Pindah Ke Blog Baru
10 years ago
Jemputan oleh En Shukri, majlis di Seksyen 9 Shah Alam pada 5 Febuari. Terima kasih atas jemputan tuan rumah dan En Shukri yang memberikan kami layanan yang istimewa. Ini kali kedua kami bermain untuk majlis tuan rumah yang sama.
Hampir semuanya tidak berapa biasa dengan kawasan Shah Alam. Tiada pun antara kami yang benar-benar mengetahui di manakah lokasinya penggambaran malam itu. Hanya dipetakan melalui alamat yang diberikan oleh sdr Hisham - Dewan MBSA, Sek.8.
Bergendang di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam, Selangor merupakan satu kelainan yang mengujakan. Menjelang ke pintu besarnya, tersergam indah gendang raya yang amat besar serta kentong yang bergantungan. Namun tidak pasti sama ada ia boleh digunakan atau tidak, atau hanya sekadar perhiasan semata. Melewati pula perut bangunan yang tersegam indah itu, mata saya segera terpaku pada lukisan, gambar, ukiran dan pelbagai objek yang menyenangkan hati.
Sedar bahawa bukan mudah untuk bergendang di tempat sebegini, saya abadikan beberapa keping gambar untuk tatapan rakan-rakan. Dan juga kedudukan kami bergendang, seakan-akan pentas pertandingan musabaqah mengaji. Pun begitu, kami berterima kasih amat kepada tuan rumah yang menjemput kami bermain di situ. Saya, Cikgu Ramli, Alang, Alif dan Sharul mengisi waktu senggang dengan bunyi-bunyian gendang dan serunai di situ.
Tiba-tiba semangat bermain lagu-lagu Arab melintasi benak. Lagu-lagu seperti Hamayiyamis, Hubbukhdina, Wahiya dan beberapa lagi lagu mula bergema di segenap ceruk bangunan tersebut. Kemudian baharulah disulam dengan lagu-lagu yang selalu kami mainkan. Syukur alhamdulillah, kami seronok amat!

Al-kisah orang bergendang, ketika ini bergendang di Muzium Shah Alam, tahun lepas. Hehehe ... sewaktu berpamitan, hujan turun tiba-tiba, kilat dan petir berdeyar-denyar! Masing-masing tarik kaki seluar adanya ... cak pung, cak pung ...
Sekitar gambar bermain di Seksyen 19, Shah Alam. Terima kasih kepada Tuan Haji Kamarudin yang memanggil kami untuk menyerikan majlis perkahwinan anaknya. Tapi sayang saya terlupa membawa kamera, harap pada kamera selfon ni aje lah. Lebih menarik apabila majlis tersebut diserikan dengan pameran kereta volkswagen (mari mana pun saya tak tahu - sehinggakan jenuh kami nak berarak pengantin - hehehe).
Tak banyak yang saya boleh tuliskan untuk majlis ini. Setelah penat di siang hari bergendang di Shah Alam, malamnya kami bergegas pula ke MBPJ untuk bermain di majlis yang diuruskan oleh Ijad Flyers. Sayang, tiada gambar yang boleh saya ambil kerana kamera tertinggal dalam beg di dalam kereta Hizal. Sudahnya, selepas majlis, barulah kami bergambar sebagai kenang-kenangan bermain di situ. Majlis ini penuh dengan protokol, melihatkan kepada hiasan dalaman dan dewan tersebut amat mengujakan saya.
Sampai sahaja di sana, kami meninjau-ninjau tempat untuk bergendang, alhamdulillah setelah berbincang dengan tuan rumah, kami diletakkan di atas pentas yang penuh dengan hiasan. Kalau tidak kami terpaksa bergendang di atas lantai. Ishh ... Hanya sebentar sahaja kami bermain di sana, cuma mengiring dan bermain lagu silat. Kemudian settle, dan kami pun beransur keluar. Terima kasih Ijad kerana menjemput kami.
Read more...
Awal-awal lagi saya menghantar sms pada mama (yang menjemput kami) mengatakan bahawa kami dalam perjalanan ke sana. Jam 10.30 pagi, kami sudah berkumpul di rumah Cikgu Ramli dan mengadap cekodok yang enak. Hehehe terima kasih cikgu. Dalam 45 minit kami sampai di kawasan Seksyen 3. Kebetulan salah seorang ahli, Hizzal memang tinggal di sana, jadi mudahlah untuk kami menuju ke situ. Sebab kalau tak ya, ya, memang meraban di kawasan Shah Alam. Nampak sama saja, penuh dengan round about yang kelihatan semacam saja. Hizzal memetakan saya terus ke tempat tersebut. Tinggal nak cari rumah untuk bergendang.
Setibanya di sana, saya sudah mengapi-apikan mama untuk memeluk semua ahli kumpulan. (Padan muka kau Azhar! Hari itu kau kenakan aku hahaha...). Barang dan peralatan kami letak dahulu, dan mama dan tuan rumah (adik mama) sibuk menyuruh kami untuk makan terlebih dahulu. Tapi biasanya kami makan selepas bermain, sebab mengah nanti kalau perut sudah penuh. Kami pun memulakan permainan setelah diberikan lampu hijau oleh mama. Tapi hanya sempat meniup satu lagu, DJ bertugas sudah 'potong' dan menyanyi 2, 3 lagu. Begitulah keadaannya sehingga tengahari. Tepat jam 1, saya mengajak rakan-rakan untuk makan tengahari dulu. Lagipun berarak pengantin dijangka dalam jam 2 petang. Perut sudah menrengat-rengat lapar, ditambah pula dengan DJ yang kami katakan syok sendiri. Hehehe ...
Tepat jam 2 petang, kami mengiringi pengantin hingga ke tempat yang ditetapkan. Sesudah itu DJ perasan terus memainkan peranannya, jadi kampi tak berpeluang untuk bermain sangat. Hanya sekali2 sahaja. Memikirkan keadaan begitu, mood kami untuk bermain hilang terus. Cukup jam 3, kami mula mengemaskan barang-barang dan ingin beransur. Daripada bermain dalam keadaan marah, lebih baik kami beredar. Kemudian ditahan oleh mama dengan mengatakan dia akan menyuruh DJ itu berhenti bercakap dan menyanyi serta memberi laluan kepada kami untuk bergendang hingga jam 4 tanpa sebarang gangguan dari DJ tersebut. Apa lagi, kami pun pulun kaw2 hingga jam 4 dan berhenti seperti yang ditetapkan. Dan DJ perasan itu terus menyambung aktiviti keperasanannya hinggalah kami beredar. Hanya dia menyanyi berkaraoke, tidak pun dipelawa mana-mana tetamu di situ untuk berkaraoke seperti kebiasaannya. Kami senyum dan terus beredar. Sambil itu mama mengatakan sudah ada orang yang berminat untuk menempah kami. Alhamdulillah. Terima kasih mama kerana menjemput kami bergendang pada hari tersebut. Syukurlah.


<©>Gemala Kasturi
Hakcipta Terpelihara
Weblog ini telah dibina mulai 6 Oktober 2007
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Gemala Kasturi. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.
gemalakasturi@yahoo.com
© Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP