Laporan Persembahan MSSKL
13.11.07 - Hampir 5 jam kami di Hotel Flamingo demi menyudahkan perjalanan majlis penyampaian hadiah dan anugerah MSSKL. Bermula dengan perarakan dengan iringan gendang peribumi seperti biasa. Kemudian kami didera pula dengan permainan gendang tanpa serunai selama hampir 1 jam berterusan, saya fikir lebih kurang 50 orang mereka yang naik menerima hadiah dan anugerah. Wajah2 pelajar yang ceria satu demi satu melepasi pandangan saya. Zaman yang paling indah, bukan? Bagaimana pun saya berterima kasih kepada Cikgu Khadijah (Sek. Menengah Setiawangsa) yang telah sudi menjemput kami utk menyerikan lagi majlis yang berlangsung di Grand Ballroom yang indah itu. Baik dari segi makan, minum semuanya terjaga dan diambil berat oleh beliau. Menurut beliau sambutan dari PPD amatlah baik dan ramai guru yang agak teruja melihat persembahan tersebut. Terima kasih cikgu. Moga Gemala Kasturi terus maju dan berjaya di masa akan datang.
1 comments:
Salam. Saya nk tanya kumpulan ni ada menawarkan sewa bermain nobat tak untuk kenduri kahwin. kalau ada saya berminat nk tempah. sila email kepada saya no telefon ke hanie_eriey@yahoo.com
Sila sertakan sekali harga.,Terima kasih.
Post a Comment