Monday, July 30, 2007

Laporan Pertandingan Gendang Silat di Kelantan 07

  • Gambar pasukan gendang silat SMK Cheras yang mewakili muzik Kontijen Silat - berlatih di Pusat Ko-Kurikulum di sebelah Tmn Tasik Titiwangsa

Entri ini khusus utk pasukan gendang silat SMK Cheras yang dianggotai oleh Mohd Asyraf, Mohd Ikhmal, Anuar dan Syahiwan - pelajar tingkatan 1. Dua minggu bukanlah satu masa yang panjang bagi seseorang pemain gendang dan serunai untuk menjadi mahir, apatah lagi tidak pernah membuat sebarang persembahan. Tapi alhamdulillah, berkat tekun dan kesabaran mereka, kontijen KL berjaya mendapat tempat ke-9 dari 16 buah negeri yang bertanding. Berbanding dengan tahun2 sebelumnya hanya mendapat tempat terakhir. Meskipun masih baru - semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan selama berlatih dua minggu di Pusat Ko-Ku. Kami sedikit risau kerana kejohanan ini bertaraf antarabangsa dengan adanya jemputan dari Singapura, Indonesia dan Brunei. Sementelah saya pula tidak dapat mengiringi mereka ke Kelantan, hanya Shahrul sahaja yang ke sana dan laporan sangat memuaskan hati saya. Pertandingan gendang silat di peringkat sekolah terbahagi kepada 2 ketogeri iaitu - Gendang Silat Baku dan Muzik Tempatan. Pada peringkat tempatan pula kontijen KL mendapat tempat ke-13, masih bukan yang terakhir. Secara keseluruhan kami brepuashati dengan prestasi, semangat, disiplin dan dedikasi yang ditunjukkan oleh keempat-empat mereka meskipun agak baru dalam dunia pertandingan dan pergendangan Melayu. Tahniah kami ucapkan kepada mereka dan kontijen KL yang memberi kepercayaan kepada kami untuk melatih mereka.
KL Boleh!
Serunai - Mohd Asyraf, Gendang Ibu - Anuar, Gendang Anak - Ikhmal, Gong - Syahiwan.

2 comments:

Anonymous,  August 1, 2007 at 12:57 AM  

Tak lagi boleh jadi jurulatih profesional.

Anonymous,  October 11, 2008 at 12:35 PM  

asalamualaikum!! saya salah seorang dari pd team gndang silat d skolah saya iaitu smkdwar, perak!! thun dpan iaitu tahun 2009 m'upakan thun yg t'akhir bg saya dlm p'tandingan pencak silat daerah lms!! klau bleh tlong lah doakan kami.... saya dari pertubuhan seni silat gayong warisan serantau malaysia...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP