Saturday, November 21, 2009

Pertemuan Penyair Nusantara




Malam semalam merupakan salah satu acara yang membuatkan kami tergopoh-gapah untuk sampai ke DBP. Maklum sajalah, hari Jumaat, kereta menderu di atas jalan raya, membuatkan saya mengambil keputusan untuk naik LRT sahaja dari stesen Cheras. Dua minggu sebelum majlis abang SM Zakir sudah menghubungi saya untuk mengesahkan kehadiran kami untuk bergendang. SAya kata insya-Allah boleh. Dan malam tadi KGGK diminta menghiburkan para tetamu yang hadir sewaktu makan malam.

Dari jauh saya sudah melihat beberapa kelibat sasterawan dan penyair yang biasa terpampang di dada akhbar dan majalah. Pyanhabib, Pak Malim Ghozali PK, beberapa SN dan lain-lain. Namun apa yang menyeronokan kami adalah, adanya permainan muzik tradisional Gamelan yang sudah menghiburkan para tetamu sebelum kehadiran kami.

Sebelum persembahan itu, saya sudah memaklumkan kepada Cikgu Ramli, "Cikgu, malam ni kita tiup lagu-lagu Melayu je. Lain-lain tak boleh."

Shahrul - "Apasal tak boleh?"
Khairul - "Sebab malam ni ramai tetamu dari luar negara. Nusantara, kan? Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand. Jadi penganjur minta kita main lagu-lagu tempatan."

Semasa di pejabat, siang-siang lagi saya sudah siapkan catatan sedikit; tajuk lagu. Takut juga, kalau majlis rasmi sebegini, kita terlupa. Sudahlah begitu, kami diletakkan di pentas utama untuk bermain, bukan di tepi atau di bawah. Betul-betul di hadapan VVIP yang hadir. Namun alhamdulillah, kami bersyukur kerana permainan lancar pada malam semalam. Makanan pun sedap beb ... hehehe. Kami 'belasah' makan cukup-cukup!


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP