Jemputan Tadika Amal & Rehersel
Pagi-pagi lagi kami sudah bergegas ke UIA kerana mendapat jemputan dari Sekolah Tadika Amal yang mengamalkan hari Sukan Tahunannya pada tahun ini. Setibanya di sana, saya berhubung terus dengan Pn Jamilah yang menguruskan persembahan kami. Seronok, memang seronok dapat melihat telatah dan aksi adik2 yang baru berusia 4-6 tahun bergaya dan beraksi.Tepat 10.30 pagi ketika matahari menikam wajah, kami mengadakan persembahan dengan beberapa rangkaian dan medley lagu kanak-kanak sesuai dengan acara Tadika tersebut.
Lagu Jong2 Inai, Bangau Oh Bangau, Di mana Dia Didikku Sayang, Anak Itik Tokwi dan sebuah lagu hindi, Bol Radha Bol. Jari-jemari matahari itu ketika itu mencakar wajah kami tanpa belas kasihan. Berjuraian keringat demi memeriahkan majlis itu.
Tengahari
Bergegas pula untuk memenuhi sumbangan ke majlis perkahwinan anak kepada Cikgu Dahlan Karim, guru Persatuan Seni Silat Setiabakti, di Dewan Suria Hall - bersebelahan dengan Sekolah Seri Inai. Namun sayang tiada gambar bergendang yang diambil kerana kami semua bergendang. Hehehe - hanya yang ada gambar majlis.
----------------------------------------
Selesai meraikan mempelai kami berkejar pula ke Putrajaya bagi memenuhi sesi rehersel di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Majlis yang dianjurkan oleh Dato Hajah Wan Puteh sempena majlis perkahwinan anakny. Disebabkan tetamu VVIP beliau adalah DYMM Sultan Pahang, latihan protokol majlis berlangsung hingga larut. Hampir jam 11 malam barulah selesai tugas pada hari ini. Berasap juga menunggu majlis yang dikendalikan oleh En Chuari Selamat selaku MC pada majlis tersebut.
Banyak juga perkara yang belajar dari majlis rehersel tersebut. Meski begitu ahli tetap bersemengat dan tidak sabar untuk bergendang esok harinya. Teringat saya pada malam menghadiri mensyuarat di Kg Bahru. Dato Aziz Satar yang hadir - memang seorang pelawak sejati yang tidak perna ketandusan idea. Ada-ada sahaja lawaknya yang spontan. Ketika melihat dia teringat saya akan filem2 arahan Allayarham P Ramlee yang sering diputarkan di kaca tivi. :)
1 comments:
Salam,
saya teringin nak main balik serunai. tapi anda di mana? dimana anda berlatih saya sekarang di seri kembangan harap hajat saya tak di hampakan.
ini no tel saya 012-5367299
Post a Comment