Soalan Lazim @ F.A.Q

1. Apakah KGGK kumpulan ghazal, maulud, cak lempong, gamelan, latin, gambus, rodat, nobat, nafiri atau kompang?
Bukan, KGGK kumpulan gendang silat aliran utara yang memainkan irama lagu silat, lagu rakyat dan selingan berasaskan gendang dan serunai.

2. Adakah KGGK mempunyai penyanyi?
Tiada, KGGK adalah kumpulan instrumental, serunai bertindak sebagai melodi utama yang memainkan lagu-lagu.

3. Apakah irama yang dimainkan oleh KGGK?
KGGK memainkan lagu silat, tradisional, lagu-lagu rakyat, lagu klasik, kontemporari dan lain-lain irama yang bersesuaian dengan irama gendang dan serunai.

4. Adakah KGGK menerima jemputan di hotel?
Ya, KGGK menerima jemputan bermain di hotel dan telah banyak kali bermain di hotel.

5. Adakah KGGK menyediakan pasukan silat?
Tidak, kami tidak menyediakan pasukan / orang silat / silat pengantin / silat sembah.

6. Adakah KGGK boleh main berarak seperti kompang?
Ya, boleh.

7. Adakah KGGK menerima undangan untuk mengendalikan bengkel, kursus, seminar, ceramah atau penerangan tentang/berkaitan gendang silat?
Ya,  kami menerima undangan sedemikian, bergantung pada kesesuaian tarikh dan waktu ahli KGGK. Sebelum ini juga pernah menjadi fasilitator jemputan di beberapa kursus anjuran KPM, Jabatan Pendidikan WP KL, GPMS, pihak swasta dan beberapa kursus dan bengkel.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP