

Tuesday, June 28, 2011

Dalam Kenangan

Gendang anak silat

Akhirnya gendang anak yang berusia lebih daripada 15 tahun ini dijual. Berasal dari Perlis, sejarahnya dikatakan pernah digunakan untuk permainan Terinai Perlis, dan merupakan gendang anak kesayangan saya. Namun semuanya sudah tertulis, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan, ia dijual. ;) Sebelum ini ramai yang mahu meminangnya namun tidak dilepaskan, tapi akhirnya berpindah tangan juga.

Read more...

Friday, December 10, 2010

Dari Lensamu ...




Gambar-gambar ini dicilok dari FB Fidzah, salah seorang anggota KGLM. Lawa, sudut pengambilannya (angle) yang menyebabkan saya mahu abadikannya di sini. Ia bagaikan mempunyai kisah/cerita yang tersirat di sebalik gambar yang dirakam.

Read more...

Saturday, July 24, 2010

Nafiri

Gambar Nafiri : Kredit kepada Mohd Fauzi yang mengizinkan kami menyalin semula gambar dari FB untuk paparan umum.

Kali ini KGGK ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca tentang alat muzik tradisi istana yang dipanggil nafiri. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan alat muzik tradisi yang jarang dipertontonkan di khalayak kecuali di muzium. Seperkara lagi adalah untuk memperbetulkan kekeliruan antara nafiri dan serunai. Ya, memang banyak kali ketika meniup serunai atau membuat persembahan gendang, orang bertanya, "Nafiri ya tu?" atau "Huih, sedap betul bunyi nafiri ni." Sedangkan yang ditiup adalah serunai.

Nafiri antara lain adalah alat yang dimainkan dalam kumpulan nobat dan tidak dimainkan dalam mana-mana persembahan muzik tradisi Melayu. Ia khusus hanya untuk kumpulan nobat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan

Nafiri ialah sejenis alat tiupan horn yang diperbuat dari perak dan berukuran panjang 32 inci. Ia mengeluarkan bunyi yang sayup dan menggerunkan.



Fungsi
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.


Cara Bermain
Dipegang tegak pada bibir peniup. Bibir diletak pada mulut peniup alat tiupan itu dan dibuat getaran bila udara ditiupkan ke dalam alatan itu. Pic bertukar mengikut ketegangan bibir mulut pemain.

(sumber artikel disalin dari Malaysiana PNM)

Di sini ada beberapa laman web dan blog di internet untuk rujukan lanjut. :
(Rujukan dan sumber entri).

The Malay Nobat

Kesenian Nobat

Sultan Perak. gov.my

Malaysiana PNM - Nafiri

Video Klip, sila klik di sini.

Read more...

Sunday, July 4, 2010

Sneak Prebiu Artikel Serunai Perlis : Siri Gambar 1

Serunai Perlis - Koleksi peribadi
merupakan hadiah seorang rakan dari Perlis

Read more...

Friday, June 25, 2010

Serunai Daun Kelapa/Nyiur

Gambar dari laman blog Cukelat

----------------------------------------------


Tulisan di bawah ini diambil dari blog : adiatsauri


Kredit kepada tuan tanah Adiatsauri

Serunai daun kelapa ini merupakan salah satu ciptaan yang direka oleh komuniti kanak-kanak di kampung sebagai salah satu alat permainan bagi mengisi masa lapang. Turut dicipta, selain serunai ini adalah lastik, bedil rocoh, jebak burung dan pelbagai lagi jenis ciptaan yang dianggap sesuai untuk dimainkan mengikut musim-musim tertentu. Serunai ini biasanya dibentuk seperti tanduk, iaitu mirip kepada tanduk kerbau dan daun kelapa yang dipilih adalah yang masih muda.

Reaksi pertama anak aku ketika di-unjuk-kan kepadanya serunai daun kelapa -
Jebeh jah..

Cubaan pertama - x tubek bunyi.

Setelah beberapa kali mencuba - serunai ini akan jadi hok aku!

(sekiranya tuan punya blog tidak bersetuju disiarkan di sini, mohon dimaklumkan gemalakasturi@yahoo.com supaya ia boleh dipadam. Tujuan pemaparan di blog ini adalah untuk mengumpul seberapa banyak peralatan dan permainan muzik Melayu untuk tatapan umum agar generasi akan datang tidak lupa dan kenal akan rupa budi bangsanya sendiri.)

Read more...

Macam-macam Jenis Serunai (Kemaskini Ke-2)

Entri kali ini, saya cuba mengumpul jenis-jenis serunai yang terdapat di Malaysia untuk tatapan, rekod KGGK dan peminat muzik tradisional. Ini adalah kemaskini dari entri yang terdahulu. Sumber didapati di sekitar internet dan akan disebutkan dari laman web mana ia diambil.

Serunai nobat (dari laman web Sembang Kuala).


Serunai nobat jenis ini biasanya dimainkan oleh kumpulan nobat sebelah utara. Saya tidak pasti pula tentang jenis dan bentuk serunai kumpulan nobat negeri lain. Adakah ia sama ataupun berbeza.

----------------------------------------------------
Serunai Aliran Utara

Bentuknya agak pelik sedikit, namun ciri-ciri cenderung pada serunai yang dimainkan di sebelah utara Semenanjung (sumber gambar : Muzium USM). Saya letakkan di sini kerana bentuknya sedikit berbeza dengan yang saya biasa lihat.

-------------------------------------------------------------------

Serunai Aliran Utara

(Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang) - Serunai yang biasanya dimainkan untuk muzik Gendang Silat, Gendang Peribumi, Mek Mulung dan Wayang Gedek dan juga Nobat (namun bentuknya sedikit berbeza). Kebanyakan serunai jenis ini adalah buatan Kedah. Manakala Perlis ada sedikit berbeza bentuk serunainya walaupun masih sama.

----------------------------------------------------------

Serunai Daun Kelapa

Masa saya kecil dulu, selalu juga buat serunai jenis ni.
Gambar Ihsan dari laman web KPKK

----------------------------------------------------------------------------

Pi Nai


serunai yang dimainkan dalam ensemble muzik Wayang Gedek pada asalnya (menerima pengaruh dari Wayang Kulit Siam - Nang Thalung) namun kemudiannya ditukar kepada serunai aliran utara yang biasa dilihat.
Gambar ihsan dari Musicologie.Org

---------------------------------------------------------------------------

Serunai Kelantan

Gambar (dari laman web KSU Pointer)

Gambar (dari laman web Kraftangan Malaysia)

Instrumen yang biasa dimainkan untuk permainan silat aliran pantai timur, Mak Yong (sesekali dimainkan), Tarinai, Menora dan Main Peteri (jarang dimainkan). Manakala dalam Wayang Kulit Kelantan juga digunakan namun saiznya agak kecil sedikit untuk menghasilkan bunyian yang berbeza. Serunai silat dan Wayang Kelantan ada sedikit perbezaan dari segi saiz dan panjangnya. Ini saya dapati ketika mempelajari serunai wayang kulit di Aswara dulu.

---------------------------------------------------------------

Serunai Perlis

Dari laman blog Awang Batil

Ini pula jenis serunai yang biasa dimainkan dalam persembahan rakyat, Terinai dan Awang Batil. Serunainya hanya mempunyai 6 lubang di atas, dan 1 di bawah. Jenis ini hanya terdapat di Perlis sahaja. Saya ada juga menyimpan sebatang, hadiah dari seorang kawan. Nanti saya muat naikkan di sini untuk tatapan semua.

--------------------------------------------------------

Serunai Batang Padi

Serunai Batang Padi

Sejenis serunai yang diperbuat daripada batang padi dan dikatakan mempunyai keunikan serta keunggulan yang tersendiri. Ianya dicipta dalam beberapa jenis dan bentuk. Lelidahnya iaitu sounding device adalah sama seperti yang terdapat pada alat 'Klarinet Berkembar' dari negara Timur Tengah. Serunai Batang Padi ditiup secara menegak pada bahagian hujungnya yang lebih kecil. Ianya sering dipersembahkan oleh kanak-kanak belasan tahun untuk memainkan muzik-muzik eksperimental yang diilhamkan daripada lagu-lagu yang berkembang dalam teater Wayang Kulit ataupun Silat. Secara praktiknya, Serunai Batang Padi telah menjadi 'alat perintis' kepada kebanyakan tokoh Serunai yang ada di Kelantan khususnya dan juga di kawasan-kawasan perkampungan di negeri-negeri lain yang mempunyai kawasan penanaman padi.

- Maklumat dan gambar diambil (juga kredit) dari laman web KPKK

Read more...

Tuesday, March 16, 2010

Gendang Klasik Berukir

Sengaja saya letakkan di sini, untuk mengabadikan foto gendang yang berukir dengan kalimah-kalimah suci. Ia ada di muzium kraftangan KL semasa kami membuat persembahan di sana.

foto : Kredit kpd Wan Suhana (FB)

Read more...

Saturday, February 13, 2010

Pokok Tai @ Tar @ Lontar

Pokok tai

Memang sudah lama saya teringin untuk mengambil gambar pokok ini. Tapi kali ini saya berjaya kerana sudah ada kamera... hehehe. Seingat-ingat saya hampir 2- 4 tahun pokok ini ditanam oleh guru saya, Pakcik Din Guai, tapi baru kali inilah saya dapat melihat dengan lebih dekat kerana ia masih rendah. Biasanya yang terjumpa oleh saya, hampir semuanya tinggi melangit dan memang tiada harapan untuk mengambil pucuknya untuk dibuat pelidah/pipit/lidah serunai.


Buah pokok tar/tai


Daun tai yang kering (sengaja saya ambil gambarnya) untuk membezakan yang muda dan kering. Tapi daun ni kering sendiri di pokok. DBP menggunakan pokok ini sebagai lambangnya. Dikatakan lidinya boleh digunakan untuk membuat pena sewaktu dahulu untuk menulis.

Daun tai yang sudah siap untuk disimpan, akan dipotong sedikit untuk membuat pipit kelak bila diperlukan.

Daun tai yang sedia untuk dipotong - buat pipit

pangkal pelepah daun tai

Dalam permainan serunai, pipit (saya lebih suka menyebutnya pipit), adalah suatu yang mandatori. Tanpanya, serunai tidak akan berbunyi. Sekiranya tidak berbunyi, kumpulan gendang silat akan capik dan tidak sempurna. Oleh itu, pemilihan daun yang sesuai adalah amat penting bagi memastikan ia berbunyi apabila diperlukan.

Sebutan :

NamaBotani : Lodoicea Maldivica
Rasmi : Lontar
Orang Utara : Tai
Pantai Timur : Tar

Kadang-kadang orang menyebutnya sebagai kelapa laut. Buahnya berwarna kehitam-hitaman, sedikit kecil itu lazat rasanya.

Gambar dan rujukan dari blog : Fazlisyam
Untuk kawan-kawan di Singapura - sudah jumpa pokok ni? Jangan korang tebang pula pokok orang tu!

Read more...

Monday, July 23, 2007

Jenis2 Serunai Di Malaysia

Serunai Aliran Utara (Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang) - Serunai yang biasanya dimainkan untuk muzik Gendang Silat, Gendang Peribumi, Mek Mulung dan Wayang Gedek dan juga Nobat (namun bentuknya sedikit berbeza).


Serunai Daun Kelapa dan Batang Padi - Biasanya terdapat di kawasan bendang, sementara serunai daun kelapa biasanya dimainkan oleh kanak-kanak sebagai hiburan.
Gambar Ihsan dari laman web KeKKWa

Serunai Kelantan - Insturmen yang biasa dimainkan untuk permainan silat aliran pantai timur, Mak Yong (sesekali dimainkan), Tarinai, Menora dan Main Peteri (jarang dimainkan). Manakala dalam Wayang Kulit Kelantan juga digunakan namun saiznya agak kecil sedikit untuk menghasilkan bunyian yang berbeza.
Gambar Ihsan dari laman University Of Michigan

Pi Nai - serunai yang dimainkan dalam ensemble muzik Wayang Gedek pada asalnya(menerima pengaruh dari Wayang Kulit Siam (Nang Thalung) namun kemudiannya ditukar kepada serunai aliran utara yang biasa dilihat.
Gambar ihsan dari Musicologie.Org

Ada beberapa gambar lagi yang akan saya masukkan seperti Serunai yang dimainkan oleh kumpulan Terinai Perlis, Serunai Silat Terengganu (seakan2 serunai Kelantan tapi berbeza dari segi corak dan motif ukiran), serunai ibu dan anak bagi permainan Wayang Kulit Kelantan, Selumprit dan Pupuik.

Read more...

Thursday, July 19, 2007

Berarak Dengan Gendang Peribumi

Gendang Peribumi atau lebih dikenali dengan 'Gendang Keling' di utara Semenanjung merupakan salah satu permainan yang terdapat di sana selain dari gendang silat. Ia merupakan alat permainan tradisi yang dimainkan ketika Raja2, Pembesar dan Orang2 Kenamaan yang datang melawat atau mengiringi mereka. Namun begitu permainan ini sendiri agak jarang kedapatan di Kedah. Kumpulan kami alhamdulillah menyedari betapa pentingnya warisan ini, tambahan pula minat yang mendalam menyebabkan kami mengambil inisiatif mempelajari seni ini walaupun agak baru.

Di Kuala Lumpur, kami telah bermain beberapa kali termasuklah sambutan Sultan Pahang baru-baru ini. Seringkali permainan ini disamakan dengan permainan nobat meskipun terdapat persamaan dan perbezaannya. Yang sama adalah serunai, namun lagunya adalah berbeza samasekali. Manakala pemain gendang ini menggunakan kayu untuk memukul muka gendang sebelah besar (bam) dan rotan untuk muka gendang kecil.

Begitulah indah dan cantiknya permainan orang Melayu yang mengutamakan adat dan adab yang berbeza samasekali dengan muzik aliran moden.

Biasanya perarakan dimulakan dengan lagu 'Berarak Cepat' atau 'Berarak Lambat' dan beberapa lagu yang khusus untuk fungsi yang berbeza. Menurut guru kami, Pak Teh Mid, ia bukan samasekali berasal dari permainan India, ia adalah tulen hak milik bangsa Melayu. Sejarahnya agak berbeza seperti yang saya baca di dalam buku-buku. Namun ada juga yang mengatakan ianya diarak 'keliling' dan sebagainya.

Kalau diamati dengan mata halus, sesekali ia menyerupai dengan 'marching band', namun yang ini lebih istimewa berbanding dengan mereka yang menggunakan peraltan muzik barat. Kadang-kadang saya terfikir, betapa segaknya jikalau RAMD menggunakan peralatan muzik ini.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP