Berarak Dengan Gendang Peribumi
Gendang Peribumi atau lebih dikenali dengan 'Gendang Keling' di utara Semenanjung merupakan salah satu permainan yang terdapat di sana selain dari gendang silat. Ia merupakan alat permainan tradisi yang dimainkan ketika Raja2, Pembesar dan Orang2 Kenamaan yang datang melawat atau mengiringi mereka. Namun begitu permainan ini sendiri agak jarang kedapatan di Kedah. Kumpulan kami alhamdulillah menyedari betapa pentingnya warisan ini, tambahan pula minat yang mendalam menyebabkan kami mengambil inisiatif mempelajari seni ini walaupun agak baru.
Di Kuala Lumpur, kami telah bermain beberapa kali termasuklah sambutan Sultan Pahang baru-baru ini. Seringkali permainan ini disamakan dengan permainan nobat meskipun terdapat persamaan dan perbezaannya. Yang sama adalah serunai, namun lagunya adalah berbeza samasekali. Manakala pemain gendang ini menggunakan kayu untuk memukul muka gendang sebelah besar (bam) dan rotan untuk muka gendang kecil.
Begitulah indah dan cantiknya permainan orang Melayu yang mengutamakan adat dan adab yang berbeza samasekali dengan muzik aliran moden.
Biasanya perarakan dimulakan dengan lagu 'Berarak Cepat' atau 'Berarak Lambat' dan beberapa lagu yang khusus untuk fungsi yang berbeza. Menurut guru kami, Pak Teh Mid, ia bukan samasekali berasal dari permainan India, ia adalah tulen hak milik bangsa Melayu. Sejarahnya agak berbeza seperti yang saya baca di dalam buku-buku. Namun ada juga yang mengatakan ianya diarak 'keliling' dan sebagainya.
Kalau diamati dengan mata halus, sesekali ia menyerupai dengan 'marching band', namun yang ini lebih istimewa berbanding dengan mereka yang menggunakan peraltan muzik barat. Kadang-kadang saya terfikir, betapa segaknya jikalau RAMD menggunakan peralatan muzik ini.

0 comments:
Post a Comment