Showing posts with label Rawang. Show all posts
Showing posts with label Rawang. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Angin Berpuput Di Rawang : 8 - 9 Nov 2011

Bersama Pak Teh Mat

Tarikh : 9 Nov 2011
Masa : 9 pagi
Majlis : Konvokesyen Ke-10
Lokasi : Institut Kraf Negara

Alhamdulillah ...syukurlah tanggungjawab yang diberikan untuk mengiringi Majlis Konvokesyen ke-10 di IKN dapat dilunasi dengan lancar dan selamat semuanya. Sebelum dari itu, Pak Teh sudah menghubungi saya dan Sharul untuk majlis ini kerana Pak Teh datang tidak ramai; sebab hari bekerja. Kebetulan saya dan Sharul agak lapang, maka dengan berlapang dada, kami turun ke IKN untuk waktu rehesel dan hari langsungnya. Meskipun tempatnya agak ceruk, tapi alhamdulillah dapat juga cari. Asalnya majlis ini dari abang Kadri, yang berhubung dengan Pak Teh, yang lansung berhubung dengan kami.

Sesi rehesel

Pada pagi 8hb, sesi dijalankan sebanyak 3 kali. Walaupun Pak Teh dan grup kepenatan, sampai dari Kedah jam 6 pagi, namun tetap diteruskan demi amanah yang diberikan. Saya pula meniup serunai, bersama Safarin (anak Pak Teh). Tapi sesi rehesel sebelah malam, saya seorang pula. Mula-mula hanya mengiring masuk dan keluar VIP. Tapi akhirnya bertambah dan paling mencabar apabila saya terpaksa meniup seorang diri mengiringi 58 orang pelajar yang mengambil sijil! Fuh, memang berpeluh, sampai ke pelajar yang 30-ke atas, serunai saya mula meragam kerana air liur sudah penuh. Hehehe .... tapi alhamdulillah, masa hari langsung, Sharul ditugaskan oleh Pak Teh untuk membantu saya meniup serunai.

Kumpulan Koir

Suasana majlis konvokesyen

Lebih kurang jam 12.30 majlis selesai. Pak Teh dan grup terus balik ke Kedah kerana katanya ada majlis lagi, kami terus beransur pulang ke Cheras. Terima kasih kami ucapkan kepada Pak Teh Mat, Abang Kadri, pihak IKN yang menyediakan makanan dan tempat tidur yang sangat selesa. Juga kepada kepada pihak yang terlibat menjayakan majlis ini. Tahniah kepada para pelajar! Moga-moga berjumpa lagi di tahun hadapan, amin.

Read more...

Saturday, July 11, 2009

Aksi Di Taman Sentosa, Rawang

KGGK dari jauh - jauh tapi ihklas

Berusaha keras ... Mat Arip

Gaya macho dari Edi

Khusyuk meniup serunai ... Cikgu Ramli, Un - gaya maut seorang pemain marakas

Berbalas SMS nampak ...

Pukul, jangan tak pukul bang ...

Gambar curi ...

Read more...

Thursday, December 25, 2008

Bergendang Di Rawang

Sehabis bergendang di PULAPOL, kami bergegas pula ke Taman Teja, Rawang untuk bertemu dengan guru kami, Pakcik Din Guai dari Pahang yang datang bersama rakan-rakannya. Beliau djemput untuk bergendang di situ. Lama juga kami tidak berjumpa dengan pakcik din tapi hari tersebut dapatlah juga berjumpa dengan beliau. Sampai sahaja di sana, kami menyantap terlebih kerana.

Lega juga saya, hehehe tekak sudah terasa begitu haus sebenarnya. Kami sebat sahaja apa yang ada, makan dan kemudiannya saya minum agak banyak. Walaupun menyedari itu adalah ais, namun dahaga sudah tidak tertahan-tahan lagi. Air masak @ mineral pula tiada, tawakkal sahajalah.

Tidak sempat duduk lama, kami pula bergendang. Ada juga dalam 5, 6 lagu yang dibawa, kemudian kami berhenti untuk seketika dan memberi laluan kepada pakcik Din dan kumpulannya untuk bergendang semula. Tidak banyak yang dapat kami bicarakan pada hari tersebut kerana suasana tidak mengizinkan. Lagipun orang tengah dok sibuk bergendang. Sementara mereka bergendang, kami berehat pula. Cuaca semakin mengancam!

Terakhir, kami bergendang sekali lagi. Saya pun meniup sahaja apa lagu yang terlintas di fikiran sebab kalau sudah ada 3 orang yang boleh bermain serunai, maka lagu2 habis semua ditiup dan kita pun habis modal. Jadi, saya tiup saja apa-apa lagu termasuklah lagu-lagu yang pendek. Namun kerana kesuntukan masa, salah seorang rakan kami terpaksa bekerja pula pada petang tersebut, maka kami meminta izin untuk berundur. Lebih kurang jam 4, kami tiba semula di perkarangan PULAPOL di mana kereta kami diparkir sebelumnya.

Read more...

Saturday, July 19, 2008

Laporan 12/7/08 - Majlis Buka Gelanggang Kuntau Tekpi

Sehabis majlis pada siang tersebut. Saya berehat di rumah Cikgu Ramli sementara menantikan sdr Azizul untuk datang mengambil saya. Malam tersebut kami berlepas ke Tasik Puteri, Rawang kerana memenuhi undangan bergendang untuk majlis buka gelanggang Seni Silat Kuntau Tekpi. Jam 6.30 ptg, kami bergegas ke sana. Saya menaiki kereta sdr Azhar, peh memang lega dapat duduk sebelah dan orang lain yang memandunya. Saya senyum-senyum sahaja. Hampir 1 jam juga barulah kami sampai ke sana, setelah berkonvoi 3 buah kereta dari Keramat AU2.

Selesai maghrib, kami terus bersiap-siap dan memeriksa keadaan atau tempat kami untuk bergendang. Saya tengok dan berkata kepada adik Alif dan Amin, "Tempatnya ini condong sikit ni, duduk dalam keadaan mengadap. Kalau tak, cepat tangkap belikat dan pinggang ni." Tapi alhamdulillah, sepanjang majlis, mereka tidak menghadapi sebarang masalah, cuma sakit sedikit tangannya. Saya senyum dan berkata, "Oklah tuuu ...." Majlis berjalan agak lambat dan lari dari jadual yang dirancangkan. Hampir jam 10.30 mlm, barulah majlis bermula. Dengan perarakan terlabih dahulu, dan akhirnya kepada majlis persembahan. Kening saya terangkat juga melihat jarak untuk kami harus berarak. Agak jauh juga, tapi siang2 saya sudah bersiap-sedia iaitu - TIDAK MAKAN. Kalau tak, mengah dibuatnya andai berjalan sambil berserunai dalam jarak tersebut. Cubaan ....
Jam hampir menunjukkan 12, barulah persembahan berakhir. Cepat-cepat kami makan malam dan beredar kerana saya risau juga takut2 keluarga adik Alif dan Amin bising. Terima kasih kepada sdr Azizul kerana menghantar saya balik hingga ke Cheras. Juga terima kasih kepada sdr Azhar yang menjadi perantara dengan Kuntau Tekpi untuk majlis ini.




Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP