Monday, December 22, 2008

Laporan Bergendang di PULAPOL - 21/12/08

Bersama rakan pesilat (baju biru)

Suasana di majlis tersebut

Malam, sehari sebelum persembahan, saya menerima panggilan dari salah seorang ahli kumpulan, Un mengatakan bahawa SM (Sarjan Mejar) Kamal, salah seorang bos beliau ingin menjemput untuk persembahan mengiringi Ketua Polis Negara (KPN) dan juga mengiring orang bersilat. Alhamdulillah, memang kebetulan hari Ahad itu saya tidak ke mana dan juga raka-rakan lain dapat menghadirkan diri untuk majlis tersebut.

Ahli KGGK

Majlis bermula lebih kurang jam 10 pagi. Tapi pagi-pagi lagi saya sudah tercokoh di hadapan PULAPOL. Sehinggalah kedatangan Un dan rakan-rakan, kami masuk ke dalam tanpa banyak periksa dan bicara, kerana Un juga menrupakan seorang anggota di PULAPOL. Majlis kali ini tidaklah begitu berat dalam erti kata, hanya 3 lagu sahaja yang kami mainkan. Untuk acara mengiring KPN, perasmian dan bersilat. Seronok juga dapat merasa bermain di PULAPOL. Kalau hanya suka-suka, memang tidak lepas masuk ke dalam.

Disamping itu, KGGK mengucapkan juga terima kasih kepada SM Kamal kerana sudi menjemput kami lagi untuk turut memeriahkan majlis tersebut. Majlis Merakyatkan Seni itu juga merupakan kerjasama dengan Jabatan Kesenian KL. Tarian Melayu juga turut dihidangkan sebagai persembahan selingan.

Bersama SM Kamal (baju putih)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP