Serunai Terinai

(sekiranya tuan punya blog tidak bersetuju disiarkan di sini, mohon dimaklumkan gemalakasturi@yahoo.com supaya ia boleh dipadam. Tujuan pemaparan di blog ini adalah untuk mengumpul seberapa banyak peralatan dan permainan muzik Melayu untuk tatapan umum agar generasi akan datang tidak lupa dan kenal akan rupa budi bangsanya sendiri.)
Sebenarnya aku sudah lama mengenali permainan tradisional ini kerana seorang saudara aku yang agak sebaya merupakan seorang pemain serunai. Umum mengetahui bahawa peniup didgeridoo perlu memahirkan dirinya dengan teknik yang dipanggil circular breathing. Jadi aku berpendapat sementelah serunai juga memerlukan teknik yang serupa adalah rugi kiranya aku tidak mempelajarinya. Balik sahaja ke kampung halaman aku bertanya Mak Ngah aku andai dia tahu mana-mana guru untuk aku mempelajari alat musik ini. Menantu Mak Ngah yang aku panggil abang Choh kemudiannya mengsyorkan aku untuk bertemu dengan seorang saudaranya yang bernama Encik Romli. Keesokan harinya aku pun ke rumahnya dengan ditemani oleh abang Choh dan ayah. Sekadar satu kunjungan dan disamping itu juga untuk memberitahu hajat di hati ini. Beliau dengan hati yang terbuka sudi menerima aku sebagai pelajarnya.
Bermula dari hari itu aku pun mempelajari teknik bermain serunai dengan beliau. Secara lebih tepatnya permainan serunai terinai. Sebelum ini aku menyangka bahawa serunai itu hanya satu sahaja jenisnya iaitu serunai silat yang selalu aku lihat dan dengar. Rupanya ada serunai silat, serunai kelantan dan juga serunai terinai yang mana masi

Kalaupun aku pernah belajar memukul gendang (yang mana aku sememangnya tidak pandai pun) hanyalah ketika aku mengikut Pak Li pergi memantau kumpulan terinai yang lain melakukan

0 comments:
Post a Comment