Kenduri Shalin Zulkifli - 28/12/08

Perjalanan ke Menara Telekom dari rumah Cikgu Ramli (sentol) tidaklah jauh sangat, setengah jam, kami sudah berada di sana. Sampai sahaja, En Hisham menggesa agar kami makan terlebih dahulu.
Majlisnya memang bermula agak lambat. Dari 7 malam, pukul 8.45, barulah majlis bermula.
Memang menjadi kelaziman andainya majlis yang dibuat melibatkan orang-orang kenamaan, kami dikehendaki untuk berada di majlis lebih awal. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan bermula tepat pada 8.45 malam dengan diiringi oleh paluan kompang. Kami hanya bermula main apabila silat sembah dihidangkan. Kemudiannya kami berehat dan bermain semula untuk mengiringi pasangan mempelai ke meja santapan. Itu sahaja tugas kami pada malam tadi.

4 comments:
..cikgu Ramli nampak hensem plak dari yang lelain mlm kenduri nih ekk..
cayalah main gendang kat umah artis heheheheheh....sok2 adalah artis lain yg jemput tu.....
Papriq - semua hensem bro malam tu!
Ahadancoach - aminnnn ... mudah2an bro
hahaha .. yg paling ensem adalah saya ... the most ensem boy in town ... kih kih kih
Post a Comment