Monday, October 10, 2011

Sehari Di FRIM

Penggambaran akhir - bersama silat

Tarikh : 2 Oktober 2011 (Ahad)
Jam : 9 pagi - 7 malam
Aktiviti : Penggambaran Utk slot 'Frekuensi' (TVi, Astro)
Lokasi : FRIM, Kepong
Produksi : Sykt Kirawang Sdn Bhd

Perancangan untuk melakukan penggambaran ini sudah lama dibincangkan. Hampir empat ke lima bulan, tarikh bertukar-tukar dan saling bertangguh. Disebabkan komitmen masing-masing, akhirnya kami mencapai kata sepakat untuk menjalani penggambaran pada tarikh tersebut. Alhamdulillah, kami sampai di sana seawal mungkin bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak dijangka. Dari rumah Cikgu Ramli, tidaklah jauh mana sangat, tetapi siapa tahu ada halangan dalam perjalanan.

Menanti waktu untuk penggambaran

Sesi penggambaran latihan

Menurut En Ismail, bos yang mengendalikan penggambaran pada hari tersebut, menyatakan bahawa mereka sudah ke rumah Pak Teh Mat (Jitra) dan Pak Teh Mid (Pendang) bagi menjalani penggambaran dengan mereka. Dan sesi bersama KGGK adalah sesi terakhir dan juga menurut beliau adalah slot terakhir yang akan ditayangkan di saluran TVi, Astro bagi rancangan yang berjudul Frekuensi. Menurutnya lagi, rancangan tersebut adalah paparan yang berkaitan dengan seni dan budaya Melayu di tanah air. Banyak seni dan permainan Melayu sebelum ini sudah diambil, alhamdulillah kami termasuk juga dalam perancangan awal mereka.

Suasana sekitar sesi penggambaran

Penggambara yang dijalankan mempunyai empat sesi. Sesi pertama adalah bersama kumpulan. Ia menggambarkan latihan kumpulan bersama-sama, diikuti dengan temuramah dengan ahli serta Cikgu Ramli. Di akhir penggambaran, sesi bergendang bersama orang silat dilakukan. Rakan kami dari PSGFM, Sdr Azhar dan Hasan bersilat dengan baik, meskipun terpaksa mengulangi beberapa kali perkara yang sama. Begitu juga dengan kami, seperti dahulu dengan TV3, ada sesetengah babak terpaksa diulang beberapa kali untuk mendapatkan shot yang terbaik.

Bersama krew penggambaran (baju kuning),
Izwan Pilus ( baju hijau) dan Mamat Mentor (baju kelabu)

Cikgu Ramli ...

Dengan kehadiran Izwan Pilus (pengacara rancangan) dan artis Jemputan Mamat Mentor, suasana bertambah gamat dengan keletah dan bicara mereka yang menghiburkan. Tambahan pula krew Kirawang yang saya kira amat mudah mesra dan ramah-ramah belaka. Syukurlah kepada Allah, penggambaran yang dijalankan dapat disudahkan dengan lancar tanpa apa-apa halangan, cuma hujan sedikit di waktu petang; dan penggambaran terpaksa dihentikan untuk seketika.

Dengan kecekapan En Ismail, segala penggambaran berjalan lancar. KGGK cuba memberikan kerjasama dan persembahan yang terbaik untuk mereka. Di akhir sesi penggambaran, sempat kami bergambar sebagai kenang-kenangan dan rekod KGGK. Terima kasih diucapkan kepada En Ismail dan krew penggambaran Kirawang, Sdr Azhar dan Hasan (PSGFM) dan ahli KGGK yang meluangkan masa untuk sesi ini.

Mudah-mudahan dengan tersiarnya rancangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan muzik gendang silat di tanah air, terutama di Kuala Lumpur, amin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP