Showing posts with label Gombak. Show all posts
Showing posts with label Gombak. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Taman Koperasi Polis : 14.1.12

Di atas pentas

Lokasi bergendang

KL dan sekitarannya selalu mengalami perubahan dan pembangunan yang pesat. Ada kalanya, banyak tempat yang kami tidak pernah sampai. Dan kali ini jemputan bermain di majlis perkahwinan - Taman Koperasi Polis. Tapi alhamdulillah, salah seorang ahli KGGK, Cikgu Ramli mengetahui kawasan yang tidak berapa jauh dari kawasan rumahnya di Sentul.

Berbincang dengan DJ bertugas ...

Namun begitu, seawal 6 petang, kami sudah berkumpul di rumah Cikgu Ramli bagi memastikan kami tidak lewat ke lokasi. Terus sahaja tayar bergolek ke destinasi. Seperti biasa, setibanya di sana, Cikgu Ramli bertemu dengan tuan rumah dan berbincangan juga dengan DJ bertugas. Sesudah mengetahui perjalanan majlis, kami solat maghrib dan bersiap-sedia.

Jam 8.00 kami bermain dan berhenti seketika apabila Isya' menjelma. Majlis yang meriah tersebut turut diserikan dengan pasukan kompang yang mengiringi pengantin masuk. Kemudian KGGK sekali lagi mengambil semula suasana apabila pasukan silat mula beraksi. Kemudian pasangan mempelai turun untuk makan, kami bermain beberapa lagu dan berhenti.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar hingga ke akhir. Terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput kami dan ahli KGGK yang hadir.

Read more...

Saturday, December 3, 2011

Perasmian Pembukaan Kedai Pana (Panasonic)


Tarikh : 26Nov 2011
Majlis : Perasmian Kedai Pana (Panasonic), Kemudi Timur Sdn Bhd
Lokasi : Taman Samudera, Gombak (Belakang Giant)

Anjuran :
Kemudi Timur Sdn Bhd

Syukur alhamdulillah majlis tersebut berjalan lancar. Dapatlah kami menunaikan tugas sebagai grup pengiring persembahan silat dan tomoi pada hari tersebut. Bermulanya mesej di fb, akhirnya membuahkan perkenalan lalu ikatan persahabatan terjalin. Sdr Fahmi dari Kemudi Timur beberapa kali menghubungi dan berbincang berkenaan tugas KGGK pada hari tersebut. Mula-mula dikatakan akan bermula dari jam 10 pagi - 4 petang.

Menanti giliran

Berderau darah saya, memikirkan ahli KGGK pula hari tersebut banyak komitmen. Yang ada cukup-cukup, malah terpaksa impot pemain gendang ibu, Sdr Nazir (Kump Gendang Taman Melati), syukurlah. Majlis itu akhirnya dimulakan pada jam 11.30 pagi untuk mengiringi kehadiran VIP yang merasmikan kedai tersebut.

Antara acara yang berlangsung

Namun apa yang lebih membanggakan adalah ia merupakan kedai kendalian anak Melayu, yang mempunyai 12 cawangan di merata pantai timur dan kini sayap perniagaan mereka berkembang di KL. Alhamdulillah dan tahniah dari kami.

Acara yang diselang-seli dengan persembahan silat dan tomoi memang menarik perhatian pengungjung dan orang yang lalu-lalang di situ. Meskipun sedikit penat, namun layanan yang diberikan oleh tuan rumah amat memuaskan hati. Terbaik ... Lebih kurang jam 3.00 petang, majlis berakhir dan kami beransur pulang.

Menikmati juadah sebelum beransur pulang

Bersama sdr Fahmi

Terima kasih kepada pihak yang menjemput kami, Syarikat Kemudi Timur, khususnya sdr Fahmi yang berhubung dengan kami, Sdr Nazir (Kump Gendang Taman Melati) dan Sdr Ejam (Kump Gendang Lela Rentaka), rakan-rakan yang terlibat dalam persembahan.

Read more...

Wednesday, December 29, 2010

Tutup Tirai Di Taman Bolton - 25.12.10

Pelamin yang indah

Pagi-pagi lagi saya sudah sampai di rumah abg Zizi, sementara menantikan kedatangan kami bersembang panjang. Sesudah semuanya ada kami meluncur terus ke destinasi yang ditetapkan. Kompleks Muhibbah, jaraknya tidaklah jauh, hanya kurang lebih 15 minit kami sampai di sana. Setibanya di sana, saya dan abg zizi berbual-bual kosong dengan DJ yang bertugas. Dua orang abang yang lagi hensem dan baik hati. Sambil-sambil itu, saya terbuai dengan lagu-lagu yang dipasang. al-maklumlah orang lamo ...

Majlis untuk kali ini kami diberikan tugas yang tidaklah begitu berat. Hanya untuk bermain beberapa lagu, mengiring silat sembah dan berarak pengantin. Tepat jam 12, saya meniup terlebih dahulu. Selesai beberapa lagu, kami menyerahkan tugas kepada DJ yang bertugas untuk memutarkan lagu-lagu pilihan mereka. Begitulah suasana sekiranya mendapat rakan DJ yang bertugas yang baik. Kalau sebaliknya pula, diam-diam sahaja, seperti yang kami alami di Shah Alam dahulu. Tapi alhamdulillah, DJ yang bertugas kali ini faham dan memberi laluan kepada KGGK untuk bermain beberapa lagu sebelum mereka menyambung tugasan selanjutnya.

Apabila sampai sahaja pengantin, kami bergegas untuk menyambutnya. Kelihatan rombongan dari sebelah pengantin lelaki agak ramai. Mereka menyusun, ada seorang pakcik mengarahkan agar pasukan KGGK di belakang pengantin. Saya berasa tidak sedap hati. Saya bermenung sektika kerana melihatkan beliau adalah 'pakcik'. Tapi apabila teringat pesan guru, saya terus memaklumkannya dengan lemah-lembut dan mengatakan bahawa pasukan gendang sewajarnya berada di hadapan pengantin. Mujurlah dia setuju.

Seterusnya diikuti dengan silat sembah dan selesai tugas kami. Kami berhenti rehat dan makan. Jam lebih kurang 2.30 petang, kami beransur.

p/s : Terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput KGGK serta DJ yang baik hati. Juga kepada KGGK yang memberikan kerjasama sepenuhnya dengan majlis tuan rumah.

Read more...

Friday, December 10, 2010

Berlatih Gendang

Inilah tempat kami berlatih dulu, di rumah abang Khir, Batu 7, Sungai Pusu, Gombak. Untuk itu, KGGK sangat-sangat berterima kasih kerana membenarkan kami berlatih di rumahnya. Hari Jumaat malam adalah malam yang dinanti-nantikan oleh kami untuk ke sana; berlatih gendang.

Dan di situlah juga bermula perjalanan KGGK merantau pertama kalinya ke Felda Bukit Mendi, Pahang. Semuanya atas bantuan sdr Ijan (duduk di rumah abang Khir, beliau orang Felda Bukit Mendi), kami mengenali Pakcik Din Guai (Jengka 6) hingga kini. Sejarah KGGK berlatih gendang, banyak tempat yang kami rasa... Dari rumah rakan, hinggalah ke taman rekreasi, di stadium bola sepak Cheras, Klang Gate, Taman Melawati, taman permainan ... Semuanya menjadikan KGGK bertambah matang dengan pengalaman yang menjadi guru.

Semua ini membuatkan saya terkenang betapa seronoknya kalau dapat ke Pahang atau Kedah. Boleh bergendang sakan sampai ke pagi. Kadang-kadang cemburu juga melihat rakan-rakan di sana. Berbanding dengan KGGK yang membesar di KL, namun segala kesukaran ini ditempuhi juga atas nama minat dan warisan. Alhamdulillah, syukurlah KGGK masih dapat bertahan hingga kini. Sejak dari awal penubuhannya, sekitar awal tahun 2001.

Keluarga KGGK semakin membesar kini. Tiada tujuan lain, KGGK hanya berharap dapat mengembangkan seni warisan ini dan dapat mengekalkan ketradisiannya.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP