Thursday, November 19, 2009

Kembara Ke Johor Bahru, Johor

Jauh tak jauh, kami sudah sampai ke Johor Bahru, Johor. Bertempat di Tiram Village Resort, Ulu Tiram, kami dijemput oleh abang Bro (ahadancoach) untuk melengkapkan lagi majlis sempena pembudayaan 1Malaysia yang dilaksanakan oleh SMK Bandar Seri Alam 2. Disebabkan semuanya bekerja, maka hanya pada belah malam sahaja kami beransur (kalau tolak, lambat sampai ... hehehe) ke sana. Berempat, saya, Bulat, Cikgu Ramli dan Amin memanaskan kerusi kereta hampir 4-5 jam. Tambahan cuaca yang agak lembap dek hujan, pemanduan berhati-hati adalah lebih penting.

Hampir jam 4 pagi, kami sampai di sana. Berbekalkan selfon abang Bro, menjajo (kata orang Johor - macam gelabah puyuh + terkucil2) mencari tempat yang terlalu asing bagi kami. Alhamdulillah setibanya di sana, abang Bro yang mamai2 ayam, bangkit dari tidur dan bersembang dengan kami hingga subuh. Selepas solat Subuh, apa lagi, hentam tidurlah kawan!

Kebetulan satu aturcara dibatalkan, maka abang Bro meminta jasa baik saya untuk mengisi slot tersebut. Saya ok aje. Sesi penerangan pada tengahari tersebut, alhamdulillah dapat dilunaskan oleh KGGK. Saya hanya menerangkan serba-sedikit sahaja tentang gendang silat. Memandangkan waktunya adalah selepas makan, saya menjalankan satu permainan yang dapat menghilangkan kantuk yang menyerang.

Sesi petang pula, cuaca agak lembap. Langit menangis untuk kesekian kalinya. Acara lain hanya bersembang dab paling best, tidur! Teringatkan persembahan pada malam itu, saya memeriksa terlebih dahulu serunai agar jangan meragam pula semasa persembahan. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dimulakan dengan Cikgu Ramli, kemudian barulah saya meniup. Otai banyak modal beb! Hehehe...


Persembahan diselang-selikan dengan persembahan adik-adik dari sekolah Bandar Seri Alam, menhidangkan persembahan drama, tarian Zapin, gasing Cina dan pelbagai ragam persembahan yang menghiburkan. Lewat jam 10.30 acara selesai. Dan ketika persembahan bermula, saya mendapati ada rakan-rakan dari Singapura yang hadir untu bertemu dengan kami.
Lwat malam tu, kami lepak di kedai mamak. Banyak perkara yang diperkatakan. Tentang seni, adat orang Melayu, keadaan di sana, istana Kampung Gelam dll. Akhirnya resolusi dicapai, kata sepakat termeterai. Mereka sanggup datang ke KL untuk mempelajari seni bergendang. Haiii ... apa cerita agaknya orang di sini. Orang jauh dari Singapura sanggup datang, tapi orang di sini menyepi gitu-gitu aje. Tak mengapalah, siapa ikhlas menuntut, dia Insya-Allah dapat.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP