Thursday, July 19, 2007

Klip Video

Sengaja saya letakkan klip video nobat dan dari luar negara di blog ini untuk menunjukkan betapa peralatan muzik serunai dan gendang bukanlah bertaraf kelas dua. Ianya betaraf profesional dan bersifat antarabangsa. Oleh itu tiada alasan bagi orang Melayu untuk mengatakan muzik gendang dan serunai muzik 'kampungan'. Kebanyakan dari kita memang tidak mengetahui perkara ini dan banyaknya yang saya temui tidak tahu untuk membezakan antara serunai dan seruling. :)

Ada juga yang tidak tahu beza antara serunai dan nafiri. Harapan saya agar blog ini menjadi wadah kefahaman untuk. DIsebabkan itu juga nama pena saya dalam dunia penulisan dimulakan dengan 'serunai'. Sekurang-kurangnya orang kita dengar semula perkataan yang sudah 'terbunuh' dalam kamus pemikiran mereka.

4 comments:

macai_suci July 19, 2007 at 9:14 AM  

Tahniah atas kemunculan blog ini...teruskan perjuangan menyemarak seni teras budaya bangsa.....

bin ali July 19, 2007 at 11:45 AM  

memang pejuang budaya!Ya, sedikit demi sedikit budaya kita sudah kian dimamah raksasa barat, maka kemunculan blog ini suatu perjuangan meski saya tak begitu memperjuangkannya.Teruskan! Cumanya, kenapa berterima kasih kepada saya?Musykil..

Abang Long July 20, 2007 at 8:24 AM  

Syukur Alhamdulillah. Masih ada insan yang terus berusaha untuk "menghidupkan" dan membangunkan JATIDIRI ANAK MELAYU !

InsyaAllah kita akan bertemu lagi, dalam usaha untuk mempromosikan sesuatu yang telah "dibunuh" selama ini.

zalisa_maz,  July 20, 2007 at 9:52 AM  

Woi adindaku, mengata kanda ke? He he he...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP