Monday, July 30, 2007

Laporan Pertandingan Gendang Silat di Kelantan 07

  • Gambar pasukan gendang silat SMK Cheras yang mewakili muzik Kontijen Silat - berlatih di Pusat Ko-Kurikulum di sebelah Tmn Tasik Titiwangsa

Entri ini khusus utk pasukan gendang silat SMK Cheras yang dianggotai oleh Mohd Asyraf, Mohd Ikhmal, Anuar dan Syahiwan - pelajar tingkatan 1. Dua minggu bukanlah satu masa yang panjang bagi seseorang pemain gendang dan serunai untuk menjadi mahir, apatah lagi tidak pernah membuat sebarang persembahan. Tapi alhamdulillah, berkat tekun dan kesabaran mereka, kontijen KL berjaya mendapat tempat ke-9 dari 16 buah negeri yang bertanding. Berbanding dengan tahun2 sebelumnya hanya mendapat tempat terakhir. Meskipun masih baru - semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan selama berlatih dua minggu di Pusat Ko-Ku. Kami sedikit risau kerana kejohanan ini bertaraf antarabangsa dengan adanya jemputan dari Singapura, Indonesia dan Brunei. Sementelah saya pula tidak dapat mengiringi mereka ke Kelantan, hanya Shahrul sahaja yang ke sana dan laporan sangat memuaskan hati saya. Pertandingan gendang silat di peringkat sekolah terbahagi kepada 2 ketogeri iaitu - Gendang Silat Baku dan Muzik Tempatan. Pada peringkat tempatan pula kontijen KL mendapat tempat ke-13, masih bukan yang terakhir. Secara keseluruhan kami brepuashati dengan prestasi, semangat, disiplin dan dedikasi yang ditunjukkan oleh keempat-empat mereka meskipun agak baru dalam dunia pertandingan dan pergendangan Melayu. Tahniah kami ucapkan kepada mereka dan kontijen KL yang memberi kepercayaan kepada kami untuk melatih mereka.
KL Boleh!
Serunai - Mohd Asyraf, Gendang Ibu - Anuar, Gendang Anak - Ikhmal, Gong - Syahiwan.

Read more...

Sunday, July 29, 2007

Laporan Majlis Pasino

Jam 7.50pg kami sudah terpacak di rumah PENA. Kami berbual2 dahulu sementara menanti majlis bermula seperti yang dijangkakan. Akhirnya Abg Long menegur dan kami berbual sekitar tentang dunia sastera yang berlaku. Tunggu punya tunggu, pemegang kunci PENA tak kunjung tiba. Hehehe ... Jam sudah menunjukkan hampir 9pg. Tanpa kami sedari barang2 persiapan penganjur telah dibawa masuk melalui tingkap rumah. Kami pun bersiap-siap untuk memulakan majlis dengan segera. Mujur kami tidak masuk melalui tingkap rumah. Pemengang Kunci tersengih2 apabila sampai di situ. Kami terus memulakan acara tanpa banyak bicara, menjalankan tugas seperti biasa. Beberapa lagu Melayu kami dendangkan dan lagu Bol Radha Bol mengakhiri acara. Perut sudah lapar tapi makanannya berada di dalam. Emm ... saya fikir lebih elok kami makan di luar sahaja - enggan menganggu majlis yang akan bermula sebentar lagi. Ternampak si Panah Arjuna yang duduk di barisan terkebelakang. Setelah diperkenalkan dengan Ramli Awang Musyid dan En Nordin (Tokeh Alaf 21), kami pun beredar. Saya mahu berehat, malam tadi hanya 1 jam sahaja lelap, petang mahu mengajar. Malam nanti mahu balik ke Muar menghantar mak dan atok. :)
Balik2 dapatlah seorang seplakstik cenderamata dari penganjur. Selak2 ada majalah dan pelbagai alatan untuk menulis dan sebuah novel cerita cinta! Hehehe. Terima kasih Abang Long dan Alaf 21.
Serunai - SF, Gendang Ibu - Shahrul, Gendang Anak - Azam, Gong - Azizul.

Gambar - Ihsan dari blog Kelab Peminat Alaf. Terima kasih.
Laporan PASINO dari bloggers yang hadir tentang Gemala Kasturi : -
Abang Long
Kelab Peminat Alaf

Read more...

Saturday, July 28, 2007

Jamming Di Sri Damansara

Salam

Baru sahaja balik dari mengadakan sesi impromtu jamming dengan beberapa orang teman di Studio Sonic (kalau tak silap saya) di Sri Damansara. Petang itu saya menerima SMS dari sahabat saya Johan Arif untuk mengadakan perbincanga tentang projek bermain untuk OIC (amin!) sekiranya jadi. Bergegas saya, Bulat dan Hizzal ke Sri Damansara, tempat yang agak asing bagi kami. Setibanya di sana abg Rizal, isterinya dan seorang mat saleh yang bernama Husin telah menunggu di kedai mamak. Hampir 15 minit kami berbual dan akhirnya lebih kurang jam 1.30pg kami memulakan sesi jamming bebas.
Husin menunjukkan alatan muzik yang dimainkannya - Ney. Seorang mat saleh yang bagi saya memang 'gila' dengan bunyi2an dari negara2 Arab dan Afrika. Kemudian giliran saya pula memperkenalkan serunai. Kemudian kami memulakan sesi jamming dengan Aladom dan diiringi dengan ketukan drum oleh Johan dan lain2 perkusi oleh abg rizal, Hizal dan Bulat. Setelah beberapa melodi ditiup, giliran Husin pula dengan Ney nya.
Beberapa irama seakan2 Arab@Parsi telah ditiupnya. Apabila mendengarnya saya teringat cerita The Cell (keluaran tahun 2000 - salah satu filem kegemaran saya) lakonan Jeniffer Lopez yang memainkan alat itu sebagai latar.

Source : Allposters

Kemudian beberapa lagu yang agak asing di telinga saya dimainkan, namun kami 'layan' saja, sementara waktu sudah menunjukkan jam 2.30pg. Namun sesi jamming diteruskan dengan beberapa lagu dan irama serunai dan saksafon. Antara alatan yang digunakan adalah drum, gendang ibudan anak, serunai, rebana, ney, saksafon, gendang arab (agaknya kot ...) gong dan beberapa perkusi Latin. Habis sesi jamming (setelah diperingatkan oleh Tokey Studio) kami pun beransur dan sesi bersembang di luar studio berakhir pada lebih kurang jam 3.00pg. Akhirnya kami beransur dan saya tiba di rumah lebih kurang jam 4pg. Mahu tidur, takut terlewat untuk jemputan esok pagi di Rumah Pena, akhirnya saya menaip entri ini sementara menanti waktu subuh menjelang. (isk~ngantuknya)

Read more...

Wednesday, July 25, 2007

Jemputan Di Nilai

Petang tadi Onn memberikan SMS yang dia tak dapat pergi ke Nilai untuk bermain serunai bagi kawan dari Pertubuhan Silat Sendeng Malaysia. Menggelupur saya ketika itu kerana serunai tertinggal di rumah rumah Cikgu Ramli. Nak jadi cerita, handfon pula terkena air. Aduh! Kalut sekejap. Terpaksa biarkan dahulu handfon. Kemudian ok dan boleh menghubungi mereka, tapi petang ini hf meragam lagi! Hujan pula turun dengan lebat. Cubaaaannnn .... :)
------------------------------------------------------------------
Tapi akhirnya saya menerima sms mengatakan perjalanan ke Nilai dibatalkan atas sebab2 masalah kesihatan.

Read more...

Monday, July 23, 2007

Jenis2 Serunai Di Malaysia

Serunai Aliran Utara (Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang) - Serunai yang biasanya dimainkan untuk muzik Gendang Silat, Gendang Peribumi, Mek Mulung dan Wayang Gedek dan juga Nobat (namun bentuknya sedikit berbeza).


Serunai Daun Kelapa dan Batang Padi - Biasanya terdapat di kawasan bendang, sementara serunai daun kelapa biasanya dimainkan oleh kanak-kanak sebagai hiburan.
Gambar Ihsan dari laman web KeKKWa

Serunai Kelantan - Insturmen yang biasa dimainkan untuk permainan silat aliran pantai timur, Mak Yong (sesekali dimainkan), Tarinai, Menora dan Main Peteri (jarang dimainkan). Manakala dalam Wayang Kulit Kelantan juga digunakan namun saiznya agak kecil sedikit untuk menghasilkan bunyian yang berbeza.
Gambar Ihsan dari laman University Of Michigan

Pi Nai - serunai yang dimainkan dalam ensemble muzik Wayang Gedek pada asalnya(menerima pengaruh dari Wayang Kulit Siam (Nang Thalung) namun kemudiannya ditukar kepada serunai aliran utara yang biasa dilihat.
Gambar ihsan dari Musicologie.Org

Ada beberapa gambar lagi yang akan saya masukkan seperti Serunai yang dimainkan oleh kumpulan Terinai Perlis, Serunai Silat Terengganu (seakan2 serunai Kelantan tapi berbeza dari segi corak dan motif ukiran), serunai ibu dan anak bagi permainan Wayang Kulit Kelantan, Selumprit dan Pupuik.

Read more...

PROGRAM BERSAMA RAMLEE AWANG MURSHID


Hampir beberapa kali Saudara Feroz menelefon saya untuk bertanyakan kepastian samada saya jadi atau tidak untuk bermain di majlis tersebut. Akhirnya saya memberikan keputusan untuk bermain. Kata sdr Feros irama ini boleh 'memanggil' orang untuk datang menyaksikan berdasarkan pengalaman di majlis perkahwinannya. :)
Mungkin ya, mungkin tidak. Kebetulan orang jrang melihatnya, mungkin itu menyebabkan mereka tertarik untuk mendengar dan melihat apakah bunyi yang mersik dan mencanak2 itu agaknya.

Read more...

Friday, July 20, 2007

Perbezaan Cara Pukulan Gendang Silat

Cara Kedah - Menggunakan tangan untuk kedua-dua belah muka kecil dan besar.

Kelantan - Sebelah muka besa (Bam) menggunakan kayu yang khusus.
Sumber dari Fotoserver Tourism.

Read more...

Thursday, July 19, 2007

Klip Video

Sengaja saya letakkan klip video nobat dan dari luar negara di blog ini untuk menunjukkan betapa peralatan muzik serunai dan gendang bukanlah bertaraf kelas dua. Ianya betaraf profesional dan bersifat antarabangsa. Oleh itu tiada alasan bagi orang Melayu untuk mengatakan muzik gendang dan serunai muzik 'kampungan'. Kebanyakan dari kita memang tidak mengetahui perkara ini dan banyaknya yang saya temui tidak tahu untuk membezakan antara serunai dan seruling. :)

Ada juga yang tidak tahu beza antara serunai dan nafiri. Harapan saya agar blog ini menjadi wadah kefahaman untuk. DIsebabkan itu juga nama pena saya dalam dunia penulisan dimulakan dengan 'serunai'. Sekurang-kurangnya orang kita dengar semula perkataan yang sudah 'terbunuh' dalam kamus pemikiran mereka.

Read more...

Berarak Dengan Gendang Peribumi

Gendang Peribumi atau lebih dikenali dengan 'Gendang Keling' di utara Semenanjung merupakan salah satu permainan yang terdapat di sana selain dari gendang silat. Ia merupakan alat permainan tradisi yang dimainkan ketika Raja2, Pembesar dan Orang2 Kenamaan yang datang melawat atau mengiringi mereka. Namun begitu permainan ini sendiri agak jarang kedapatan di Kedah. Kumpulan kami alhamdulillah menyedari betapa pentingnya warisan ini, tambahan pula minat yang mendalam menyebabkan kami mengambil inisiatif mempelajari seni ini walaupun agak baru.

Di Kuala Lumpur, kami telah bermain beberapa kali termasuklah sambutan Sultan Pahang baru-baru ini. Seringkali permainan ini disamakan dengan permainan nobat meskipun terdapat persamaan dan perbezaannya. Yang sama adalah serunai, namun lagunya adalah berbeza samasekali. Manakala pemain gendang ini menggunakan kayu untuk memukul muka gendang sebelah besar (bam) dan rotan untuk muka gendang kecil.

Begitulah indah dan cantiknya permainan orang Melayu yang mengutamakan adat dan adab yang berbeza samasekali dengan muzik aliran moden.

Biasanya perarakan dimulakan dengan lagu 'Berarak Cepat' atau 'Berarak Lambat' dan beberapa lagu yang khusus untuk fungsi yang berbeza. Menurut guru kami, Pak Teh Mid, ia bukan samasekali berasal dari permainan India, ia adalah tulen hak milik bangsa Melayu. Sejarahnya agak berbeza seperti yang saya baca di dalam buku-buku. Namun ada juga yang mengatakan ianya diarak 'keliling' dan sebagainya.

Kalau diamati dengan mata halus, sesekali ia menyerupai dengan 'marching band', namun yang ini lebih istimewa berbanding dengan mereka yang menggunakan peraltan muzik barat. Kadang-kadang saya terfikir, betapa segaknya jikalau RAMD menggunakan peralatan muzik ini.

Read more...

Tuesday, July 10, 2007

GAMBAR DI MASKARA 2 - RUMAH PENA



Berada di mandala sarwa syastra di Rumah Pena (Persatuan Penulis Nasional Malaysia) sangat mengujakan. Pelbagai ide dan kata yang dilontarkan, terbit dari nurani yang terbentur oleh zaman yang kian mencabar. Semalaman di sana bisa membuka lawang fikir ke suatu alam yang aneh serta berbeda dari dunia manusia biasa. Orang sastera - aneh dan pelik! Barisan pengendang pada malam tersebut : SF - Serunai, Gendang Ibu - Hizal, Gendang Anak - Adi dan Gong - Azfar.

Read more...

Wednesday, July 4, 2007

Undangan Untuk Majlis MASKARA II


Undangan oleh Sdr Sinaganaga di rumah PENA (7.7.07) ~ Tarikh mengancam!

Read more...

Kelas Serunai

Sudah hampir beberapa tahun kami menerima emel untuk belajar serunai secara personal, namun hingga kini masih tidak tertunai oleh kami. Jadi, tahun 2012 ini kami bercadang untuk membuka kelas bermain serunai kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya. Namun, buat masa ini kelas hanya dibuka pada hujung minggu sahaja dan tertakluk pada perubahan. Dan setiap kelas adalah 2-4 orang sahaja - untuk menjaga kualiti.

Kelas : Serunai Shj (Aliran Utara)
Katogeri : Asas (Tahap I)
Hari : Setiap Sabtu & Ahad
Masa : 9pg - 1 ptg (Sabtu), 2ptg - 6 ptg (Sabtu)
: 9pg - 1 ptg (Ahad)

Tempat : Balai Raya,Jln CP/3
Tmn Cheras Perdana, Cheras, Selangor
(Berhampiran dengan Jaya Jusco Cheras Selatan)
Untuk peta, sila klik sini.

Bayaran : Seorang RM 50/per kelas
(Dibayar sebelum kelas bermula)
- Makan dan minum tidak disediakan.

* Jadual di atas tertakluk pada sebarang perubahan. Jadi, kepada sesiapa yang benar-benar serius, hubungi @ sms 019-2414928 (Cikgu Khairul) @ emel ke gemalakasturi@yahoo.com, seminggu sebelum kelas untuk mengesahkan kehadiran.

* Serunai tidak disediakan, kecuali atas permintaan dan dikenakan caj sebanyak RM 10.00

* Untuk kelas asas, sila bawa sebotol air mineral kecil.

Read more...

Monday, July 2, 2007

Pakaian Untuk Majlis-Majlis Rasmi



Contoh Baju Pemain Gendang dan Serunai

Read more...

1.7.07 - Dewan Seri Endon - Menyambut Sultan Pahang


  1. Aksi klise - bergambar secara 'belia' dan eksyen lebih ... hehehe
Jam 10.45 pg - Kami tiba di sana. Janji harus ditepati. Tanpa banyak cerita kami bersiap-siap untuk majlis yang akan bermula jam 11.15. Acara pertama dimulakan dengan bergendang di foter Dewan Seri Endon bagi menyambut para tetamu yang hadir. Seronok benar rakan-rakan kerana malam sebelumnya 'mata lebam' kerana kepenatan dan rehersel yang lama itu. Bermula dengan irama Mak Inang Jawa, Kasut-Kasut, Aladom dan beberapa rangkaian lagu kami dendangkan untuk para tetamu. Paling manis apabila dapat menyambut keberangkatan masuk DYMM Sultan Pahang dengan irama Gendang Peribumi yang kami tunggu-tunggukan untuk majlis menyambut raja-raja. Hari ini ia terlaksana. Dengan Wandi (kami panggil 'Bandi Amuk'-kerana nama hampir serupa) yang begitu cekap mengambil gambar serta video, kami bersungguh-sunggh bermain disampingkan menghiburkan para tetamu. (bersambung)

Read more...

Sunday, July 1, 2007

Jemputan Tadika Amal & Rehersel

Pagi-pagi lagi kami sudah bergegas ke UIA kerana mendapat jemputan dari Sekolah Tadika Amal yang mengamalkan hari Sukan Tahunannya pada tahun ini. Setibanya di sana, saya berhubung terus dengan Pn Jamilah yang menguruskan persembahan kami. Seronok, memang seronok dapat melihat telatah dan aksi adik2 yang baru berusia 4-6 tahun bergaya dan beraksi.Tepat 10.30 pagi ketika matahari menikam wajah, kami mengadakan persembahan dengan beberapa rangkaian dan medley lagu kanak-kanak sesuai dengan acara Tadika tersebut.


Lagu Jong2 Inai, Bangau Oh Bangau, Di mana Dia Didikku Sayang, Anak Itik Tokwi dan sebuah lagu hindi, Bol Radha Bol. Jari-jemari matahari itu ketika itu mencakar wajah kami tanpa belas kasihan. Berjuraian keringat demi memeriahkan majlis itu.





Tengahari
Bergegas pula untuk memenuhi sumbangan ke majlis perkahwinan anak kepada Cikgu Dahlan Karim, guru Persatuan Seni Silat Setiabakti, di Dewan Suria Hall - bersebelahan dengan Sekolah Seri Inai. Namun sayang tiada gambar bergendang yang diambil kerana kami semua bergendang. Hehehe - hanya yang ada gambar majlis.

----------------------------------------
Selesai meraikan mempelai kami berkejar pula ke Putrajaya bagi memenuhi sesi rehersel di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Majlis yang dianjurkan oleh Dato Hajah Wan Puteh sempena majlis perkahwinan anakny. Disebabkan tetamu VVIP beliau adalah DYMM Sultan Pahang, latihan protokol majlis berlangsung hingga larut. Hampir jam 11 malam barulah selesai tugas pada hari ini. Berasap juga menunggu majlis yang dikendalikan oleh En Chuari Selamat selaku MC pada majlis tersebut.


Banyak juga perkara yang belajar dari majlis rehersel tersebut. Meski begitu ahli tetap bersemengat dan tidak sabar untuk bergendang esok harinya. Teringat saya pada malam menghadiri mensyuarat di Kg Bahru. Dato Aziz Satar yang hadir - memang seorang pelawak sejati yang tidak perna ketandusan idea. Ada-ada sahaja lawaknya yang spontan. Ketika melihat dia teringat saya akan filem2 arahan Allayarham P Ramlee yang sering diputarkan di kaca tivi. :)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP