Saturday, July 28, 2007

Jamming Di Sri Damansara

Salam

Baru sahaja balik dari mengadakan sesi impromtu jamming dengan beberapa orang teman di Studio Sonic (kalau tak silap saya) di Sri Damansara. Petang itu saya menerima SMS dari sahabat saya Johan Arif untuk mengadakan perbincanga tentang projek bermain untuk OIC (amin!) sekiranya jadi. Bergegas saya, Bulat dan Hizzal ke Sri Damansara, tempat yang agak asing bagi kami. Setibanya di sana abg Rizal, isterinya dan seorang mat saleh yang bernama Husin telah menunggu di kedai mamak. Hampir 15 minit kami berbual dan akhirnya lebih kurang jam 1.30pg kami memulakan sesi jamming bebas.
Husin menunjukkan alatan muzik yang dimainkannya - Ney. Seorang mat saleh yang bagi saya memang 'gila' dengan bunyi2an dari negara2 Arab dan Afrika. Kemudian giliran saya pula memperkenalkan serunai. Kemudian kami memulakan sesi jamming dengan Aladom dan diiringi dengan ketukan drum oleh Johan dan lain2 perkusi oleh abg rizal, Hizal dan Bulat. Setelah beberapa melodi ditiup, giliran Husin pula dengan Ney nya.
Beberapa irama seakan2 Arab@Parsi telah ditiupnya. Apabila mendengarnya saya teringat cerita The Cell (keluaran tahun 2000 - salah satu filem kegemaran saya) lakonan Jeniffer Lopez yang memainkan alat itu sebagai latar.

Source : Allposters

Kemudian beberapa lagu yang agak asing di telinga saya dimainkan, namun kami 'layan' saja, sementara waktu sudah menunjukkan jam 2.30pg. Namun sesi jamming diteruskan dengan beberapa lagu dan irama serunai dan saksafon. Antara alatan yang digunakan adalah drum, gendang ibudan anak, serunai, rebana, ney, saksafon, gendang arab (agaknya kot ...) gong dan beberapa perkusi Latin. Habis sesi jamming (setelah diperingatkan oleh Tokey Studio) kami pun beransur dan sesi bersembang di luar studio berakhir pada lebih kurang jam 3.00pg. Akhirnya kami beransur dan saya tiba di rumah lebih kurang jam 4pg. Mahu tidur, takut terlewat untuk jemputan esok pagi di Rumah Pena, akhirnya saya menaip entri ini sementara menanti waktu subuh menjelang. (isk~ngantuknya)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP