Showing posts with label Pertandingan Silat. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan Silat. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Sekitar Pertandingan Silat Sekolah2 KL 7 - 11 Mei







Kredit beberapa gambar : Tn Sahrudin DSSM

Read more...

Sunday, April 29, 2012

Pertandingan Silat Seni dan Gendang Silat Negeri Kedah 2012

Kredit : Terima kasih kepada Sdr Anip yang tag di fb.

Tarikh : 12 Mei 2012 (sabtu)
Masa : 8 pagi - 6 petang
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Pedu

Read more...

Bergendang di Kejohanan Silat Kebangsaan 23 - 30 April - Cheras


Agak lama juga tidak berjumpa dengan rakan-rakan sepergendangan ini yang berasal dari Kedah. Takdirnya mereka menjadi pasukan rasmi untuk mengiringi persembahan dan pertandingan di Stadium Bandminton, Cheras; peluang itu kami tidak lepaskan.

Sempatlah juga menyumbangkan sedikit tenaga membantu dan meraikan rakan-rakan kami bergendang dalam mengiringi peserta yang bertanding. Alhamdulillah, tautan ukhuwah terjalin semula. Sesekali usik mengusik terjadi; mesra terjalin. Moga akan berkekalan hingga sepanjang hayat hendaknya, amin.

Read more...

Wednesday, February 15, 2012

Aktiviti Silat Sekolah KL

Maklumat terkini sekiranya tiada perubahan tentang aktiviti SILAT Sekolah2 KL.

1. Pertandingan silat sekolah2 KL dan Putrajaya akan diadakan di stadium Tasik Titiwangsa bermula 7 hingga 11 mei 2012.

2. Pertandingan Silat Sekolah-Sekolah Malaysia akan diadakan di Perlis bermula 4 hingga 8 Jun 2012.

3.Kursus pemantapan wasit/juri sekolah2 Kuala Lumpur akan di adakan pada akhir bulan April 2012.

4. Pertandingan Pencak Silat Asean School Games kali ke-4 di adakan di Surabaya, Indonesia bermula 28 Jun hingga 6 Julai 2012.
Sumber : Cikgu Hazli Adnan, PT Silat Sekolah-Sekolah KL
 

Read more...

Wednesday, December 28, 2011

Pertandingan Silat Seni dan Gendang Silat di Terengganu 2011

27-30 Disember 2011
Stadium Tertutup Gong Badak
Kuala Terengganu

Read more...

Monday, July 11, 2011

Kejuaraan Silat Asia Tenggara ke-3 2011

Kejuaraan Silat Asia Tenggara ke-3 2011
Stadium Badminton Cheras
11-14 Julai
2ptg - 11 mlm

Read more...

Tuesday, November 2, 2010

Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke-15, 2010 (2 - 7 Nov )


Jemputan ke Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke-15, 2010 bermula dari 2 hingga 7 Nov 2010 di Kolej Matrikulasi Perak, KPM, Gopeng, Perak Darul Ridzuan..Majlis PEMBUKAAN pd 2 Nov 2010 jam 8.00 mlm oleh YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak dan Majlis PENUTUP pd 7 Nov 2010 jam 2.00 ptg oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam, Presiden PESAKA MALAYSIA..Semua dijemput hadir memeriahkan kejuaraan ini.

Read more...

Tuesday, February 23, 2010

Pertandingan Silat Kebangsaan 2009







Ini adalah gambar lama. Tengok-tengok, tilik punya tilik, hati saya tergerak untuk meletakkannya di sini sebagai rekod dan kenang-kenangan. Berikut adalah gambar latihan pusat di Bukit Kiara dan pertandingan silat di Stadium Titiwangsa. Pasukan SMK Cheras yang kami latih dahulu juga turut bertanding selain daripada SMK Wangsa Maju, Seksyen 2. Akan datang dengar ceritanya pertandingan silat kebangsaan peringkat sekolah akan didakan di Sarawak.

Tidak tahu jadi atau tidak, katanya bajet agak terikat. Tapi yang pastinya, jurulatih gendang silat hanya akan dibawa atas tiket ehsan ... hehehe tu pun kalau ada. Berbanding dengan kebanyakan negeri lain yang memperuntukan satu tempat untuk jurulatih gendang silat masing-masing. Emmm, alahai...

Read more...

Wednesday, May 27, 2009

Kump Gendang Silat Sekawan Bintang





Pertandingan silat peringkat sekolah-sekolah di KL telah berakhir dua minggu lalu. Masing-masing membawa pulang pelbagai pengalaman dan pandangan apabila sesuatu pertandingan berakhir. Begitu juga dengan pasukan gendang silat dari SMK Cheras dan SMK Wangsa Maju (Sek.2) yang mengiringi pasukan masing-masing. Di bawah bimbingan sdr Shahrul, kedua-dua pasukan berjaya menjadi juara dalam katogeri masing-masing; iaitu dalam permainan gendang silat dan lagu tempatan. SMK Wangsa Maju, meskipun baru berusia 3 bulan, tapi sudah menunjukkan bakatnya menjuarai katogeri lagu tempatan. Kedua-dua pasukan gendang terpilih untuk menjalani latihan pusat yang akan diadakan di Pusat Ko-Kurikulum di Titiwangsa. Namun pemilihan akan dibuat berdasarkan prestasi sewaktu latihan kelak.

Semoga muzik gendang silat bertambah marak di bumi KL pada masa akan datang. Kepada tenaga pengajar, sdr Shahrul, KGGK mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana mengembangkan lagi serta meneruskan perjuangan untuk mengekalkan dan mengembangkan permainan warisan orang Melayu kita. Mudah-mudahan PIBG KL membuka mata untuk melihat perkembangan ini dari sudut yang positif. Amin. Kepada para penggendang muda, sekalung tahniah diucapkan!

Read more...

Friday, May 8, 2009

Pertandingan Silat Peringkat Sekolah2 KL

Pertandingan silat peringkat sekolah-sekolah KL akan diadakan pada 11 - 14 Mei di Stadium Badminton Cheras, jam 8 pagi hingga 6 petang. Kepada semua - dijemput hadir. Terima kasih kepada Cikgu Azli atas maklumat ini.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP