Showing posts with label Laporan Majlis Perkahwinan VIP/VVIP. Show all posts
Showing posts with label Laporan Majlis Perkahwinan VIP/VVIP. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Hotel Istana

Hotel Istana - 14.7.2004

Lama sangat dah gambar ini, sengaja saya masukkan sebagai rekod KGGK. Dulu tak ada blog, sekarang baru teringat nak masukkan. Al-kisah saya dihubungi oleh Tengku Ali, beliau dapat no hf saya daripada adik iparnya, yang dapat nombor saya pula daripada abg Azlan Ghanie (tokey SB). Kata Tengku, "Nak iring Tuanku Mizan..."

Berderau darah saya! Pertama kali jemputan yang melibatkan VVIP dari kalangan istana. Dan itulah zamannya ketika KGGK kebetulan sedang membuat baju layang, songket dan sebagainya untuk tujuan majlis2 besar.

Saya masih ingat, di rumah abg Khir (pot kami berlatih dulu di Batu 7, Gombak), Tengku dan rombongannya datang untuk melihat kami bermain. Macam audisyen lah kira-kiranya. Bedebar hati kami, tapi apabila mendapat restu dan mandat, gembira benar kami rasanya. Semuanya masih segar dalam ingatan ...

Read more...

Friday, November 6, 2009

Gambar Sekitar Majlis Anugerah Selendang Sandang Gayong Malaysia









Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berlansung di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Oktober yang lalu.

Sumber gambar : Zaidee Photography

Read more...

Monday, December 29, 2008

Kenduri Shalin Zulkifli - 28/12/08

Hampir sebulan awal En Norish (wakil Shalin) menelefon saya untuk membuat tempahan. Tapi apabila sampai masa, En Hisham yang mengendalikan kumpulan kami di majlis tersebut.

Perjalanan ke Menara Telekom dari rumah Cikgu Ramli (sentol) tidaklah jauh sangat, setengah jam, kami sudah berada di sana. Sampai sahaja, En Hisham menggesa agar kami makan terlebih dahulu.



Majlisnya memang bermula agak lambat. Dari 7 malam, pukul 8.45, barulah majlis bermula.

Kita makan dulu!

Memang menjadi kelaziman andainya majlis yang dibuat melibatkan orang-orang kenamaan, kami dikehendaki untuk berada di majlis lebih awal. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan bermula tepat pada 8.45 malam dengan diiringi oleh paluan kompang. Kami hanya bermula main apabila silat sembah dihidangkan. Kemudiannya kami berehat dan bermain semula untuk mengiringi pasangan mempelai ke meja santapan. Itu sahaja tugas kami pada malam tadi.Selepas itu, kami menyantap untuk kali kedua, kerana makanan yang dihidangkan lebih banyak berbanding pada mula-mula kami sampai. Hehehe ... Kebetulan hari hujan agak lebat, maka kami menunggu hingga reda, barulah beransur setelah perut penuh. Terima kasih kepada En Norish dan En Hisham yang menjemput kami ke majlis tersebut.

Read more...

Tuesday, August 19, 2008

Laporan 16/8/08 : Dewan Sivik, MBPJ, PJ

Tak banyak yang saya boleh tuliskan untuk majlis ini. Setelah penat di siang hari bergendang di Shah Alam, malamnya kami bergegas pula ke MBPJ untuk bermain di majlis yang diuruskan oleh Ijad Flyers. Sayang, tiada gambar yang boleh saya ambil kerana kamera tertinggal dalam beg di dalam kereta Hizal. Sudahnya, selepas majlis, barulah kami bergambar sebagai kenang-kenangan bermain di situ. Majlis ini penuh dengan protokol, melihatkan kepada hiasan dalaman dan dewan tersebut amat mengujakan saya.

Sampai sahaja di sana, kami meninjau-ninjau tempat untuk bergendang, alhamdulillah setelah berbincang dengan tuan rumah, kami diletakkan di atas pentas yang penuh dengan hiasan. Kalau tidak kami terpaksa bergendang di atas lantai. Ishh ... Hanya sebentar sahaja kami bermain di sana, cuma mengiring dan bermain lagu silat. Kemudian settle, dan kami pun beransur keluar. Terima kasih Ijad kerana menjemput kami.

Read more...

Laporan 16/8/08 : - Sek.3, Shah Alam & MBPJ, PJ

Awal-awal lagi saya menghantar sms pada mama (yang menjemput kami) mengatakan bahawa kami dalam perjalanan ke sana. Jam 10.30 pagi, kami sudah berkumpul di rumah Cikgu Ramli dan mengadap cekodok yang enak. Hehehe terima kasih cikgu. Dalam 45 minit kami sampai di kawasan Seksyen 3. Kebetulan salah seorang ahli, Hizzal memang tinggal di sana, jadi mudahlah untuk kami menuju ke situ. Sebab kalau tak ya, ya, memang meraban di kawasan Shah Alam. Nampak sama saja, penuh dengan round about yang kelihatan semacam saja. Hizzal memetakan saya terus ke tempat tersebut. Tinggal nak cari rumah untuk bergendang.

Setibanya di sana, saya sudah mengapi-apikan mama untuk memeluk semua ahli kumpulan. (Padan muka kau Azhar! Hari itu kau kenakan aku hahaha...). Barang dan peralatan kami letak dahulu, dan mama dan tuan rumah (adik mama) sibuk menyuruh kami untuk makan terlebih dahulu. Tapi biasanya kami makan selepas bermain, sebab mengah nanti kalau perut sudah penuh. Kami pun memulakan permainan setelah diberikan lampu hijau oleh mama. Tapi hanya sempat meniup satu lagu, DJ bertugas sudah 'potong' dan menyanyi 2, 3 lagu. Begitulah keadaannya sehingga tengahari. Tepat jam 1, saya mengajak rakan-rakan untuk makan tengahari dulu. Lagipun berarak pengantin dijangka dalam jam 2 petang. Perut sudah menrengat-rengat lapar, ditambah pula dengan DJ yang kami katakan syok sendiri. Hehehe ...


Tepat jam 2 petang, kami mengiringi pengantin hingga ke tempat yang ditetapkan. Sesudah itu DJ perasan terus memainkan peranannya, jadi kampi tak berpeluang untuk bermain sangat. Hanya sekali2 sahaja. Memikirkan keadaan begitu, mood kami untuk bermain hilang terus. Cukup jam 3, kami mula mengemaskan barang-barang dan ingin beransur. Daripada bermain dalam keadaan marah, lebih baik kami beredar. Kemudian ditahan oleh mama dengan mengatakan dia akan menyuruh DJ itu berhenti bercakap dan menyanyi serta memberi laluan kepada kami untuk bergendang hingga jam 4 tanpa sebarang gangguan dari DJ tersebut. Apa lagi, kami pun pulun kaw2 hingga jam 4 dan berhenti seperti yang ditetapkan. Dan DJ perasan itu terus menyambung aktiviti keperasanannya hinggalah kami beredar. Hanya dia menyanyi berkaraoke, tidak pun dipelawa mana-mana tetamu di situ untuk berkaraoke seperti kebiasaannya. Kami senyum dan terus beredar. Sambil itu mama mengatakan sudah ada orang yang berminat untuk menempah kami. Alhamdulillah. Terima kasih mama kerana menjemput kami bergendang pada hari tersebut. Syukurlah.




Read more...

Saturday, August 16, 2008

Laporan 15/8/08 - Ampang

Terkejar-kejar juga kami apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 6.45 petang. Menantikan si Mat Arip, bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Dimaklumi bahawa premis mereka untuk mengadakan walimatul urus agak tersorok dan tahu-tahu sahajalah, kalau orang KL memang ngeri sangat melalui Jalan Jelatek yang penuh sesak, terutama di hari Jumaat begini. Tapi janji tetap janji, maka kami redah juga jalan yang sesak itu, sebelum tiba di Ampang Point, kereta kami membelok ke kiri dan tembus di SMK Ampang. Lega hati saya apabila jam baru menunjukkan 7.15 ptg. Kebetulan disapa oleh suami Kak Jee yang berada di parkir luar.

Persembahan yang bermula lebih kurang 7.50 itu dibuka dengan lagu Tomoi dan saya hanya sempat mendendagkan 3 lagu sebelum diminta berhenti oleh pengendali majlis. Acara yang seterusnya berjalan. Termasuklah menunggu ketibaan pasangan mempelai, jam sudah berlari ke 9.30 malam. Entah berapa batang rokok agaknya sempat disedut sebelum kami bersiap-siap untuk menepuk lagu Pattani bagi mengiringi adik-adik yang mempersembahkan 'bunga tanjung'. Cikgu Ramli mengambil peranan dan saya cuma mengetuk gong sahaja.

Disebabkan kami berada di atas pentas, maka tak dapatlah saya merayap seperti biasa untuk mengambil gambar bergendang dari sudut yang terbaik. Hanya mengambil dari belakang sahaja. Sekian adanya, terima kasih kepada Mael, Kak Jee dan tuan rumah yang menjemput kami untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Setibanya di rumah Cikgu Ramli, aku mengeluh kerana tidak puas meniup serunai. Tentunya esok bermain di Shah Alam, saya rasa lebih selesa, tanpa perlu pada protokol yang pelbagai. Bentang tikar, tala gendang, terus hentam main lagu-lagu.

Read more...

Monday, July 14, 2008

Laporan 22/6/09 - Dewan Perdana Felda

Majlis yang gilang gemilang ini berlangsung seawal jam 11 pagi. Saya yang sampai awal, keberah-berahan melihat kereta sudah mula berbaris masuk ke parkir kawasan tersebut. Cepat-cepat saya sms kepada rakan-rakan lain yang belum sampai. Mujurlah tak jauh tara mana kedudukannya. Terletak di kawasan Semarak sahaja. Dalam sampai beberapa minit, rakan2 saya tiba di parkir. Cepat2 kami bersalin pakaian rasmi kamim untuk majlis2 VIP @ VVIP dan terus bersiap-sedia untuk acara berarak pengantin baru dengan menggunakan gendang peribumi. Tepat jam 1 ptg, acara pun bermula dengan mengiringi mempelai masuk ke dewan.
Namun begitu, majlis yang begini, memang banyak protokol, hinggalah waktu makan, barulah kami bermain semula. Mendendangkan lagu-lagu kontemporari dan tradisi. Tapi hanya sebentar sahaja bermain, rasa seperti tidak puas. Tepat jam 2 ptg majlis bersurai, selepas makan kami beransur. Terima kasih kepada Datin Halimah kerana menjemput kumpulan kami untuk meraikan majlis walimatul urus anak lelakinya.

Read more...

Wednesday, June 4, 2008

Laporan 1/6/08 - Kompleks Tabung Haji, KL


Wajah-wajah kepenatan...


Tidak sempat kita melepaskan lelah, malam pada hari yang sama, kami bergegas ke bangunan Tabung Haji, KL kerana memenuhi undangan 'mama'. Sampai di sana, sudah hampir maghrib, terus kami bersolat dan entah apa agaknya makan tadi (aik sebenarnya tak makan pun masa kenduri siang tu), perut saya memulas2. Cubaaaannn....Namun begitu alhamdulillah perut saya tak meragam ketika persembahan. Wajah-wajah rakan saya - Un, Azhar, Azizul serta adik2 kecil Amin dan Alif jelas tergambar keletihan yang luarbiasa.

Pada permulaan saya menggesa Azhar dan Un untuk meniup serunai terlebih dahulu kerana saya nak mengambil gambar mereka. Majlis berjalan lancar selepas Isya'. Hampir 8.30 malam, ketibaan pengantin diumumkan oleh abang Chuari Selamat. Kami yang sudah bersiap-sedia di luar terus memainkan irama 'Ayam Didik' bagi mengiringi mempelai hingga ke pelamin. Hampir jam 10.00 mlm, permainan tamat sudah. Terima kasih kepada tuan rumah, mama, yang sudi menjemput kami ke majlis tersebut.

Read more...

Tuesday, June 3, 2008

Laporan 31/5/08 - Dewan Banquet, Wisma MBSA

Alhamdulillah syukur majlis pada hari tersebut berjalan lancar, agak lama juga kumpulan kami tidak menggunakan Gendang Peribumi untuk berarak. Hampir setahun juga, maka pada hari tersebut saya berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada Dato' Che Mat (bapa kepada pengantin lelaki). Setelah sehari sebelum , saya berasap di Dewan Banquet, MBSA kerana menaiki bas ke sana untuk rehersel. Syukurlah. Kebetulan juga ketika mengadakan persembahan itu, salah seorang klien yang menempah pada bulan 6 turut hadir dan menyaksikan persembahan kami. Semerta dia menghantar SMS mengatakan suami beliau mahukan cara berpakaian pada persembahan yang kami pakai, tak mau songkok! Saya membalas, setuju!

Hampir jam 3, kami menghentikan persembahan kerana memberi laluan untuk lagu2 berirama moden diputarkan. Kesian juga pada adik yang menjaga laptop lagu2 itu kalau tidak diberi peluang. Tiba-tiba sahaja, nombor h/f Dato' muncul di paparan skrin. "Dah abis ke? U main selang2 lah dengan lagu moden." Terkedu aku kerana sudah menyalin baju, terpaksa aku katakan permainan kami sudah tamat.

Walaubagaimana pun, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Che' Mat yang sudi menjemput kami bagi memeriahkan lagi majlis persandingan anaknya.

Read more...

Tuesday, December 25, 2007

Laporan Majlis 15.12.07

Alhamdulillah, jemputan bermain di dewan Merak Kayangan ini sudah beberapa kali kami lunasi. Majlis ini berlangsung dengan gilang-gemilang bersama aturcara dan protokolnya yang tersendiri. Seawal pagi, kami sudah hadir di situ utk menghadiri sesi rehersel yang diadakan meskipun agak lambat dari waktu yang dijadualkan. Majlis yang dihadiri oleh tetamu dari Petronas dan Shell. Sayang benar saya terlupa memberikan kamera utk kawan2 saya yang hadir utk membingkaikan kenangan pada malam itu.


Read more...

Monday, July 2, 2007

1.7.07 - Dewan Seri Endon - Menyambut Sultan Pahang


  1. Aksi klise - bergambar secara 'belia' dan eksyen lebih ... hehehe
Jam 10.45 pg - Kami tiba di sana. Janji harus ditepati. Tanpa banyak cerita kami bersiap-siap untuk majlis yang akan bermula jam 11.15. Acara pertama dimulakan dengan bergendang di foter Dewan Seri Endon bagi menyambut para tetamu yang hadir. Seronok benar rakan-rakan kerana malam sebelumnya 'mata lebam' kerana kepenatan dan rehersel yang lama itu. Bermula dengan irama Mak Inang Jawa, Kasut-Kasut, Aladom dan beberapa rangkaian lagu kami dendangkan untuk para tetamu. Paling manis apabila dapat menyambut keberangkatan masuk DYMM Sultan Pahang dengan irama Gendang Peribumi yang kami tunggu-tunggukan untuk majlis menyambut raja-raja. Hari ini ia terlaksana. Dengan Wandi (kami panggil 'Bandi Amuk'-kerana nama hampir serupa) yang begitu cekap mengambil gambar serta video, kami bersungguh-sunggh bermain disampingkan menghiburkan para tetamu. (bersambung)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP