Wednesday, March 28, 2012

Majlis Malam Wajadiri PLKU

Pasukan Gendang silat yang beraksi


Ahli silat dari pelbagai perguruan


Gabungan tenaga KGGK, Sri Tribuana dan Sekawan Bintang

Hampir sebulan sebelum, kami menerima undangan daripada pihak Gayong PLKU untuk majlis ini. Memang agak teruja juga kerana hampir beberapa tahun juga kami tidak bermain untuk majlis silat seperti ini. Tambahan pula mengetahui pelbagai aliran persilatan yang membuat persembahan, tambahlah teruja disamping mahu melihat persembahan sulung Kump Gendang Sri Tri Buana yang sudah menjalani latihan kurang lebih 6 bulan.

Kemudian, KG Lawi Merah juga berhasrat untuk turun bermain sekali, kami tambah, tambah teruja. Tidak dilupakan juga KG Sekawan Bintang, pelajar SMK Sekyen 2, Wangsa Maju yang turut menyumbangkan tenaga.

24. 3 (8 malam)

Seawalnya kami sampai di sana, dan berjumpa rakan-rakan Tri Buana, selepas sahaja solat, kami menikmati hidangan makan malam. Disebabkan hanya ada tiga peniup serunai, kami cuma makan ala kadar. Biar lapar sedikit, asal tugas dapat ditunaikan. Hampir jam 9.00 malam baru persembahan dimulakan kerana menanti kehadiran semua. Tidak lama kemudian, persembahan dimulakan dengan tari silat dari Pasukan Gayong PLKU dan gabungan dan pasukan silat lain yang membuat persembahan. Tugas KGGK pun bermula.

Persembahan sulung ahli Sri Tri Buana



Selepas dari itu, persembahan dari Gayong PLKU, Gayung Fatani, Silat Tempur Betawi, Silat Kesatria Warisan. Orang gendang bagaikan tidak kecukupan tangan untuk menepuk, orang serunai pula silih berganti, namun permainan tetap diteruskan demi amanah yang diberikan. Dalam pada itu, Sdr Khairul dari KABES (Keluarga Angkatan Gendang Melaka) turut hadir untuk memberi sumbangan.

Walaupun orang gendang ada yang sudah pecah tangan, orang serunai sudah tidak boleh 'bernafas', namun perjuangan diteruskan juga. Lebih kurang jam 11.45 malam, persembahan tamat. Dan selama lebih kurang 3 jam, pasukan gendang berhenti tanpa henti. Namun, alhamdulillah, kami diberikan laluan, tiada halangan untuk bergendang. Terasa penat sesudah habis persembahan, barulah sedar kepenatan. :)

Tidak lama kemudian barulah KG Lawi Merah sampai. Agak lambat kerana juga ada persembahan di Bandar Baru Bangi. Tapi tidak mengapa, semangat hadir tetap ada walaupun lambat.

p/s : Terima kasih atas undangan tuan tanah (Gayong PLKU) dan sekalung tahniah, Sekawan Bintang, wakil KABES, ahli KGGK yang terlibat serta rakan-rakan persilatan semua. Moga wadah seperti ini menjadi elemen penyatuan dalam dunia beladiri, amin.

Laporan dari blog lain :
Sri Tri Buana - klik sini.

1 comments:

Anonymous,  August 22, 2021 at 11:05 AM  

YIP KUM FOOK (LAWYER DESA JAYA, KEPONG)
You don't want to stay, you're angry and you don't want your emotions getting in the way. You just want to walk out of their lives entirely and feel confident and happy about it.
It takes some empowering moments to really show you how happy you can be without them, and you'll never date a cheater again.
But you can't. Because deep down you know it would never be the same. You'll always be glancing at their phone or checking their location, and they'll always be trying to hide what they're doing from you.
We've found the best cheating quotes that will help you remember why you should never take back a cheater, even when you're tempted!

Ah Hock…kepong

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP