Showing posts with label Laporan Majlis Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Laporan Majlis Perkahwinan. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Persembahan Di Cheras Perdana (CP3) : 21.1.12

Persediaan sebelum bergendang

Lebih kurang jam 10.30 pagi, saya beransur dari Negeri Sembilan. Ada jemputan bergendang di Cheras Perdana pula.Harapan saya agar dapat selamat kembali serta sempat menyertai rakan-rakan lain untuk persembahan tersebut. Alhamdulillah, lebih kurang jam 11.45 saya sampai. Tengok-tengok rakan2 KGGK sudah 'sapdek', tak bertangguh saya pun 'kibau' beberapa ketul ayam panggang dan meratah dengan sodap. (maklumkan baru balik dari Negeri Sembilan).

Persembahan bermula ...

Asyik bersilat ...

Jam 12, kami memulakan persembahan. Dengan keadaan tiada kipas dan hangat yang boleh tahan, kami teruskan perjuangan hingga 12.30 dan berhenti untuk memberi laluan kepada pasukan kompang Cheras Perdana.

Kemudian menyambung kembali hinggalah jam 3 petang, kami berhenti. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, dan kami bersyukur atas segala keselamatan dan kelancaran majlis dan persembahan kami.

* Terima kasih kepada Encik Mansor (dengan kami lebih mesra dengan panggilan Abang Mansor) yang menjemput kami. Seingat-ingat kami, inilah kali pertama rasanya bergendang di kawasan tempat kami tinggal sesudah 3 tahun kami di sini. Juga terima kasih kepada krew KGGK yang hadir.

Read more...

Wednesday, December 14, 2011

Dewan Centrium, Setiawangsa



Terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput kami.

Read more...

Saturday, March 20, 2010

Tasik Biru Menggamit Rasa - Kundang, Sungai Buloh : 20 Mac 2010




Salam hormat.

Agak lama juga kami tak bergendang di situ. Sekira-kiranya hampir 4/5 tahun. Kali pertama dahulu, atas jemputan rakan silat. Ketika itu hujan turun mencurah-curah. Sayang, tiada gambar yang diambil ketika itu. Sebenanrya banyak gambar yang kami tidak ambil kerana ketiadaan kamera sewaktu itu. Alhamdulillah, sekarang adalah kamera untuk mengabadikan kenangan bermain di satu-satu tempat.

Tapi kali ini Kundang menyambut kami dengan amukan cahaya mentari yang menikam ubun-ubun. Cuaca terik menyebabkan saya dan rakan-rakan tidak bertangguh menyahut pelawaan tuan rumah untuk makan terlebih dahulu. Jam ketika itu sudah menunjukkan 12.15. Kena pulak dengan air sirap, huh! Sebat aje le, mengenangkan ramai yang boleh tiup serunai pada hari ini, dapatlah saya minum air sirap dengan hati yang ceria. Hehehe ... kalau selalunya, saya takkan minum air manis sebelum meniup serunai.

Giliran pertama dimulakan dengan Shahrul, Veron, Alif dan Azam. Cikgu Ramli sudah siap sedia dengan video camnya untuk 'menembak' permainan; agar dapat dibawa dan tengok semula mana-mana kelemahan dan juga sebagai kenangan kami bermain gendang di mana-mana. Sementara saya, Un dan Mat Arip menyembang lagi di khemah. Selang beberapa lagu, kami turut menyertai mereka. Namun saya membiarkan Bulat meniup lagu-lagunya.

Tak lama kemudian barulah, bertukar kepada saya, Un dan akhirnya selepas berarak pengantin, barulah Cikgu Ramli meniup pula. Kemudian sambung lagi hingga jam 3, barulah permainan ditutup oleh Shahrul. Namun kelaparan mendabik perut, Shahrul, Veron dan Alif menyantap sekali lagi. Saya, Azam, Cikgu dan Mat Arip lepak di khemah sahaja. Tapi itu tidak menghalang kami untuk menikmati bubur pulut kacang, yang pehhh ... sedap betul. Tambah dengan air sarsi. Huh, saya makan bertambah. Hampir jam 4, kami beredar dan balik semula ke KL.

Terima kasih kepada sdr Zaini yang menjemput kami bermain di majlis tersebut. Juga terima kasih kepada tuan rumah yang menyediakan ruang untuk bergendang yang amat selesa. Mood untuk bermain pun bagus, saya meniup serunai merasa seronok amat.

Read more...

Monday, October 12, 2009

Majlis Perkahwinan di Seksyen 19, Shah Alam.

Cendol yang dikatakan terkenal di Shah Alam, menjadi sebutan dan igauan ..

Cikgu dengan video camnya - gambar aku dia ambil sikit je! heheh

Gaya terbang!

Alang-alang menyeluk pekasam - sdr Alang

Sekitar gambar bermain di Seksyen 19, Shah Alam. Terima kasih kepada Tuan Haji Kamarudin yang memanggil kami untuk menyerikan majlis perkahwinan anaknya. Tapi sayang saya terlupa membawa kamera, harap pada kamera selfon ni aje lah. Lebih menarik apabila majlis tersebut diserikan dengan pameran kereta volkswagen (mari mana pun saya tak tahu - sehinggakan jenuh kami nak berarak pengantin - hehehe).

Suasana berjalan agak santai, diselang-seli dengan abg DJ Nik yang macho lagi sporting. Sempat juga sdr Shahrul bertukar-tukar kad dan mendapat pereka pelan. Huh, inilah namanya networking kan? Alhamdulillah semuanya atas izin Allah, majlis selamat berjalan dan berakhir dengan tenang, tapi perut kami saja yang tak tenang kerana belasah cendol banyak sangat. Juara cendol kali ini adalah Mat Arip - huh, 6 mangkuk! Memang berhantu cendol Pak Akob ni, saya saja tibai 3 mangkuk ... hahaha

Read more...

Wednesday, August 26, 2009

Bergendang di Kedah




Gambar-gambar ini adalah semasa kenduri rakan pergendangan kami di Jitra, Kedah pada 8.8.09 baru-baru ini. Tapi sayang hanya sdr Shahrul sahaja yang mewakili geng gendang dari KL. Yang lain-lain ada komitmen pada hari tersebut. Terima kasih kepada Un yang menjemput kami semua ke majlis perkahwinannya. Moga-moga kami berkelapangan di lain hari kiranya ada teman-teman sepergendangan yang berkahwin, insya-Allah.

Read more...

Saturday, July 11, 2009

Aksi Di Taman Sentosa, Rawang

KGGK dari jauh - jauh tapi ihklas

Berusaha keras ... Mat Arip

Gaya macho dari Edi

Khusyuk meniup serunai ... Cikgu Ramli, Un - gaya maut seorang pemain marakas

Berbalas SMS nampak ...

Pukul, jangan tak pukul bang ...

Gambar curi ...

Read more...

Monday, April 13, 2009

Bergendang di Ampang - 21/3/09


Read more...

Sunday, December 28, 2008

Bergendang di Kedah

Tarikhnya pun saya sudah lupa. Mungkin dalam 2, 3 tahun yang lepas. Kebetulan kami berada di rumah guru kami, Pak Teh Mat, maka kami pun turut menyertai majlis perkahwinan yang diadakan sebagai pengiring. Tapi yang uniknya, majlis tersebut adalah majlis perkahwinan kaum India. Mungkin tuan rumah inginkan kelainan, maka pasukan gendang Pak Teh telah dijemput untuk meraikan majlis tersebut.

Read more...

Bergendang di Keramat Bukit - 27/12/08

Malam tadi tidaklah begitu penat bermain gendang, hanya 2, 3 lagu 'berjalan'(selingan) dan lagu silat. Tapi kepenatan terasa mencengkam, agaknya kesan dari cuaca hangat yang menggigit. Petangnya, sdr Azhar sudah datang mengambil saya gara-gara kereta yang sedikit meragam. Sampai di rumahnya kami bersembang dan pekena kuey teow dulu. Hehehe ... sedap! Setelah selesai maghrib, kami bersiap-siap sementara menanti kedatangan Alang, Alif dan Amin. Tup, tup, tengok-tengok bapa si Alif dan Amin ada sekali.

Pertama kali saya memasukki kawasan Keramat Bukit (menurut Azhar), sebelum ini bagaikan tidak tahu menahu tentang kawasan tersebut. Rumah-rumah besar tersergam indah menyeluruhi kawasan tersebut. Permainan malam tadi cukup ringkas, selesai perarakan kompang, tugas kami pula mengiringi para pesilat dari Persatuan Kuntau Tekpi cawangan KL dan Rawang. Lebih kurang dalam 15 - 20 minit, pertunjukan silat pun berakhir.
Malam ini saya menyuruh agar sdr Azhar dan Alang bermain bagi membiasakan diri untuk majlis dan kenduri perkahwinan. Lega saya kerana perjalanan majlis dan permainan gendang lancar hingga ke akhir. Alhamdulillah.

Read more...

Tuesday, October 28, 2008

Kenduri di Jengka 2, Pahang

Seawal-awal lagi guru kami di Kedah sudah mengingatkan agar dapat meluangkan masa ke rumah Pak Man Misai di Jengka 2, Pahang. Syukur alhamdulillah, kami diberikan kelapangan itu, tiba pada masanya kami bergerak jam 9 pebih kurang dan tiba di sana hampir jam 11.30 pagi. Sementara rakan kami, Bulat dan Un sudah bergerak sehari awal. Saya dan rakan-rakan hanya duduk di belakang pentas orang bergendang sahaja. Pada awalnya, saya malas untuk bergendang apabila menjangkakan sudah tentu ramai orang yang akan bergendang di rumah Pak Man. Namun jangkaan kami meleset kerana hanya ada kumpulan gendang dari Bera sahaja.
Tapi lama-kelamaan kaki tangan saya menjadi sejuk, hati mula berdebar-debar kerana semangat ingin bergendang mula menyelinap perlahan. Bunyi serunai, gendang dan gong bagaikan memanggil-manggil saya untuk turut menyertai kumpulan yang ada. Perlahan saya menghampiri mereka, tiba-tiba Pak Li tersengih dan melambai. Pucuk dicita, ulam mendatang. Tanpa bertangguh saya dan rakan-rakan naik ke pentas bergendang setelah bersalaman dengan mereka.Apa yang mngejutkan saya adalah berjumpa semula dengan abang Bad, yang hampir 10 tahun tidak dutemui. Saya gembira sekali, tidak menyangka abang Bad sudah menyertai kumpulan gendang Bera walaupun tinggal di Felda Bukit Mendi. Tanpa bertangguh kami pun memulakan dengan 'lagu buka' dan diikuti dengan beberapa lagu 'berjalan'. Setelah itu, kami berhenti untuk seketika dan bersembang dengan Tok Awang dan Pak Li.


"Kami baru ja bergendang di Selanca kelmarin, pastu mai malam tadi. Ambuih, bergendang sakan sampai jam 3 pagi," ujar Pak Li. Dari percakapannya saya sudah mengagak, pastinya kami yang akan memukul lagi-lagu yang seterusnya. Begitulah komitednya masyarakat bergendang yang tidak peduli dengan keletihan melainkan dapat berjumpa dan mengeratkan silaturrahim walaupun penat tak terkira. Tidak lama kemudian, kami pun bergendang untuk 5 pasangan silat tanpa henti dan juga pasangan tomoi. Masuk ke pasangan terakhir, air liur saya mula meleleh keluar dari tepi mulut tanpa dapat dikawal lagi.

Namun saya teruskan juga, enggan mengalah dengan keadaan, hinggalah pasangan terakhir tamat bersilat.Hati saya lega bukan kepalang kerana dapat melaksanakan tugas tersebut. Selesai sahaja bermain, kami berhenti dan bersembang panjang dengan Tok Awang dan Pak Li. Memang sudah beberapa kali bertemu dengan kumpulan gendang dari Bera ini, tapi kali inilah yang dapat berbual betul-betulnya. Hujan pun mulai turun, wah saya kata ini hujan rahmat. Syukurlah hujan turun kerana kurang sikit panasnya. Setelah makan untuk kali kedua, kami bergendang lagi hingga hampir jam 5 petang, kemudian barulah kami beredar ke rumah guru kami di Jengka 6, Pakcik Din Guai. Malam selepas isya' barulah kami beransur ke KL setelah makan dan berehat di rumah Pakcik Din.

Read more...

Saturday, July 19, 2008

Laporan 12/7/08 - Bandar Baru Sentol

Seronok benar hari itu kerana dapat menyaksikan adik-adik yang didatangkan khas dari Negeri Sembilan untuk bermain caklempong. Sambil2 menanti giliran kami, dapatlah juga kami berehat dan melihat keadaan di sekitar. Kebetulan di flat Cikgu Ramli, maka dapatlah juga datang dalam keadaan tidak tergesa-gesa dan terlalu awal. Berbanding dengan majlis perkahwinan yang memerlukan kami berada awal untuk berkumpul dan menuju dalam satu atau dua buah kereta.

Sudahlah begitu, kami bergilir-gilir dengan pasukan Caklempong dan DJ yang ingin memainkan lagu-lagu mereka. Sambil minum2, kami dapat menikmati irama Caklempong. Sesekali perut berbunyi juga sementara waktu makan. Hehehe... Majlis tamat dalam 2.30 petang apabila DJ sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan acara karaoke percuma. Dan ketika itu jugalah perut kami diisi, dahaga sudah mencarik-carik tekak.





Read more...

Wednesday, June 18, 2008

Laporan 8/6/08 - Kenduri DI Klang Gate









Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP