Showing posts with label Cheras. Show all posts
Showing posts with label Cheras. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Kem Gendang Silat 1 (11-12 Julai 2011)

Gambar beramai bersama
Kump Gendang Lawi Merah


Asal idea ini sebenarnya adalah kerana memikirkan masing-masing (ahli KGGK) ada kekangan dan komitmen kerja, lalu memikirkan cara yang terbaik - maka timbullah ilham untuk mengadakan Kem Gendang Silat (KGS) bagi memudahkan semua pihak. Untuk kali ini hanya pelatih2 dari Kump Gendang Lawi Merah (KGLM) saja yang dapat menghadirkan diri. Namun perjuangan untuk menghidupkan gendang silat diteruskan. Rancangan sudah bermula kurang lebih 2 bulan sebelum.

Ahli KGLM yang hadir

Jam 11.30 malam, KGLM sebelumnya mereka sampai satu kereta. Menginap di rumah sdr Khairul. Dan malam itu juga sempat kami mengeteh di kedai mamak sebagai sesi takruf yang pertama utk KGLM dan KGGK.

Hari 1 (11.7)

Jam 11.00 pg, barulah sesi latihan dimulakan. Dengan mengambil kira kemajuan yang ada, dapatlah sedikit sebanyak penilaian dilakukan, beberapa lagu dimainkan oleh KGLM. Sebelum ini mereka sudah mengikuti kursus jangka pendek di Muar, maka beberapa progres dilakukan bagi memantapkan permainan mereka, Insya-Allah. Latih rubi dijalankan, Sdr Sharul melatih mereka yang bergendang, Cikgu Ramli pula melatih pemain serunai. Saya hanya membantu cikgu dan mengambil foto-foto untuk diabadikan di blog sebagai jurnal KGGK.

Sesi latihan

Hinggalah waktu Zohor, kami berhenti seketika dan singgah makan di Taman Tenaga. Selepas solat zohor di masjid Az-Zubair, kami meneruskan latihan santak ke jam 6 petang. Malam - kami hanya berehat. Keletihan mula memanjat di wajah ahli KGLM, mana tidaknya cuaca yang tidak menentu mengiring latihan mereka. Termasuklah juga kami, letih tapi kepuasan adalah segalanya.

Hari ke-2 (12.7)

Latihan diteruskan. Dengan sedikit penerangan daripda Cikgu Ramli, latihan diselang-seli dengan permainan KGLM. Sempat juga saya mengambil gambar dan video untuk koleksi peribadi. Sepertinya tidak dilanda kejemuan, KGLM terus berlatih sambil dibimbing oleh sdr Sharul dan Cikgu Ramli. Alhamdulillah, perubahan mula nampak, berbanding dengan hari sebelumnya, permainan sudah ada perubahan. Ketekunan KGLM nyata membuahkan hasil dengan izin Allah.

Segala nasihat, panduan diberikan secara santai. Sambil berlatih, sambil menyakat - untuk menghilangkan rasa penat yang bergayutan. Hampir jam 3.30 petang, barulah kami berhenti dan makan tengahari di rumah sdr Sharul. Lewat petang, beransur semula ke rumah saya untuk berehat. Memandangkan semua letih, kami menyarankan agar ahli KGLM beransur balik selepas maghrib, siap mandi dan rehat dulu.

Jam kurang lebih 8.30 kami bersalam-salaman. Saya menghantar cikgu balik dan KGLM beransur pulang ke Muar. Apabila malamnya, saya mendapat mesej dari KGLM, mereka selamat sampai ke Muar jam 12.30. Kami mendoakan agar KGLM meneruskan latihan dan terus berlatih hingga mencapai kejayaan, Insya-Allah.

Pesan aruah Cikgu Ismail (Guru Utama Silat Sendeng) - "Petua yang paling besar adalah tidak lain tidak bukan - "LATIH, LATIH dan LATIH!"

p/s : Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan KGS 1, Sdr Sharul, Cikgu Ramli, KGLM dan keluarga ahli KGGK.

Kem Gendang Silat - Anjuran KGGK
Laporan dari blog Lawi Merah - Klik sini

Read more...

Friday, December 10, 2010

Ini Serulingkah?

17.8.2001

Ini adalah salah satu foto ketika pertandingan silat peringkat sekolah-sekolah di KL. Tidak ada gendang yang elok ketika itu, kami hanya menggunakan gendang Kelantan, itupun atas ehsan abang Khir, tuan punya menjaga gendang tersebut. Tuan asalnya, Amin. Entah apa khabar agaknya si Amin ini.

Semasa bermain di sini jugalah ada seorang yang bertanya, "Ini seruling ke?"
Saya senyum dan menjawab, "Bukan, ini serunai."

Read more...

Saturday, October 30, 2010

Bergendang Untuk Majalah 3

Semuanya atas izin Allah. Bermula dengan En Isa (salah seorang jurugambar tv3) yang menghubungi lebih kurang sebulan yang lepas. Pada mulanya, saya menyangka beliau menghubungi saya untuk tujuan persembahan, tapi akhirnya barulah saya tahu bahawa beliau mencadangkan KGGK dan kisah kehidupan seorang penulis, Serunai Faqir sebagai subjek utama untuk program Majalah 3. Beberapa ketika juga kami berurusan, termasuklah memberikan beliau cd gendang silat dan novel LSI untuk tujuan proposal beliau.

Tidak lama kemudian, Encik Amin, produser Majalah 3 menghubungi saya. Kata beliau, KGGK dipilih sebagai salah satu subjek dalam kehidupan penulis, Serunai Faqir. Saya kata ok, dan gembira dengan cadangan beliau untuk shooting KGGK. Kata beliau lagi, mungkin dalam bulan 11 nanti saya akan dimaklumkan tarikh dan masa untuk penggambaran tersebut. Tengok-tengok, hari Isnin yang, saya dihubungi untuk menjalankan penggambaran KGGK (lebih awal dari yang dijangka).

Memahami tugas dan jadual yang menggeluti beliau, saya bersetuju dan memaklumkan kepada ahli KGGK yang berkelapangan untuk turun. Hari yang diputuskan adalah Jumaat malam.

29 Oktober

En Amin dan krew sudah sampai di rumah saya lebih kurang jam 6 petang. Setelah penggambaran di Tasik View (belakang Carrefour Taman Tun Husin Onn) tergendala akibat hujan tiba-tiba, keputusan diambil oleh En Amin untuk menjalani penggambaran KGGK di kawasan Cheras Utama sahaja. Kebetulan beliau terpandang Dewan Komuniti penduduk flat Cheras Utama, blok C, beliau terus sahaja mencadangkan untuk menjalani penggambaran KGGK di situ. Dek terkejut, saya terus menghubungi sdr Zul, tenaga pengajar kompang di situ berkenaan hal penggambaran tersebut. Alhamdulillah, kerjasama yang diberika oleh sdr Zul amat memuashatikan. Berterima kasih benar KGGK kepada sdr Zul, Abg Din dan penduduk taman tersebut, terutamanya blok C yang memberikan kerjasama yang amat baik. Sehubungan itu, KGGK juga memohon maaf kepada sdr Zul dan tenaga pengajar kompang kerana akibat penggambaran tersebut, latihan kompang tidak dapat dijalankan di situ seperti biasa.

Jam sudah menunjukan angka 9. Tidak lama kemudian ahli KGGK semua sampai. Bulat, Alang, Azam, Sopik. Lega hati saya. Namun penggambaran hanya dimulakan setelah selesai solat Isya' di masjid yang bersebelahan. En Amin memberi penerangan ringkas apa kehendak mereka pada malam itu.

Dimulakan dengan saya, sebagai pemain serunai, Bulat - gendang ibu, Azam - gendang anak, dan Sopik - gong. Tapi sayang sekali, saya terkilan benar kerana Alang yang hadir dari Klang Gate tidak dapat masuk untuk rakaman kerana ada alat yang tertinggal. Walhal, tujuan saya memanggil rakan-rakan adalah supaya semua dapat menyertai untuk sesi penggambaran tersebut. Begitu juga dengan Cikgu Ramli yang tidak dapat hadir atas urusan peribadi.

Kemudian sesi penggambaran diteruskan. Pihak Majalah3 mahukan kami bermain sebuah lagu untuk dirakam. Dalam kepala saya sama ada main lagu Tomoi, Silat atau Ayam Didik. Akhirnya saya memilih Ayam Didik sebagai lagu pembukaan. Tapi syukurlah saya memilih lagu tersebut, kerana kami terpaksa mengulangnya hingga 4-5 kali. Peh, kalau tiup lagu silat, alamat jenuhnya nak tiup, orang gendang tentu-tentu pecah tangan.

Selesai sesi tersebut, seorang demi seorang pemain KGGK diwawancara secara ringkas. Saya sudah diwawancara seawalnya semasa di rumah. Jadi, apa laig, duduk di luar dan layan rokok. Namun tidak sempat dengan Sopik, hujan mula turun dengan lebat, menyebabkan rakaman terpaksa dihentikan kerana mengganggu sistem rakaman audio. Sudahnya kami bersembang untuk beberapa ketika dan beransur sesudah hujan mulai sidang. Kami bersalam-salaman dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Cheras Utama, Blok C yang mengizinkan kami menggunakan dewan tersebut untuk sesi rakaman gendang, terutamanya sdr Zul dan Abg Din.

- Rakaman di Pahang dan Kedah, insya-Allah akan dijalankan. Dalam perbincangan dengan En Amin

p/s : Terima kasih kepada penduduk Cheras Utama, Blok C.
Terima kasih juga kepada pihak Majalah 3, terutama En Amin dan krew.
Khusus ucapan terima kasih KGGK kepada En Isa yang bersusah-payah mencadangkan KGGK kepada Majalah3. Jazakallahu khairon kathiro.

Read more...

Thursday, May 13, 2010

Bergendang Dengan Kump Gendang Silat Bera

Sdr Sharul (gendang ibu) dan Tok Awang (gendang anak)

Beberapa hari sebelum kedatangan mereka, Tok Awang sudah menelefon Sharul untuk datang bergendang di kawasan Cheras, dekat dengan LRT Tun Razak. Saya, Sharul dan Sopik sahaja yang lapang pada malam tersebut dan datang agak awal. Dari jauh sudah kendengaran bunyi paluan irama gendang silat. Tapi kali ini, hati saya tidak berdebar seperti selalu apabila mendengar paluan gendang silat. Kami berbual terlebih dahulu dan untuk beberapa ketika, barulah kami ke tempat mereka bergendang. Disebabkan khemah bergendang, berada di tengah-tengah majlis, kami jadi malu alah dan menanti saat terbaik untuk mencelah. Apabila paluan kompang mengambil alih suasana, cepat-cepat kami ke khemah dan bersalaman dengan mereka. Kali terakhir kami berjumpa dengan mereka kalau tidak silap saya, pertengahan tahun lepas, apabila mereka bergendang di Tmn Desa Baiduri.

Lama tidak bersua, banyak perkara juga yang disembangkan tapi tentunya berkisar perihal bergendang. Menjadi kelaziman apabila datang, kami pula bergendang, sebagai tanda persahabatan dan meraikan kami di sini. Meskipun malu alah, kami tetap juga bergendang, kata Pak Teh Mat, sekurang-kurangnya kena main tiga lagu, baru kra aci. :)

Read more...

Sunday, January 3, 2010

2 Hari Bersama Tetamu Dari Bumi Temasik

Lama benar rasanya saya tidak ke bumi Temasik. Terakhir sewaktu duduk di JB, itupun masa kecil. Budak-budak, manalah ingat apa pun. Yang saya ingat, pergi Woodlands beli kain, dan kenangan nak beli 'game n watch' Popeye (waktu tu kira popular le game jenis ni, macam sekarang ni punya video game le, game boy haaa, macam tu). Itulah yang saya ingat pun. Lelain tu tak berapa ingat.

Kemudian dalam tahun lepas, kantung emel KGGK menerima beberapa emel dari sana. Kisah rakan kita yang agak mengharukan saya. Hmmm .... dan akhirnya setelah beberapa kali perancangan dan pertemuan di Ulu Tiram, Johor, maka berulanglah kembali pertautan silaturrahmin dengan rakan-rakan kita dari bumi Temasik. Hari yang dinanti-nanti sudah tiba. Saya tak sabar juga ingin bertemu dengan rakan-rakan dari sana. Pagi Jumaat sebelum tu, saya dan Bulat dah berasap ke USJ untuk mengambil van yang disewa. Hehehe ... sosek, sebab tak biasa jalan kat sana. Mujurlah sdr Farid, pemilik van tu sanggup cari kami di steses BP.

Selepas solat Jummat, saya bergegas terus ke tasik Permaisuri membawa kereta Bulat. Tak lama kemudian, Bulat pun muncul dengan Cikgu Ramli dan rakan-rakan dari sana. Maka bermulalah perkenalan dan pertautan silaturrahim antara dua negara atas nama seni dan budaya, serta iltizam untuk mewarisi salah satu cabang seni tradisi Melayu.



Adi, Zul, Khairil, Apai, Aziz, Fizah dan Tina - saya dapat baca betapa terujanya dapat berkenalan dengan seni bergendang. Teringat masa saya mula-mula dulu dapat pegang serunai, peh ... berseri-seri muka saya, macam lagu Seri Bulan. Pelajaran dimulakan dengan asas pada pukulan gendang irama 'berjalan', disamping pengenalan pada sistem pergendangan silat aliran utara. Latih tubi dijalankan. Bahagian gendang dikendalikan oleh Bulat, saya pula pada bahagian serunai.

Latihan yang dijalankan dihentikan apabila langit jingga mula memberi salam. Balik sekejap ke rumah saya untuk melepaskan keletihan yang bergayut. Seusai solat maghrib, kami ke Tasik Permaisuri untuk berlatih lagi. Dan hampir lewat malam, barulah hari pertama latihan gendang ditamatkan.

Hari Kedua (sabtu)

Kepenatan bergendang hari pertama tidak menghalang saya untuk turun ke Tasik Permaisuri lagi. Meskipun agak lewat tidur malam sebelumnya kerana menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan bengkel penulisan pada hari Ahad pula. Tapi demi warisan, saya dan Bulat bergegas untuk menjalankan amanah. Saya sudah terpacak di tepi stadium (itu je tempat yang ada dan boleh guna) jam 12.35 sambil2 ke IYC mengambil pamplet sewaan bilik di situ. Merasakan itu jalan terbaik yang dapat menyelamatkan masa dan fulus, saya cadangkan kepada mereka agar lain kali menginap di situ sahaja. Jarak ke stadium pun tak jauh mana, ada le dalam sepelaung je. Hari kedua - latihan asas serunai dan gendang dijalankan dengan intensif. Hasrat kami agar mereka menguasai asas tersebut berjaya.

Paling mengujakan saya apabila Aziz (ajis) dapat memainkan lagu Wau Bulan dengan baik, walaupun hanya asas lagu je. Melihatkan perkembangan yang agak cepat, saya dan Bulat mula merasakan bahawa adat 'masuk guru' atau 'turun tangan' perlu dijalankan. Barulah nanti mereka boleh belajar lagu2 wajib dalam pergendang aliran utara ni.

Sebelah petang, kami amat gembira sekali bila gendang dan serunai dapat berlatih sama-sama. Masuk lagu dan betul iramanya, tahniah kepada kamu semua! Sehinggalah petang menjelang, balik semula ke rumah saya dan kali ini tak makan malam, terus saja ke stadium dan pulun berlatih lagi. Sehinggalah kami berpuashati dan jam menunjukkan lebih kurang 10.30, kami berhenti dan berbincang mana-mana yang patut.

Sesi belajar gendang berakhir dengan makan malam di kawasan Taman Tenaga. Fuh! Penat beb... Harap2 gambar yang banyak diaorang ambil tu diupload le kat Facebook. Boleh cilok2 hehehe .... Semoga kalian terus berusaha menguasai permainan gendang silat ini, amin.

Read more...

Monday, March 24, 2008

Laporan Bergendang 15/3 - Flat Sri Melaka, Cheras





Pada 15/3 yang lepas, salah seorang ahli kumpulan gendang Gemala Kasturi selamat menjalankan majlis pernikahannya. Suasana berlangsung dengan meriah sekali. Berpakaian serba 'maroon' menambahkan lagi suasana yang ceria. Sementara itu, dengan kehadiran teman-teman gendang amat mengujakan. Pakcik Din Guai dan seorang teman dari Pahang telah hadir dan bergendang.

Ditambah pula dengan teman2 yang bergendang di sini - majlis yang berlangsung alhamdulillah berjalan lancar dan berakhir jam 4 petang. Semoga pengantin - berkekalan bahagia, dikurniakan anak yang ramai dan diberkati Allah hinggalah ke akhir hayat. Amin. (Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari tersebut). Terima kasih kepada sdr Azam atas gambar yang telah diberikan.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP