Saturday, July 24, 2010

Nafiri

Gambar Nafiri : Kredit kepada Mohd Fauzi yang mengizinkan kami menyalin semula gambar dari FB untuk paparan umum.

Kali ini KGGK ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca tentang alat muzik tradisi istana yang dipanggil nafiri. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan alat muzik tradisi yang jarang dipertontonkan di khalayak kecuali di muzium. Seperkara lagi adalah untuk memperbetulkan kekeliruan antara nafiri dan serunai. Ya, memang banyak kali ketika meniup serunai atau membuat persembahan gendang, orang bertanya, "Nafiri ya tu?" atau "Huih, sedap betul bunyi nafiri ni." Sedangkan yang ditiup adalah serunai.

Nafiri antara lain adalah alat yang dimainkan dalam kumpulan nobat dan tidak dimainkan dalam mana-mana persembahan muzik tradisi Melayu. Ia khusus hanya untuk kumpulan nobat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan

Nafiri ialah sejenis alat tiupan horn yang diperbuat dari perak dan berukuran panjang 32 inci. Ia mengeluarkan bunyi yang sayup dan menggerunkan.



Fungsi
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.


Cara Bermain
Dipegang tegak pada bibir peniup. Bibir diletak pada mulut peniup alat tiupan itu dan dibuat getaran bila udara ditiupkan ke dalam alatan itu. Pic bertukar mengikut ketegangan bibir mulut pemain.

(sumber artikel disalin dari Malaysiana PNM)

Di sini ada beberapa laman web dan blog di internet untuk rujukan lanjut. :
(Rujukan dan sumber entri).

The Malay Nobat

Kesenian Nobat

Sultan Perak. gov.my

Malaysiana PNM - Nafiri

Video Klip, sila klik di sini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP